Barisan Pemimpin Pakatan Rakyat

Posted in Pic, Politik on 29 November 2011 by Admin

Bekas Mufti – Tiada Masalah Sekiranya Menteri Besar Pegang Porfolio Agama

Posted in Politik on 28 Januari 2012 by Admin

Rakaman Dato Seri Anwar Ibrahim Di Masjid Lapangan Terbang Subang

Posted in Politik on 28 Januari 2012 by Admin

Dia cakap 40 minit, saya 20 minit sudah – Anwar

Posted in Politik on 28 Januari 2012 by Admin

Dari Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 28 Jan: “Dia boleh cakap 20 minit, saya 10 minit. Dia balas 20 minit dan saya jawab 10 minit.”

Itulah cadangan yang dikemukakan Datuk Sri Anwar Ibrahim kepada Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Razak dalam cadangan debat antara mereka.

Namun sehingga kini Najib tidak memberikan sebarang kesanggupan untuk debat ini.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan pula berkata, ia tidak perlu diadakan kerana ia budaya barat yang belum boleh diterima masyarakat negara ini.

Sebelum ini, badan penyelidikan, Merdeka Centre mencadangkan agar kedua-dua mereka berdebat.

Anwar Ibrahim mengalu-alukan idea berdebat dengan  Najib sebagaimana disarankan oleh Merdeka Center berdasarkan penemuannya baru-baru ini.

Sehubungan itu kata Anwar, debat yang disyorkan wajar bagi menjawab persoalan-persoalan  yang ditimbulkan terhadap Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).

“Masing-masing buat tuduhan, kita tuduh Barisan Nasional rasuah dan gagal tadbir negara, BN tuduh kita tidak tahu urus ekonomi, tuduh Anwar jadi alat DAP, masing-masing ada pendekatan dan kita cadang debat.

“Apa yang kita sebut, kita pertahankan, itu sebabnya kita perlu debat. Insya-Allah kita menang dan dapat tawan Putrajaya,” kata beliau pada Program Mesra Rakyat Bersama Penasihat Ekonomi Selangor di Stadium Sabak Bernam di sini baru-baru ini.

Hari ini, Anwar memberikan syarat dan cadangan yang cukup berat sebelah untuk Najib iaitu tempoh masa bercakap yang lebih untuk Najib.

Cadangan itu dikemukakan Anwar melalui twitternya hari ini.

Sikap Najib enggan berdebat ini dibidas oleh Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty.

“Ini menampakkan betapa purbanya cara berfikir kepimpinan parti ini dan betapa gentarnya UMNO untuk berbicara secara bersemuka mengenai hak rakyat,” katanya.

Anwar tak patut didakwa apatah lagi dibuat rayuan

Posted in Politik on 28 Januari 2012 by Admin

Dari Harakahdaily

TUMPAT, 28 Jan: Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya tidak didakwa atas pertuduhan liwat kerana ketiadaan bukti yang cukup apatah lagi mahu dirayu pula keputusan Mahkamah Tinggi selepas didapati tidak bersalah.

(Kamarudin melayan tetamu di majlis sambutan Tahun Baru Cina di Tumpat)

Demikian pandangan anggota Parlimen Tumpat, Datuk Kamrudin Jaffar dalam satu sidang media yang diadakan di sini semalam sempena majlis sambutan Tahun baru Cina di sini petang semalam.

Kamarudin mengulas perkembangan terbaru membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibebaskan oleh mahkamah atas pertuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan.

Katanya, inilah pandangan pelbagai pihak ekoran tindakan pejabat Peguam Negara yang memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar sebelum ini.

Kes itu difailkan rayuan pada ham 4.30 petang dan di hari terakhir ia boleh dibuat rayuan.

Kamarudin mendakwa, walau pun ada peruntukan undang-undang untuk merayu atas keputusan mahkamah, namun kes ini sepatutnya tidak di bawa ke mahkamah kerana buktinya tidak cukup.

Beliau menyandarkan perkara ini dari kenyataan dari Majlis Peguam Malaysia (Bar Council),pemerhati-pemerhati undang-undang antarabangsa.

Mereka menganggap Anwar dalam kes itu, bukan saja Anwar didapati tidak bersalah dan mesti dibebaskan, malahan mereka berpendapat sepatutnya kes itu tidak dibawa langsung ke mahkamah oleh kerana buktinya tidak cukup.

Selamat Tahun Baru Cina

Posted in Politik on 21 Januari 2012 by Admin

Ucapan oleh Nasrudin Hassan At-Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Bersempena Tahun Baru Cina. kepada seluruh masyarakat Malaysia, khususnya kaum Tiong Hua.

Chevrolet Volt ditambah baik agar lebih selamat

Posted in Kereta on 21 Januari 2012 by Admin

GENERAL Motors (GM) mengumumkan langkah penambahbaikan pada struktur badan dan sistem penyejukan bateri model Chevrolet Volt. Ia bertujuan mengelak kemungkinan bateri mencetuskan kebakaran secara elektrikal.

Tindakan itu dibuat sebagai maklum balas terhadap penilaian awal prestasi bateri selepas pelanggaran teruk oleh Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuh Raya Kebangsaan Amerika Syarikat (NHTSA).

November lalu, NHTSA menjalankan penilaian awal ekoran ujian makmal pelanggaran teruk pada pek bateri dan enam hari kemudiannya, pek bateri itu terbakar.

Chevrolet Volt dinobatkan sebagai Top Safety Pick oleh Insurance Institute for Highway Safety, selain meraih beberapa anugerah keselamatan daripada institusi-institusi lain.

Sepanjang 11 bulan pertama 2011, pemilik-pemilik Volt sudah bergerak sejauh lebih 32 juta kilometer tanpa sebarang kejadian seperti yang dinyatakan dalam ujian NHTSA.

“Volt tetap selamat dipandu. Kini kami mengambil langkah untuk menjadikan ia lebih selamat selepas kereta terlibat dalam kemalangan serius,” kata Naib Presiden Kanan Pembangunan Produk Global GM, Mary Barra.

Modifikasi yang akan dilakukan pada Volt ialah mengukuhkan struktur bateri, menambah alat pengesan pada sistem sejukan bateri dan menambah penambahan pemegang pada bahagian atas takungan sistem penyejukan bateri.

Pemilik Volt akan dimaklumkan secara individu untuk melakukan modifikasi. Proses modifikasi dan penambahbaikan itu meliputi semua Volt yang dijual di Eropah. – Newspress

Portfolio agama: Zaid beri amaran kepada anak buahnya

Posted in Politik on 19 Januari 2012 by Admin

Dari Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 19 Jan: Presiden parti Kita, Datuk Zaid Ibrahim (gambar) berkata, beliau telah memberikan amaran kepada pemimpin partinya di Kedah yang selalu memperlekehkan Pakatan Rakyat.

Zaid melalui satu kenyataan yang dibuat melalui twitternya berkata, “Amaran telah diberi, tunggu dan lihat.”

Zaid dipercayai mengulas kenyataan Ketua Penerangan Kita Kedah, Wan Rosli Omar yang mendakwa PAS telah tunduk kepada PKR.

Dakwaan itu dibuat Wan Rosli ekoran tindakan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil alih portfolio Hal Ehwal Agama yang sebelum ini disandang oleh Exco dari PAS, Datuk Dr Hasan Mohd Ali.

Dalam rombakan portfolio semalam, Khalid mengumumkan exco yang baru dilantik, Dr Ahmad Yunus Hairi menjaga portfolio Adat Melayu, Belia dan Sukan.

Ekoran itu, satu laman web melaporkan, Wan Omar mempertikaikan sikap PAS itu.

“PKR dilihat merampas tugas EXCO Agama yang selama ini dipegang oleh PAS. Tidakkah ahli PAS nampak perkara ini,” kata Ketua Penerangan Wan Rosli Omar.

Khalid dalam twitter berkata, “KITA Kedah selalu memperlekeh Pakatan, FMT (Free Malaysia Today) beri ruang. Langsung tak sentoh BN. Amaran diberi , tunggu dan lihat.”

Sebelum ini, para pimpinan PAS Selangor menjelaskan, susunan portfolio ini sudah dibincangkan dengan MB sebelum pengumuman itu dibuat.

Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Othman dilaporkan berkata, perkata itu sudah dibincangkan dan jaminan telah diberikan untuk berbincang dengan PAS jika ada isu-isu besar yang membabitkan Islam.

“Itu jaminan diberikan kepada kami, jadi tidak menjadi satu masalah,” katanya.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad pula berkata, langkah itu perlu untuk membolehkan kerajaan negeri mengendalikan portfolio itu dengan baik.

“Kalau diletakkan orang baru, kita khuatir dia mungkin akan dipermainkan oleh Umno yang akan menggunakan Jais dan Mais untuk kepentingan mereka dan itu akan menimbulkan masalah tetapi kalau Menteri Besar yang pegang, baru bertemu buku dengan ruas,” kata Khalid Samad dalam satu kenyataannya kepada media.

Seorang lagi Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga Exco kerajaan negeri, Iskandar Samad berkata, langkah MB memegang portfolio itu hanya sementara sahaja. Baca lagi »

Bekas presiden NUJ Hata Wahari sertai DAP

Posted in Politik on 19 Januari 2012 by Admin

Dari Malaysiakini

Bekas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Mohd Hata Wahari menjadi orang Melayu terbaru yang menyertai DAP.

Setiausaha agung parti itu Lim Guan Eng, dalam mengalu-alukan Hata, berkata beliau berharap bekas presiden NUJ itu akan terus berjuang demi kebebasan akhbar di negara ini.

“Saya percaya beliau boleh menyumbang kepada parti dan berjuang untuk kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar,” katanya.

Awal bulan ini, penulis blog Sakmongkol AK47 yang juga bekas ADUN Pulau Manis dari Umno, Mohd Ariff Sabri Aziz juga menyertai parti itu.

Selain Sakmongkol yang merupakan  bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan sehingga tahun 2004, turut dikatakan berbuat demikian ialah seorang lagi penulis blog Umno dan veteran parti itu, Aspan Alias.

Anwar hantar notis saman Utusan RM50 juta

Posted in Politik on 18 Januari 2012 by Admin

Dari Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 18 Jan: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan notis saman menuntut bayaran RM50 juta daripada akhbar Umno Utusan Malaysia ekoran laporan semalam yang mendakwa ketua pembangkang itu menghalalkan homoseksual.

Ianya merujuk kepada laporan muka depan akhbar itu yang bertajuk “Tolak Anwar — Hasan” yang memetik kenyataan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang membidas Anwar kerana kerana mempertikaikan undang-undang berkaitan homoseksual di negara ini.

Antara lain laporan berbunyi, “Menurut beliau, pendirian Anwar tersebut bukanlah baharu kerana itulah pandangan peribadi dan pegangan asasi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut.”

“Oleh itu beliau menggesa rakyat menolak perjuangan Anwar kerana kegiatan tidak bermoral itu jika dihalalkan boleh mencetuskan pergolakan dan perpecahan dalam masyarakat serta kekacauan dalam Negara.”

Selain laporan itu, Anwar juga merujuk kepada laporan akhbar Umno itu yang bertajuk “Parasit ancam Pas, Anwar mesti ditolak” yang memetik kenyataan Hasan sebagai berkata, “Inilah salah satu sebab saya tidak boleh bersekongkol dengan Anwar lbrahim. Inilah sebabnya rakyat Malaysia mesti menolak perjuangan Anwar lbrahim. Kalau kegiatan gay, lesbian, homoseksual dan transgender, itu hendak dihalalkan di Malaysia, saya rasa masyarakat akan bergolak dan berpecah. Saya nampak kekacauan akan berlaku. Ini pandangan saya. Sebenarnya, pandangan Anwar lbrahim bukan hanya di Mumbai melalui BBC itu sahaja.”

Utusan melalui edisi Mingguan Malaysia sebelum ini juga dengan tajuk “Anwar ulas isu gay” mendakwa, Anwar semasa temubual bersama BBC mengatakan undang-undang berkaitan homoseksual di Malaysia tidak boleh diterima dan sudah lapuk.

Sedangkan menurut banyak pihak, dalam temubual itu Anwar meminta agar undang-undang lapuk dikaji semula dan menegaskan “Kami masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia secara keseluruhannya percaya dan komited untuk menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita. Kami tidak menggalakkan homoseksual di khalayak.”

Ekoran laporan yang disifatkan berunsur fitnah, tidak benar dan bermotifkan politik itu, Anwar semalam menghantar notis tuntutan kepada pengurusan Utusan Malaysia.

Anwar yang diwakili syarikat guaman Edwin Lim, Suren & Soh menamakan editor Utusan Malaysia sebagai defendan pertama dan Pengarah Urusan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd.

Dalam tuntutannya, Anwar menuntut akhbar Umno itu menarik balik segala laporan palsu dan menyiarkan permohonan maaf terhadap dirinya di muka hadapan akhbar itu.

Anwar juga menuntut bayaran ganti rugi sebanyak RM50 juta dan memberikan tempoh 48 jam bermula semalam kepada Utusan untuk berbuat demikian.

Anwar Ibrahim: Pakatan Rakyat Convention 2012

Posted in Politik, Video Ceramah on 17 Januari 2012 by Admin
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 46 other followers