Penyakit & Penawar Dalam Rawatan Islam


Hadis Rasulullah,

“Sesungguhnya Allah s.w.t tidak menurunkan sesuatu penyakit kecuali ada bersamanya ubat.”

“Maha Suci Allah yang menjadikan sesuatu di muka bumi in berpasang-pasangan.”

Antara rawatan islam.

1. Apabila di patuk ular, penawar ada pada ular itu. Penawar ada pada sisik terakhir(hujung ekor) ular tersebut. Ambil dan makan. InsyaAllah.

2. Disengat ikan sembilang atau ikan keli. Penawar adapa pada otak ikan tersebut. Ambil dan Sapu pada bahagian yang disengat. InsyaAllah..

3. Terkena duri kelapa sawit. Penawarnya ada pada buah kelapa sawit. Ambil buah, diketuk/pecahkan dan diambil minyaknya dan dengan menggunakan sabut kelapa sawit, sapu pada bahagian terkena duri tersebut. InsyaAllah..

5. Terkena sihir untuk menceraikan suami isteri (diketuai Iblis yang bernama Dasim). Amalkan ayat 102, surah Al-Baqarah.

6. Penyakit resdung. Punca resdung adalah genetik. Jaga kebersihan dan pemakanan terutamanya seafood. Cara mengubatinya adalah dengan mengambil tujuh botol air dari tujuh kolah masjid yang berlainan. Air tersebut di buat solat hajat mohon agar disembuhkan. Cara guna, ambil pada tapak tangan kanan, baca surah al-anbiya ayat 83, selawat syifa’. Sedut ke dalam hidung sebanyak 7 kali. Pilih masjid yang aktif yang melakukan solat jemaah 5 kali sehari. InsyaAllah.

7. Sakit tumit kaki, sendi dan urat saraf. Guna minyak Zaitun (zaitun disebut 6 kali dalam al_Quran), baca Al-Fatihah, ayatul kursi, at-taubah ayat 14 dan al-haj ayat 21 (lau anzal na..). Sapu dan urut pada bahagian/tempat sakit.

8. Fibroid (Ketumbuhan dalam rahim), istihadah atau segugut. Gunakan madu (surah al-Nahlu ayat 69), bacakan Al-Fatihah dan ayat Kursi dan dimakan satu sudu setiap hari.

9. i) Kencing manis boleh diwarisi melalui genetik.

.ii) Mimpi digigit binatang (anjing, ular, jengking) adalah tanda sihir telah meresap ke dalam badan.

10. Angin pasang/uluran. Guna madu bacakan Surah al-Isra’ ayat 82, Surah Asy-Syu’araa’ ayat 70, Surah Al-Hasyr ayat 21.

11. Penyakit darah tinggi, kencing manis, penyakit2 jantung. Guna serai (3 batang), halba, kelapa muda (berhingus). Caranya, serai diketuk/titik. Diletakkan salam buah kelapa. 7 biji halba dimasukkan juga ke dalam kelapa. Kelapa kemudian dipanaskan di atas api/dapur. Setelah itu, korek isi kelapa dengan serai tadi. Minum air. Satu biji untuk dua hari. Buat sebanyak 7 kali.

12. i)Tidak boleh tidur malam. Baca ayat dalam surah Kahfi ayat 11 (“Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu, bertahun-tahun, yang banyak bilangannya”)

12.ii)Lenguh sendi. Amalkan baca Surah Fussilat ayat 44, Al-Fatihah dan ayat Kursi.

13. Histeria. Asingkan pelajar yang tekena dengan pelajar lain sebelum berjangkit. Genggam tangan seperti penumbuk, bacakan “Bismillah..MasyaAllah..” Tiupkan perlahan2 ke dalam genggaman. Kemdian ditepuk pada belakang (antara tulang kipas mangsa).

Dapatkan  Ayat Pengesan Jin & Penawar Sihir

9 Respons to “Penyakit & Penawar Dalam Rawatan Islam”

  1. mohon utk di copy

  2. Faizah muda Says:

    Terima kaseh. Perkongsian ilmu yg sgt berguna.

  3. Assalam . Izinkan sy brkongsi di fb ya.

  4. soalan tetang rawatan kecing manis
    saya buat saperti arahan , tetapi saya panaskan air kelapa di dlm cawan tin , tidak dgn kelapa nya .
    Dan saya minum separoh di waktu malam (sebelum tidur ) & separoh nya esok pagi. Ada kah ini cara yg betul ?

  5. Mohon izin amalkan…Moga mendapat syafaat untuk umat islam semua..dan diberkati Allah s.w.t

  6. mohon izin untuk diamalkan.

  7. Dayang Aisah Hj.Awang Yahya Says:

    Izinkan untuk diamalkan tk.

  8. Noraini Jusoh Says:

    Assalamualaikum.Untuk rawatan sopak macam mn pula yer?

  9. Pembetulan, utk sakit tumit, surah Al Hashr ayat 21: http://quran.com/59/21

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: