Archive for the Hikmah Category

Doktor Muslim buka klinik percuma untuk warga miskin di Carolina, AS

Posted in Artikel, Hikmah, Luar Negara on 17 Mei 2012 by Admin

http://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2012/04/doktormuslimbukaklinikpercumauntukwargamiskindicarolina252cas.jpg?w=300

Kaum perempuan di Carolina, Amerika Syarikat kini boleh mendapatkan perkhidmatan klinik percuma. Seorang doktor muslim akhirnya boleh mewujudkan mimpi untuk membina klinik di sana. Klinik yang diberi nama ‘Shifa’ sengaja ditubuhkan untuk membantu para perempuan berusia 17-65 yang tidak dapat khidmat insurans dari kerajaan. “Ini seperti mimpi yang menjadi nyata,” ujar Resma Khan seperti ditulis Post and Courier, Jumaat (9 / 12)
Khan adalah seorang Ginekologis di Ralph H. Johnson VA Medical Center. Beliau berkata tujuannya membuat klinik untuk memberi khidmat dan membantu golongan miskin di kotanya. Wanita berusia 41 tahun ini sebelumnya bekarja untuk mendirikan klinik percuma di Mount Pleasant.
Mimpi Khan wujud berkat bantuan Lingkaran Bantuan Islam untuk Amerika Utara (ICNAR), yang membayar sewa klinik tiga bilik. Klinik ini terletak di sebuah bangunan pejabat di Lowcountry Boulevard. Setelah mendapatkan bantuan dana dari ICNAR, dia berharap klinik yang mula beroperasi pada 7 Januari 2012 ini akan semakin berdikari dengan adanya sumbangan tempatan dan geran.
Khan akan memberikan perkhidmatan uji ginekologi rutin termasuk pemeriksaan payudara, pemasangan alat kontrasepsi, rawatan penyakit seksual dan uji kehamilan. Untuk servis kebidanan, belum dapat diberikan di klinik ini. Dia berharap dapat semakin memperluaskan perkhidmatan jika ada tambahan doktor, jururawat atau sukarelawan lain.
Klinik akan digunakan satu hari dalam seminggu. Dia sedang mempertimbangkan untuk menggunakan bilik tersebut untuk tujuan lain seperti les biologi.
Bagi kaum Muslim, klinik Shifa, merupakan klinik percuma pertama yang ada di Carolina. Tertubuhnya klinik Syifa mendapat banyak pujian tak hanya dari golongan umat Islam sahaja.
Kesatuan Gereja Charleston memuji usaha yang dilakukan oleh Khan. “Ada ramai orang yang sangat memerlukan,” kata Kosok dari klinik. Anda akan menjadi berkat bagi komuniti perubatan dan tidak akan kekurangan pesakit,” kata Kosok, salah seorang anggota komuniti gereja tersebut.
Muslim Amerika kini telah melancarkan inisiatif sama di seluruh negeri. “Dalam Islam, kita percaya bahawa kita harus membantu semua orang,” kata Imam Mohamed dari Pusat Masjid Charleston. Ramai yang menganggap ini sebagai salah satu simbol patriotisme sejati dari seorang muslim.
Tahun lalu, sekumpulan doktor Ohio membuka Klinik Komuniti Noor, yang menawarkan cek-up percuma bagi orang-orang yang tidak mendapat servis insurans.
Lebih dari satu dekad sejak penubuhan, Persatuan Perubatan Muslim Universiti (UMMA) kini berkhidmat kepada 16,000 pesakit AS dari semua latar belakang agama. Pada tahun 1996, sekumpulan pelajar Muslim AS yang tidak puas hati dengan kurangnya penglibatan kaum Muslim dalam menyelesaikan isu-isu sosial Amerika, melancarkan klinik 24 jam pertama amal di Amerika Syarikat. AS adalah salah satu negara terkaya di dunia, tetapi demokrasi industrial tidak memberikan liputan perkhidmatan kesihatan untuk semua penduduknya.

Laungan Takbir bergema di Dataran Frankfurt Germany

Posted in Hikmah, iSLAMIC on 17 Mei 2012 by Admin
Enam Warga Jerman memeluk Islam, SubhanAllah… Islam tetap bercahaya di Hati Insan yang telah dipilih oleh Allah SWT, walaupun dimana bumi dipijak.

Nasihat untuk insan cemerlang

Posted in Hikmah on 16 Mei 2012 by Admin

 

1. Sebelum kamu mencabut pohon keburukan pada orang lain, carilah pohon kebaikan dan siramilah ia.

2. Tiap orang bersikap lemah lembut, maka ia akan menjadi hiasan bagi dirinya. Jika lemah lembut sudah tercabut dari seseorang maka ia akan menjadi noda cacat bagi dirinya.

3. Kamu akan selalu melihatku tersenyum.

4. Optimislah dan berbaik sangkalah kepada orang lain. Beri mereka semangan agar mereka lebih dapat optimal.

5. Tidak semua yang diinginkan seseorang dapat terlaksana. Angin berhembus tidak seperti yang diinginkan oleh perahu.

Nasihat Berguna

Posted in Hikmah on 15 Mei 2012 by Admin

النجاح سلم لا تستطيع تسلقه ويداك في جيبك…

1-Kamu tidak akan dapat memanjat tangga kejayaan dengan tangan didalam saku.

– من يحاول يمسك الشمعة من شعلتها .. يحرق يده …

2-Sesiapa memegang lilin semasa ia menyala tangannya kan terbakar.

– العواصف الشديدة تحطم الأشجار الضخمة..

3-Ribut yang kuat dapat menumbangkan  pokok yang besar.

– قد تنسى من شاركك الضحك…لكن لا تنسى من شاركك البكاء…

4-Kadang-kadang kamu lupa untuk sama-sama bergembira tetapi jangan kamu lupa untuk sama-sama menangis.

– إن الناس لا يخططون من أجل الفشل … ولكنهم يفشلون فقط في التخطيط…

5-Manusia tidak merancang untuk kegagalan tetapi mereka gagal dalam merancang.

– لا تكن حلوا فتؤكل… ولا تكن مرا فتلفظ….

6-Jangan ketika manis kamu bertawakkal dan jangan ketika susah kamu baru berbicara.

( Bermaksud apabila menerima sesuatu nikmat maka kita menganggap ianya hasil daripada bertawakkal kepada Allah SWT, tetapi apabila menerima sesuatu yang pahit maka tahap tawakkal berubah sehinggap mengungkitkan sesuatu).

– لو رأينا أنفسنا كما يراها الآخرون لما تحدثنا لهم لحظة…

7-Jika kamu dapat melihat diri kamu sebagaimana orang lain melihat diri kamu, pasti orang lain tidak akan membicarakan kamu walau sedetik.
– الابتسامة كلمة طيبة بغير حروف…

8-Senyuman adalah sebaik-baik perkataan tanpa huruf.

– تعلم قول لا أدري… فإنك إن قلت لا أدري علموك حتى تدري …

9-Pengakuan tidak tahu menmyebabkan kamu akan lebih tahu apabila kamu diajar untuk  lebih tahu.

وإن قلت أدري سألوك حتى لا تدري…

10-Jika kamu mengaku kamu tahu segala-galanya, manusia akan bertanya kepada kamu sehingga kamu tidak tahu jawapannya.
– ضعف الحائط… يغري اللصوص…

11- Pagar yang tidak kukuh memberi peluang kepada pencuri.

– من يفقد ثروة يفقد كثيراً…ومن يفقد صديقاً يفقد أكثر… ومن يفقد الشجاعة يفقد كل شئ…

12-Sesiapa hilang kekayaan,banyak perkara yang akan hilang..

Sesiapa hilang kawan, banyak perkara akan hilang…

Sesiapa hilang keberanian akan hilang segala-galanya.

– أبتعد قليلاً من الرجل الغضوب… أما الصامت فابتعد عنه إلى الأبد…

13-Jarakkan diri anda sedikit daripada mereka marah, tetapi jauhkan diri kamu sejauh-jauhnya daripada mereka yang diam.

– من ينل ينسى … أما الذي يريد فيفكر طويلاً…

14-Apa yang kamu miliki akankamu  lupai tetapi apa yang belum menjadi milikmu, kamu akan sentiasa berfikir untuk mendapatkannya.
– لا تفكر في المفقود… حتى لا تفقد الموجود….

15-Jangan terlalu berfikir pada apa yang telah hilang sehingga apa yang telah kamu miliki turut hilang.

– متى أحسنت بتقسيم وقتك …كان يومك كصندوق يتسع لأشياء كثيرة…

16-Sesiapa dapat membahagikan masa dengan baik, maka kehidupannya seperti khazanah yang sentiasa bertambah.
وأخيراً:

الكلمة الطيبة ليست سهماً … لكنها تخرق القلب,

17-Perkataan yang baik bukanlah suatu keuntungan  tetapi dapat membinasakan  hati.

( Perkataan yang baik bukanlah hanya suatu keuntungan malah dapat merubah keseluruhan hati seseorang )

Dari Blog Peribadi Rasulullah

Cara bijak daripada Rasulullah SAW mengawal perasaan marah

Posted in Hikmah, iSLAMIC on 14 Mei 2012 by Admin

 

https://i0.wp.com/www.albetaqa.com/waraqat/06rqa2eq/002/rqa2eq0106.jpg

Dalam kompleksitas kehidupan, manusia sering kali dihadapkan pada suatu masalah yang memaksanya untuk memilih, apakah menghadapinya dengan penuh ketenangan atau menyikapinya dengan amarah dan penuh emosi.

Secara etimologis, kata ‘emosi’ adalah terjemahan dari bahasa Arab, al-ghadlab. Dalam Alquran, kata al-ghadlab, dengan perubahan bentuk kata, jumlahnya tak kurang dari 24 kali. Dari sekian banyak ayat tersebut, kata al-ghadlab lebih banyak dikaitkan kepada Allah sebagai Sang Khalik. Hanya sedikit ayat yang mengaitkan al-ghadlab dengan manusia. Itu pun bukan terhadap manusia biasa, tetapi terhadap Nabi Musa AS. “Dan, tatkala Musa telah kembali kepada kaumnya, dengan marah dan sedih hati, ia pun berkata, ‘Alangkah buruknya perbuatan yang kamu kerjakan sesudah kepergianku.’” (QS al-A’raf [7]: 150).

Dalam ayat itu, disebutkan pula bahwa Nabi Musa sempat menarik rambut saudaranya sendiri, Nabi Harun, karena saking marah dan emosinya. Tentang sikap marahnya Nabi Musa, juga dibadikan dalam surah Taha [20]: 86 dan tentang redanya emosi tersebut juga diabadikan dalam surah al-A’raf [7]: 154.

Diceritakan dalam sebuah hadis bahwa seorang sahabat datang tergopoh-gopoh menghadap Nabi SAW untuk meminta nasihat. Nabi menjawab, “La taghdlab”, hindari sikap marah (emosi). Nabi SAW mengulangi nasihatnya sebanyak tiga kali.

Hadis ini cukup menjadi bukti bahwa manusia sering kali terjebak dalam keadaan emosi atau marah yang berkepanjangan hingga tidak ada peluang bagi orang lain untuk meminta maaf. Karena itu, wajar bila Nabi SAW mengulangi nasihatnya sebanyak tiga kali.

Bagaimana menguasai marah atau me-manage emosi? Nabi SAW pernah memberikan petunjuk. “Jika kamu marah dalam keadaan berdiri, duduklah. Jika kamu masih marah, padahal sudah dalam keadaan duduk, berbaringlah. Jika kamu masih marah, padahal sudah dalam keadaan berbaring, segera bangkit dan ambil air wudu untuk bersuci dan lakukan shalat sunah dua rakaat.”

Betapa bijaknya nasihat Rasul SAW di atas. Sebab, ketika manusia sedang marah, ia mengalami dua hal. Pertama, ketegangan syaraf, terutama syaraf otak. Kedua, dirinya sedang bergelut dengan sebuah kekuatan hawa nafsu yang mahadahsyat. Dalam pandangan agama, hawa nafsu itu dipersonifikasikan dengan kekuatan setan.

Maka, ajaran Nabi SAW tentang perubahan gerakan fisik dari berdiri kepada duduk dan dari duduk kepada berbaring bertujuan untuk melenturkan dan meredakan (relaksasi) ketegangan syaraf otak dan syaraf-syaraf lainnya. Jika gerakan fisik juga tidak mampu meredakan emosi, Nabi SAW berpesan agar segera berwudu dan mendirikan shalat dua rakaat. Tujuannya, segera berlindung kepada kekuatan Allah untuk mengusir kekuatan setan yang terbungkus dalam bentuk sikap marah dan emosi. Wa Allahu A’lam.

 

Dari Blog Peribadi Rasulullah

Aku Malu Untuk Menjadi Sayap Kirimu

Posted in Hikmah, iSLAMIC on 29 Februari 2012 by Admin

PERIGI MENCARI TIMBA?

Ada pula yang berkata, “Cara ini untuk lelaki bolehlah. Untuk perempuan, tak sesuai. Nanti orang kata ‘macam perigi mencari timba’, ‘wanita tidak bermaruah’ dan macam-macam lagi.”

Sabar dahulu saudari.

Sebenarnya ini merupakan pemikiran songsang yang telah diterapkan dalam masyarakat Melayu kita. Sebetulnya kita berbalik kepada Islam itu sendiri. Bagaimanakah Islam mengajar wanita yang berkeinginan bernikah untuk menyuarakan keinginanya? Mari kita bersama – sama mengkaji sirah terdahulu.

Bukankah perkahwinan teragung antara junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. dan Siti Khadijah r.a. dimulakan dengan Siti Khadijah menzahirkan keinginannya?

Ketika mengetahui sifat-sifat mulia yang dimiliki oleh Nabi Muhammad S.A.W , beliau merasakan yang dia tidak akan menjumpai sesiapa yang lebih layak untuk dijadikan suaminya melainkan Baginda. Oleh itu Siti Khadijah menyuarakan keinginannya kepada pakciknya, Abbas, agar merisik Muhammad s.a.w. Sesudah pihak Baginda bersetuju, barulah keluarga Nabi menghantar rombongan meminang. Begitulah yang diajarkan dalam sirah??

Jadi, tiada salahnya wanita yang memulakan dahulu. Bukankan itu lebih mulia, menyuarakan keinginan dan kebersediaan untuk mengikuti sunnah baginda Rasulullah s.a.w.? Cuma biarlah caranya sesuai dengan cara masyarakat kita.

 

Jika seorang wanita itu telah mempunyai calon suami yang baik dan soleh, suarakan-lah kepada ibu bapa supaya mereka dapat menghubungi pihak keluarga lelaki tersebut. Biar orang tua yang menguruskan, kita cuma mencadangkan. Kalau kedua-dua pihak setuju, alhamdulillah. Maka pihak lelaki boleh masuk meminang.

Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur dan sitematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh semua manusia kerana itulah fitrah insani.

Insya-Allah jika segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, Allah akan mempermudah urusan itu.

Untuk mereka yang masih menimba ilmu, tidak perlulah bersusah-susah mencari jodoh sekarang. Jodoh di tangan Allah, pasti bertemu jua dengan taqdirnya.

Sekarang kita mempunyai matlamat yang lebih penting iaitu mendapatkan kecemerlangan dalam pelajaran dan menunaikan tanggungjawab kita sebagai muslim. Banyak lagi tanggungjawab yang perlu kita pikul dan bercinta bukanlah sesuatu yang perlu buat masa sekarang. Berusahalah menjadi muslim dan muslimah sejati serta mengamalkan Islam dalam kehidupan kita.

 

Akan tetapi, bagi mereka yang merasakan diri sudah mampu untuk memikul tanggungjawab berumah tangga, mampu memberi nafkah zahir dan batin, maka bernikahlah.

Tiada salahnya bernikah ketika belajar. Itu adalah lebih mulia daripada mereka yang ber’couple’, dan memuaskan nafsu mengikut telunjuk syaitan. Ikutilah cara-cara menuju pernikahan yang telah diterangkan di atas.

Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.

akhir kalam, jika kita benar – benar sudah bersedia dan sudah berjumpa dengan seseorang yang kita rasa dia betul – betul boleh membimbing kita, maka tidak perlulah segan silu untuk menyuarakan keinginan kita kepadanya kerana di zaman yang serba moden ini tiada lagi istilah “Perigi mencari timba”. dan jika ingin menyuarakan keinginan itu mestila selari dengan ajaran islam kerana islam itu indah.

“Aku mencintaimu kerana AGAMA yang ada padamu, Jika kau hilangkan AGAMA dalam dirimu, hilanglah CINTAku padamu.” (Imam Nawawi )

 

“Jika tepat masa, ketika, keadaan dan SIAPA, cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingannya”

Artikel iluvislam.com

Hormati Perbezaan Pendapat

Posted in Hikmah on 27 Februari 2012 by Admin

Ramai dikalangan manusia yang tidak mampu  berlapang dada menerima pendapat manusia lain walaupun dia mempunyai pendapat sendiri, tidak kira dalam  pelbagai urusan.

Peniaga dengan cara peniaga, agamawan dengan cara agamawan.

Kadang-kadang perbezaan sampai kepada perkara usul aqidah, ini bahaya.

Perbezaan pendapat sangat baik, kerana ia mencetuskan idea yang berlainan, cara fikir yang berbeza, pengetahuan yang meluas, menentukan jati diri seseorang.

Sesungguhnya, “ikhtilaf itu rahmat”.

Yang menjadi rahmat itu apabila masing-masing berbesar hati menerima dan bersedia berhujah dengan hujah ilmiah tanpa di dorong dengan nafsu amarah.

Perumpamaan

Tiga orang pelajar yang duduk di dalam kelas dan memandang ke luar, seorang melihat kepada pokok, seorang lagi melihat kepada awan, dan seorang lagi melihat kepada kereta guru, semuanya pasti mempunyai tafsiran berbeza terhadap objek.

Tuhan menciptakan manusia ini berbeza dari segi cara berfikir.

Itulah kehebatan tuhan.

Dalam berbilion-bilion manusia jarang sekali mempunyai pendapat yang sama pada waktu yang sama.

Oleh sebab itulah kita harus menerima perbezaan pendapat,  walaupun ramai yang tidak mampu menerima kerana sudah terbiasa di didik dengan  ‘rasa betul’.

Apabila berlaku perbezaan, hatinya cepat marah.

Orang-orang cerdik mengatakan “cerek yang kecil lebih mudah panas, begitu juga orang yang berhati kecil”.

Kenapa perlu merasa panas hati apabila orang lain berpendapat berbeza? pengalaman kehidupan manusia itu tidak pernah sama.

Si A memandang pokok kelapa kerana dia hanya mempunyai pengetahuan tentang buahnya, tetapi si B apabila memandang pokok kelapa, dia tahu dari daun, batang sehingga ke buah mempunyai kegunaan tersendiri.

Begitu juga orang yang belajar.

Kita mungkin belajar pada tempat berbeza dengan guru yang berbeza.

Pemahaman kita dengan orang lain sudah tentu berbeza.

Mana mungkin Si A belajar dengan guru B tetapi mengetahui  apa yang diajarkan oleh guru C pada masa yang sama.

Sikap kita melambangkan siapa kita.

Orang yang tidak boleh menerima pendapat orang lain, bermakna dia orang yang  berfikiran negatif dan selalunya baran.

Orang begini tidak boleh bekerja  secara berkumpulan atau menghadiri mesyuarat apa pun, kerana pasti mendatangkan  masalah.

Pernah suatu ketika seorang ahli falsafah yang bernama Galileo Galilei yang lahir di Pisa pada tahun 1564 ditangkap oleh pihak gereja pada zamannya hanya kerana berbeza pendapat dalam hal samada bumi itu bulat atau tidak.

Beliau mendapati bumi itu bulat, ini bermakna dia bertentangan dengan pendapat gereja kerana kepercayaan gereja ketika itu adalah bumi itu leper, Justeru, dia ditangkap kerana berbeza pendapat dengan pihak gereja.

What you see is what you get

Cerdik pandai pernah mengatakan”Cara kita melihat menentukan siapa kita”.

Benarlah begitu, kerana seseorang yang menjadikan suasananya positif pasti akan melihat semua perkara adalah positif.

Hadapilah perbezaan pendapat dengan senyuman nescaya  masalah itu pasti  senyum kembali kepada kita.

Sekurang-kurangnya kita tahu bahawa sudut yang kita ketahui sebenarnya mempunyai sudut lain yang belum kita ketahui.

Kadang-kadang kita tidak nampak dalam diri ada kekurangan, dan sebab itulah kita  perlu  teman untuk memberitahu.

Itulah adatnya apabila menubuhkan kerajaan pasti ada pembangkang. Inilah fungsinya.

Kerajaan yang tidak mampu menerima kritikan pembangkang adalah kerajaan yang lemah!.

Kesimpulan

Jadilah manusia yang  cerdik dalam  member pendapat dan juga menerima  perbezaan pendapat.

Lihat sahaja Umar dan Abu bakar, dua sahabat Nabi yang sangat di hormati, mereka  dapat menerima antara satu sama lain walaupun mempunyai banyak perbezaan pendapat.

Mereka adalah manusia yang cerdik dan pintar.

Seharusnya orang yang ingin menjadi cerdik dan pintar mencontohi  akhlak mereka.

Mengakui kelemahan diri itu sebenarnya bukan hina malah itu lah sifat hamba yang soleh.

Sebenarnya musuh yang paling hebat di dunia ini ialah diri kita sendiri.

Orang lain tidak mampu membuat kita risau kecuali diri kita sendiri yang membuatnya risau.

Ikhtilaf – perbezaan pendapat

Artikel iluvislam.com

Tony Blair Membaca Al-Quran Setiap Hari

Posted in Hikmah, Luar Negara on 15 November 2011 by Admin

http://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2011/11/tblair.jpg?w=180

Semasa menjawat jawatan Perdana Menteri Britain dan tinggal di Downing Street, Tony Blair dikenal sebagai seorang yang enggan berbicara tentang agama. Namun, sejak bersara pada tahun 2007, Blair menjadi lebih terbuka dalam soal agama dan mengakui kepentingan agama.

Beliau yang memeluk Katolik beberapa bulan sebelum meninggalkan kediaman rasmi Perdana Menteri, kini mengaku membaca al-Quran setiap hari. Menurut Blair, dengan membaca kitab suci Islam -yang diyakini orang Islam sebagai kata-kata yang benar daripada Tuhan (Allah SWT) – memastikan bahawa beliau sentiasa celik-agama.

Dalam sebuah wawancara dengan majalah Observer, yang disiarkan semalam, Blair berkata, “Menjadi celik-agama adalah sesuatu yang penting dalam dunia yang semakin global, itu yang saya yakini,” katanya, seperti tersiar dalam DM.

“Saya baca al-Quran setiap hari. Sebahagiannya untuk memahami beberapa hal yang terjadi di dunia, namun faktor utama kerana kitab itu (al-Quran) sangat instruktif.”

Mantan pemimpin Parti Buruh itu yakin pengetahuannya tentang agama yang ada di dunia akan menguatkan peranan baharunya sebagai utusan Timur Tengah bagi PBB, Amerika Syarikat, Eropah, dan Rusia. Peranan Blair ini bertujuan mencari penyelesaian konflik antara Palestine dengan Israel.

Blair sebelum ini memuji Islam sebagai agama yang ‘indah’ dan menyatakan bahawa Nabi Muhammad adalah ‘penguasa yang beradab’. Pada tahun 2006, beliau memuji al-Quran sebagai ‘kitab reformasi’, inklusif, meninggikan ilmu pengetahuan dan membenci tahyul. Kitab ini juga mengandungi petunjuk secara praktikal tentang menjalankan urusan perkahwinan dan pemerintahan.

Sebelum ini tersiar cerita tentang adik iparnya, Lauren Booth yang mengejutkan dunia dengan pengumumannya memeluk Islam setelah mengalami ‘pengalaman spiritual’ ketika melawat sebuah tempat suci di Iran. -VIVAnews

Rujukan: Blog Peribadi Rasulullah

Hantu Bonceng: Pandangan Ustaz Azhar Idrus

Posted in Artikel, Hikmah, iSLAMIC on 22 September 2011 by Admin

KUALA LUMPUR, 22 Sept: Pendakwah popular tanah air, Ustaz Azhar Idrus (gambar) berkata, kontroversi satu dialog dalam filem Hantu Bonceng tidak boleh diletakkan kepada pelakon sahaja.

“Tetapi kesilapan ini tidak terletak kepada pelakon. Pelakon jahil dan tidak tahu apa-apa,” ujarnya sebagaimana yang dipetik daripada kuliah beliau yang disiarkan di dalam blog http://pulakdah.blogspot.com di bawah tajuk Zizan telefon Ust Azhar Idrus rujuk isu Hantu Bonceng.

Penulis blog itu menyatakan, menurut Ustaz Azhar Idrus, sebaik saja isu Zizan Raja Lawak mengucapkan ‘Asyhaduanna Muhamadarr..Syaitan’ di dalam satu babak filem Hantu Bonceng menjadi kecoh.

Berikut ialah petikan daripada blog tersebut.

Menurut Ust Azhar Idrus, sebaik saja isu Zizan Raja Lawak mengucapkan ‘Asyhaduanna Muhamadarr..Syaitan’ di dalam satu babak filem Hantu Bonceng menjadi kecoh. Beliau menerima panggilan daripada Zizan yang menggunakan ‘private number’ untuk merujuk permasalahan ini.

“Saya ni baru kena marah dengan orang kerana filem Hantu Bonceng. Saya kata ‘Asyhaduanna Muhammadarr’ lepas tu nampak syaitan datang..saya kata SYAITAN” kata Zizan.

Jawab Ust Azhar Idrus. Dia boleh jadi dua hujah. Boleh jadi ada niat untuk mempersendakan Islam dan boleh jadi tidak berniat untuk mempersendakan Islam. Dalam kes ini dia mengucap ketika di dalam ketakutan, dalam cerita kelakar maka dia buat dialog mengucap “Asyhadu an la ilaha ill-Allah, wa asyhadu ana Muhammadarr…..Syaitan! Syaitan!.”

Jadi boleh dikatakan bahawa penulis skrip ini untuk menghina nabi, dan boleh juga dikatakan penulis skrip berniat untuk menggambarkan seseorang yang di dalam ketakutan tidak sempat menghabiskan lafaz syahadahnya kerana ternampak syaitan. Ia boleh jadi ada niat untuk mempersenda.

Tetapi kesilapan ini tidak terletak kepada pelakon. Pelakon jahil dan tidak tahu apa-apa. Pelakon bukannya (perlu) belajar pondok untuk berlakon filem. Tetapi Penerbit, Penulis skrip dan Pengarah sepatutnya kena rujuk dahulu perkara ini kepada Pejabat Agama atau Jabatan Kuasa Fatwa. Skrip ini boleh jadi untuk mempersendakan Islam dan boleh juga bukan berniat untuk mempersendakan Islam.

“Walaupun ia bukan untuk mempersendakan Islam, ia tetap juga HARAM sebab mendatangkan FITNAH” tambah Ustaz Azhar Idrus lagi. Fitnah ini yang perlu di jaga dan kita perlu berhati-hati. Zizan sendiri telah mengakui bahawa beliau tidak pernah terniat untuk mempersendakan Islam.

“Jadi kita ambil secara baik, dia (Zizan) tidak berniat mempersenda Islam, tetapi kerana kejahilan punya fasal ia memberi fitnah.” rumus Ust Azhar Idrus.

Harakahdaily

Bukti Bulan Bercahaya

Posted in Hikmah, iSLAMIC on 16 Ogos 2011 by Admin

وجد العلماء حديثاً أن القمر جسم بارد بعكس الشمس التي تعتبر جسماً ملتهباً، ولذلك فقد عبّر القرآن بكلمة دقيقة عن القمر ووصفه بأنه (نور) أما الشمس فقد وصفها الله بأنها (ضياء)، والنور هو ضوء بلا حرارة ينعكس عن سطح القمر، أما الضياء فهو ضوء بحرارة تبثه الشمس، يقول تعالى:

(هُوَ الَّذِي جَعَلَ الشَّمْسَ ضِيَاءً وَالْقَمَرَ نُورًا وَقَدَّرَهُ مَنَازِلَ لِتَعْلَمُوا عَدَدَ السِّنِينَ وَالْحِسَابَ مَا خَلَقَ اللَّهُ ذَلِكَ إِلَّا بِالْحَقِّ يُفَصِّلُ الْآَيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ) [يونس: 5]

Dialah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya dan Dialah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesaranNya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikanNya).

Dari Sumber