Archive for the Luar Negara Category

Doktor Muslim buka klinik percuma untuk warga miskin di Carolina, AS

Posted in Artikel, Hikmah, Luar Negara on 17 Mei 2012 by Admin

http://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2012/04/doktormuslimbukaklinikpercumauntukwargamiskindicarolina252cas.jpg?w=300

Kaum perempuan di Carolina, Amerika Syarikat kini boleh mendapatkan perkhidmatan klinik percuma. Seorang doktor muslim akhirnya boleh mewujudkan mimpi untuk membina klinik di sana. Klinik yang diberi nama ‘Shifa’ sengaja ditubuhkan untuk membantu para perempuan berusia 17-65 yang tidak dapat khidmat insurans dari kerajaan. “Ini seperti mimpi yang menjadi nyata,” ujar Resma Khan seperti ditulis Post and Courier, Jumaat (9 / 12)
Khan adalah seorang Ginekologis di Ralph H. Johnson VA Medical Center. Beliau berkata tujuannya membuat klinik untuk memberi khidmat dan membantu golongan miskin di kotanya. Wanita berusia 41 tahun ini sebelumnya bekarja untuk mendirikan klinik percuma di Mount Pleasant.
Mimpi Khan wujud berkat bantuan Lingkaran Bantuan Islam untuk Amerika Utara (ICNAR), yang membayar sewa klinik tiga bilik. Klinik ini terletak di sebuah bangunan pejabat di Lowcountry Boulevard. Setelah mendapatkan bantuan dana dari ICNAR, dia berharap klinik yang mula beroperasi pada 7 Januari 2012 ini akan semakin berdikari dengan adanya sumbangan tempatan dan geran.
Khan akan memberikan perkhidmatan uji ginekologi rutin termasuk pemeriksaan payudara, pemasangan alat kontrasepsi, rawatan penyakit seksual dan uji kehamilan. Untuk servis kebidanan, belum dapat diberikan di klinik ini. Dia berharap dapat semakin memperluaskan perkhidmatan jika ada tambahan doktor, jururawat atau sukarelawan lain.
Klinik akan digunakan satu hari dalam seminggu. Dia sedang mempertimbangkan untuk menggunakan bilik tersebut untuk tujuan lain seperti les biologi.
Bagi kaum Muslim, klinik Shifa, merupakan klinik percuma pertama yang ada di Carolina. Tertubuhnya klinik Syifa mendapat banyak pujian tak hanya dari golongan umat Islam sahaja.
Kesatuan Gereja Charleston memuji usaha yang dilakukan oleh Khan. “Ada ramai orang yang sangat memerlukan,” kata Kosok dari klinik. Anda akan menjadi berkat bagi komuniti perubatan dan tidak akan kekurangan pesakit,” kata Kosok, salah seorang anggota komuniti gereja tersebut.
Muslim Amerika kini telah melancarkan inisiatif sama di seluruh negeri. “Dalam Islam, kita percaya bahawa kita harus membantu semua orang,” kata Imam Mohamed dari Pusat Masjid Charleston. Ramai yang menganggap ini sebagai salah satu simbol patriotisme sejati dari seorang muslim.
Tahun lalu, sekumpulan doktor Ohio membuka Klinik Komuniti Noor, yang menawarkan cek-up percuma bagi orang-orang yang tidak mendapat servis insurans.
Lebih dari satu dekad sejak penubuhan, Persatuan Perubatan Muslim Universiti (UMMA) kini berkhidmat kepada 16,000 pesakit AS dari semua latar belakang agama. Pada tahun 1996, sekumpulan pelajar Muslim AS yang tidak puas hati dengan kurangnya penglibatan kaum Muslim dalam menyelesaikan isu-isu sosial Amerika, melancarkan klinik 24 jam pertama amal di Amerika Syarikat. AS adalah salah satu negara terkaya di dunia, tetapi demokrasi industrial tidak memberikan liputan perkhidmatan kesihatan untuk semua penduduknya.

Anak muda pelopori kebangkitan Syria

Posted in Luar Negara on 27 Februari 2012 by Admin

Dari Harakahdaily

BANGI, 27 Feb: Diskusi isu Syria diberitahu, anak muda negara itulah sekarang yang mempelopori kebangkisan rakyat di negara yang sedang bergolak itu.

Hazuanuddin Sofuan, Presiden Persatuan Mahasiswa Syria (PPMS) berkata, faktor anak muda adalah pencetus utama revolusi rakyat itu

Hampir 200 orang ke diskusi isu semasa, ‘Syria: Antara Penindasan dan Kebangkitan’, membuktikan bahawa masyarakat pada hari ini masih cakna terhadap isu semasa.

Diskusi isu semasa anjuran Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) itu diserikan dengan penampilan dua orang panel iaitu Professor Datuk Dr. Redzuan Othman, Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, UM dan Hazuanuddin.

“Sejarah politik Syria perlu diteliti dengan baik kerana ia amat berkait rapat dengan apa yang berlaku terhadap rakyat Syria sekarang.

“Bermula dari pemerintahan ala tentera oleh Hafiz Asad kemudian diwarisi oleh anaknya iaitu Basyar Asad sehingga kini, adalah kesinambungan kezaliman berterusan terhadap rakyat Syria,” ujar Dr. Redzuan.

Sementara itu, Hazuanuddin yang juga merupakan antara kumpulan pelajar Malaysia terakhir yang dihantar pulang, mengulas;

“Faktor pelbagai aliran madrasah yang wujud di Syria dan tekanan kerajaan terhadap ulama menyebabkan pertembungan pandangan dalam menghadapi revolusi di Syria.”

Di penghujung forum, kedua-dua panel memberi keyakinan dan harapan besar bahawa revolusi rakyat di Syria akan berjaya walaupun menghadapi tekanan yang hebat dari negara kuasa besar dunia seperti China dan Rusia dengan pertolongan Allah S.W.T sepertimana jatuhnya Muammar Ghadafi di Libya.

“Diskusi ini bertujuan memberi penerangan kepada masyarakat tentang isu semasa selari dengan saranan Gamis untuk membudayakan wacana intelektual secara serius,” jelas Wan Mohamad Rasyadan, Ketua Penerangan Gamis.

Penduduk bantah harga petrol naik

Posted in Luar Negara on 10 Januari 2012 by Admin

 

LAGOS – Satu tunjuk perasaan tercetus di seluruh Nigeria bagi membantah kenaikan harga petrol di negara Afrika berkenaan.

Ketika matahari terbit di Nigeria semalam, ibu kota negara ini yang biasanya sesak dengan kenderaan bertukar sepi. Kesatuan-kesatuan sekerja pula mula mengadakan sekatan jalan raya.

Anggota kumpulan samseng tempatan menumbuk tingkap kenderaan yang berada di jalan raya manakala ratusan penunjuk perasaan berkumpul di sini menjelang satu perhimpunan besar-besaran yang dijadual diadakan di ibu kota Nigeria itu.

Mereka membantah kenaikan harga minyak daripada AS$0.45 (RM1.40) seliter kepada AS$0.94 (RM2.95) seliter yang mula berkuat kuasa sejak subsidi petrol di negara berkenaan berakhir pada 1 Januari lalu atas arahan pentadbiran Presiden Goodluck Jonathan.

“Saya belum pernah mendapat manfaat daripada pentadbiran Jonathan. Kami akan menentang kenaikan harga minyak ini sehingga ke titisan darah terakhir,” kata seorang kakitangan awam berusia 35 tahun, Fatai Adepoju.

Namun, pemerintah menyatakan penarikan subsidi tersebut terpaksa dilakukan dalam usaha mengurangkan perbelanjaan negara dan menggalakkan pelaburan luar dalam sektor penapisan minyak. – Agensi

Singapura potong gaji menteri

Posted in Luar Negara on 4 Januari 2012 by Admin

Dari Malaysiakini

Singapura akan memotong sekurang-kurangnya satu pertiga gaji para menterinya, tetapi mereka masih kekal sebagai menteri yang dibayar gaji yang terbaik di dunia.

NONEPotongan gaji itu telah dijanjikan oleh Perdana Menteri, Lee Hsien
Loong untuk menenangkan kemarahan orang ramai pilihan raya umum 2011, dan beliau sendiri akan memotong gajinya sebanyak 36 peratus le[ada SG$2.2 juta (RM5.4 juta).

Namun, ia masih dipercayai gaji tertinggi bagi mana-mana ketua kerajaan yang dipilih di dunia – lebih empat kali ganda Barack Obama, yang berpendapatan SG$400,000 (RM1.3 juta) tahun sebagai presiden Amerika Syarikat.

Manakala gaji presiden Singapura juga akan dipotong 51 peratus kepada SG$1.54 juta (RM3.8 juta).

Potongan akan retroaktif untuk tempoh lima tahun kerajaan semasa bermula pada 21 Mei, 2011 dan garis panduan baru tambatan akan membayar kepada kesejahteraan rakyat Singapura biasa.

Parti Tindakan Rakyat (PAP), yang membawa Singapura mencapai kemerdekaan daripada Malaysia pada tahun 1965 dan memerintah
republik itu sejak itu, mengalami kejatuhan peratusan undi ke tahap paling rendah, iaitu 60 peratus dalam pilihan raya 2011.

Workers' Party candidate Chen Show Mao victory in singapore 1Hanya sistem kontroversi pilihan raya di sebahagian besar daripada 87 kerusi parlimen secara berkelompok dan bukan individu – yang dilihat sebagai memihak kepada PAP  – telah menghadkan kemenangan pembangkang kepada enam kerusi.

Ketika beliau mengangkat sumpah untuk penggal lima tahun yang baru dua minggu selepas pilihan raya tersebut, dasar pertama yang diumumkan oleh Lee ialah untuk mengkaji semula gaji para -menteri.

Ekonomi Eropah diramal goyah pada 2012

Posted in Luar Negara on 26 Disember 2011 by Admin

LONDON, Britain – Saham Eropah dan mata wang euro diramal berdepan pergolakan baharu pada 2012 selepas mata wang tunggal Kesatuan Eropah (EU) berkenaan merosot berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susulan krisis hutang negara-negara Eropah.

Bursa-bursa utama Eropah menjunam antara 6.5 dan 25 peratus sejak permulaan tahun ini manakala mata wang euro merosot 2.5 peratus berbanding dolar dalam dagangan turun naik sepanjang bulan ini.

“Siapa yang dapat menyangka bahawa menjelang November, kita bercakap tentang bukan sahaja keruntuhan negara-negara mata wang euro tetapi tentang kemungkinan pembubaran EU,” kata pakar strategi kanan firma BGC Partners, Howard Wheeldon.

“Siapa yang menyangka dalam tempoh sesingkat itu ekonomi EU berhenti daripada berkembang manakala pertumbuhan kembali ekonomi rantau berkenaan dilihat terlalu sukar,” tambahnya.

Mata wang euro menamatkan dagangan tahun ini dengan menjunam di bawah AS$1.30 untuk satu euro sekali gus tahap terendah sejak permulaan tahun 2011.

Mata wang tunggal EU itu turut menjunam pada takat terendah berbanding yen sejak 10 tahun lalu dalam dagangan pada September lepas.

Keadaan tersebut berikutan kebimbangan pelabur berhubung ketidaktentuan ekonomi global dan kemerosotan nilai ekuiti di Eropah dan AS.

“Krisis mata wang euro dijangka semakin meruncing. Ekonomi global (pada 2012) diramal sama ada menyusut ke dalam kemelesetan atau mengalami pengurangan dalam pertumbuhan,” kata penganalisis Commerzbank, Ulrich Leuchtmann.

“Pelaburan dalam mata wang dolar mungkin menguntungkan selain mata wang yen dan emas,” tambahnya. -Kosmo

Nelayan setuju harga ketam selepas 12 hari berbalah

Posted in Luar Negara on 30 November 2011 by Admin

 

HALF MOON BAY, Amerika Syarikat (AS) – Selepas 12 hari berbalah mengenai harga ketam, para nelayan dan pihak pemprosesan makanan laut mencapai persetujuan mengenai harga haiwan marin itu kelmarin di sini, California.

Persetujuan yang dicapai oleh kedua-dua pihak itu ialah ketam tersebut akan dijual oleh nelayan pada harga AS$2.25 (RM7.16) bagi setiap 0.45 kilogram.

Perbalahan mengenai harga itu menyebabkan ketam tersebut tidak dihidangkan dalam kebanyakan majlis makan malam sempena Hari Kesyukuran baru-baru ini kerana ia tidak dijual. – Agensi

Tiga cedera rebut BlackBerry diskaun

Posted in Luar Negara on 25 November 2011 by Admin

JAKARTA – Promosi harga diskaun untuk telefon pintar BlackBerry semalam bertukar kecoh apabila beribu-ribu warga Indonesia menyerbu premis perniagaan di sini dengan menyebabkan sekurang-kurangnya tiga orang cedera manakala beberapa yang lain pengsan.

Promosi harga murah itu bertempat di sebuah premis perniagaan di pusat beli-belah Pacific Place di sini.

Sekitar 300 anggota polis dan anggota separa tentera dikerahkan ke lokasi berkenaan selepas sesi promosi itu bertukar kecoh.

Pengeluar telefon BlackBerry, Research in Motion (RIM) mengumumkan seminggu lalu bahawa model baharu BlackBerry Bold 9790 akan dilancarkan di sini semalam pada separuh harga untuk 1,000 pelanggan pertama.

Namun, sekitar 5,000 peminat BlackBerry berkumpul dalam cuaca panas di luar pusat beli-belah berkenaan untuk mendapat peluang membeli model terbaharu itu pada harga AS$260 (RM831) selepas diskaun.

Sebahagian mereka sudah beratur sehari sebelum promosi berkenaan berlangsung, kata polis.

“Promosi itu menjadi huru-hara menjelang tengah hari apabila beribu-ribu orang saling menolak untuk mendekati pusat beli-belah tersebut. Kami terpaksa mengarahkan penganjur supaya menghentikan sesi promosi itu,” kata jurucakap polis Jakarta, Baharudin Djafar.

Seorang wanita berusia 32 tahun dikenali sebagai Sherly yang menunggu sejak awal pagi semalam adalah antara yang pengsan dalam kekecohan tersebut.

“Orang ramai seperti gila dan mula menolak antara satu sama lain, saya dihimpit sehingga tidak sedarkan diri,” dia dipetik sebagai berkata oleh laman berita Jakarta Globe.

Indonesia adalah pasaran telefon BlacBerry terbesar di luar rantau Amerika Utara. – AFP

Penerbangan cemas juruterbang terkunci dalam tandas

Posted in Luar Negara on 25 November 2011 by Admin

NEW YORK: Penerbangan pesawat Delta Airlines dari Carolina Utara ke New York kecoh seketika apabila juruterbangnya terkunci dalam tandas kira-kira 30 minit sebelum mendarat.

Media tempatan melaporkan, juruterbang terbabit bergegas masuk ke tandas selepas tidak dapat menahan dirinya membuang air sehingga selamat mendarat.

Insiden itu menjadi gempar apabila pembantu juruterbang menyangka berlaku rampasan pesawat selepas seorang penumpang “dalam loghat asing” meminta izin masuk ke kokpit.

Dia segera menghubungi menara kawalan bagi memaklumkan kejadian berkenaan.

Selepas beberapa ketika, penumpang terbabit berjaya menyampaikan mesej mengenai keadaan juruterbang itu kepada pembantunya, sekali gus meredakan keadaan.

Tidak dapat dipastikan bagaimana juruterbang berkenaan selamat keluar dari tandas dan pesawat itu berjaya mendarat. – Agensi

Doktor tersilap menggugurkan kandungan

Posted in Luar Negara on 25 November 2011 by Admin

MELBOURNE: Sebuah hospital disiasat selepas kakitangannya tersilap menggugurkan satu daripada kembar berusia 32 minggu kerana didapati mengalami masalah jantung.

Herald Sun melaporkan, doktor Hospital Wanita Diraja mengesan satu daripada pasangan kembar berkenaan mungkin memerlukan siri pembedahan yang panjang jika dibenarkan lahir seperti biasa.

Hasil nasihat doktor, wanita hamil terbabit terpaksa akur dengan pandangan itu dan membenarkan satu daripada kembarnya digugurkan Selasa lalu.

Bagaimanapun, apabila prosedur pembedahan itu selesai, doktor baru menyedari mereka sebenarnya menggugurkan janin yang sihat.

Hospital itu mengesahkan insiden berkenaan semalam.

“Ia tragedi dahsyat dan kami benar-benar meminta maaf atas kejadian berkenaan,” kata kenyataan dikeluarkan itu.

Hospital terbabit juga menjalankan siasatan menyeluruh dengan bantuan dua penyiasat bebas dari Hospital Canberra bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Sementara itu, sumber berkata, wanita terbabit kini masih cuba menerima kenyataan.

“Dia ke hospital dengan dua janin dan kini dia bersedih kerana bakal melahirkan anak yang kurang sempurna.

“Wanita itu mengalami trauma,” katanya.

Sumber terbabit juga mempertikaikan kenyataan hospital itu yang mendakwa melakukan proses berkenaan mengikut prosedur betul.

“Jika prosedur dilakukan dengan baik, bagaimana ia boleh berlaku?” katanya. – AFP

Siapa Gaddafi sebenarnya?

Posted in Luar Negara on 25 November 2011 by Admin

Presiden Muammar Muhammad Al-Qaddafi, adalah satu nama yang sangat digeruni dan ditakuti Barat, termasuk Yahudi Zionis la’natullah. Keberanian Al-Qaddafi, terutama apabila berdepan dengan Barat sudah dikenali dunia. Kelantangan beliau sehingga mencampakkan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semasa berucap di hadapan pemimpin dunia di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu mencatat sejarah tersendiri, membuktikan kelantangan dan sikap tidak tolak ansur dan tiada kompromi beliau kepada Barat!

Malang sekali apabila ada rakyat Libya yang terpengaruh dengan dakyah Barat, mempertuhankan demokrasi dan hak kebebasan manusia tanpa batas acuan barat, memilih untuk menggulingkan pemerintah yang banyak berjasa kepada mereka!

Cuba lihat apa yang tidak kenanya dengan Kerajaan Libya dibawah pimpinan Mua’mar Al Qaddafi:

1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing. Tak payah nak tuntut royalti dah! Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!

2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%;

3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah/ riba’;

4. Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah;

5.Di Libya tidak ada rumah yang dipajak;

6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma;

7. Tidak ada bil elektrik di Libya;

8. Pendidikan adalah percumn;

9. Kemudahan perubatan adalah percuma;

10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000-00 dinar daripada Kerajaan;

11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 cents per liter;

12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah;

13. satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar;

14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.

15 Kebanyakan sekim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.

16. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi;

17. Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%);

18. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/ tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;

19. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan;

Sebenarnya Qaddafi berjaya membawa rakyat dan negara Libya kepada tahap yang hebat tanpa bergantung dan menjadi hamba kepada tamaddun dan cengkaman Barat dan Yahudi zionis la’natullah. Sebenarnya apa yang dibawa oleh Qaddafi adalah ciri-ciri sebuah negara kebajikan yang berteraskan kepada Islam tanpa tunduk na’am kepada kafir harbi dan musuh-musuh Islam. Qaddafi boleh membuatkan Barat ketar lutut kepada kekuatan ekonomi negaranya!

Teruskan membaca di sini