Archive for the Pengumuman Category

PAMERAN KEGEMILANGAN BOLA SEPAK KELANTAN

Posted in Kelantan, Pengumuman on 3 Januari 2013 by Admin

Hari Sambutan Suami Isteri 2012

Posted in Kelantan, Pengumuman on 7 Februari 2012 by Admin

Ceramah Finale 8 Jan

Posted in Pengumuman on 8 Januari 2012 by Admin

Ekspo Penerangan & Keusahawanan

Posted in Pengumuman on 17 November 2011 by Admin

Jemputan Forum GST Dan Inflasi

Posted in Pengumuman on 14 November 2011 by Admin

Sukacita dimaklumkan Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor akan menganjurkan satu forum bertajuk “GST dan Inflasi” pada hari Rabu ini. Butiran adalah seperti berikut:

Tajuk: “GST dan Inflasi”
Masa 8.00 malam -10.30 malam
Tarikh: 16 Nov 2011 (Rabu)
Tempat: Auditorium MPAJ, Menara MPAJ, Jln Pandan Utama, 55100 Pandan Indah

Ahli Panel:
YB Nurul Izzah, Ahli Parlimen Lembah Pantai
YB Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor
YB Tony Pua, Ahli Parlimen PJU
Sdr Rafizi Ramli, Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat (hos)

Kami mengalu-alukan kehadiran saudara-saudari. Forum terbuka kepada orang ramai dan masuk adalah percuma.

AMK Kecam Penggantungan Prof. Dr. Abdul Aziz Bari

Posted in Pengumuman on 20 Oktober 2011 by Admin

anwaribrahimblog

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) mengecam keras tindakan pentadbiran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang bertindak menggantung perkhidmatan Profesor Dr. Abdul Aziz Bari, pensyarah kanan UIAM yang juga merupakan pakar perlembagaan tanah air.

Penggantungan ini, susulan daripada Surat Tunjuk Sebab yang dikeluarkan oleh UIAM semalam kepada Dr. Aziz, ternyata sesuatu yang memelikkan dalam keadaan Dr. Aziz belum lagi memberikan sebarang jawapan balas kepada Surat Tunjuk Sebab berkenaan yang meletakkan tarikh 25 Oktober sebagai tarikh akhir untuk beliau menjawabnya.

Isu yang dipolemikkan secara berlebihan oleh Utusan Malaysia dan beberapa aktivis politik picisan melibatkan kenyataan terdahulu Dr. Aziz sehingga beliau disiasat oleh SKMM dan polis, nyata sekali bertujuan untuk mengelirukan rakyat dan bertujuan untuk membangkitkan sentimen rakyat ke atas sesuatu isu yang sememangnya jelas justifikasinya di dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan dan sistem perundangan Malaysia.

AMK melihat, penggantungan ini, jelas mencalarkan imej UIAM selaku ‘Taman Ilmu dan Budi’, apabila dalam keadaan budaya ilmu melalui penghujahan fakta yang autoritatif di dalam lingkungan kepakaran seseorang pensyarah ditekan dengan tindakan seumpama ini.

AMK tidak berniat untuk campur tangan di dalam pentadbiran UIAM. Sebaliknya, yang dipertikaikan ialah kenapa wujud kekangan ke atas kebebasan akademik, atau secara asasnya kebebasan berfikir di kalangan pensyarah yang bertanggungjawab mendidik mahasiswa? Sekiranya ini berlaku, maka bukan sesuatu yang memelikkan, melihat kepada kualiti mahasiswa yang ada di pasaran sangat mendukacitakan. ini kerana kalangan pensyarah dimusnahkan kredibiliti mereka sehingga menghadkan ruang mereka untuk berwacana dengan ilmu pengetahuan serta kepakaran yang ada pada mereka.

Kenyataan Dr. Aziz, sekiranya menimbulkan pertikaian, seharusnya di bawa ke tengah melalui perdebatan dan perbahasan umum di mana pihak yang menyanggah diberi ruang untuk menyanggah, dan Dr. Aziz sendiri diberi ruang untuk mempertahankan diri dengan fakta-fakta beliau. Tetapi sayangnya, di Malaysia, di sebalik slogan “Malaysia Boleh”, tetapi budaya ilmu seperti ini tidak boleh dilaksanakan sama sekali. Para pensyarah harus berfikir, mengajar dan mengamalkan apa yang disistemkan oleh pemerintah. Sekiranya bercanggah, nasib para pensyarah akan menjadi seperti Dr. Aziz.

Sekiranya trend seumpama ini berterusan, AMK percaya, janganlah dirungsingkan kenapa prestasi IPTA Malaysia di mata dunia saban tahun sukar mendaki tangga kedudukan IPT terbaik dunia. Jawapannya mudah: Kredibiliti akademik dan budaya ilmu di Malaysia sedang ‘dibinasakan’ secara sistematik oleh Umno-BN yang berterusan menekan pengurusan IPT untuk bertindak ke atas pensyarah dan mahasiswa yang tidak sealiran dengan aspirasi mereka.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia/
Mantan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar, UIAM sesi 1996/1997

Parti KEADILAN Rakyat Tidak Akan Sertai Himpunan Sabtu Ini

Posted in Pengumuman on 19 Oktober 2011 by Admin

Exchange Links

Posted in Pengumuman on 17 September 2011 by Admin

Salam Perkenalan kepada semua pembaca,

Kepada mereka yang telah menyenaraikan link NTVirus dalam blog peribadi , Hope sudi meninggalkan komen disini bahawa anda telah meletakkan link  NTVirus di laman  anda.

Terima kasih kepada pemilik blog , yang sudi meletak link URL NTVirus dilaman anda. Jangan lupa tinggalkan Link blog anda di ruangan komen, supaya senang saya follow your blog.

Kepada sesiapa yang berminat untuk bertukaran link (link exchange) bersama NTVirussila nyatakan di ruangan komen

Ramai juga  pembaca yang komited dengan laman ini , Jutaan terima kasih saya ucapkan diatas jasa baik anda Syukur Alhamdulillah.

Sekarang saya memiliki pembaca yang tetap dan tidak pernah gentar untuk terus membaca sesuatu yang baru demi menambah Ilmu pengetahuan.

P/s: Anda adalah insan terbaik  ^_-

ALIFF AFNAN

Kenyataan Media Pakatan Rakyat,15 September 2011

Posted in Pengumuman on 15 September 2011 by Admin

KENYATAAN MEDIA

 

 
Jawatankuasa Bajet Alternatif  Pakatan Rakyat  di dalam mesyuaratnya pada 15hb. September, 2011 telah memutus dan mengambil ketetapan bahawa:

a)            Langkah kerajaan BN untuk mengiktiraf 16hb Sept sebagai Hari Malaysia esok (itupun  hanya selepas 48 tahun ianya berlaku!) adalah kerana tekanan bertalu-talu dari berbagai kalangan rakyat Malaysia sendiri sesudah Pilihanraya 2008.

Pakatan Rakyat memberi jaminan tidak berbelah-bagi untuk menghormati       serta mengangkat martabat Negeri-negeri di dalam Persekutuan Malaysia melalui Desentralisasi Fiskal  seperti yang terkandung di dalam Buku Jingga (halaman 31), sebagai contoh, menjamin royalty sebanyak 20% daripada hasil petroleum kepada kerajaan negeri dengan matlamat membasmi kemiskinan di kalangan rakyat.

b)            Sebagai memperingati hari ulangtahun Dato Seri Najib Tun Razak mengambil-alih jawatan Menteri Kewangan dari Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi tiga tahun tahun lalu. Untuk makluman awam, pada 17hb September 2008, Dato Seri Najib telah menemui PM ketika itu untuk memberi tekanan lanjut kepada Dato Seri Abdullah untuk menyerahkan portfolio Kementerian Kewangan tersebut kepadanya.

Pakatan Rakyat ingin memperingati peristiwa tersebut kerana sepanjang 3 tahun kebelakangan ini semenjak Dato Seri Najib mengambil-alih  jawatan tersebut:

i)          Kementerian Kewangan di bawah pimpinan beliau telah tidak berjaya untuk melaksanakan agenda reformasi mengangkat keluar ekonomi Negara dari perangkap negara berpendapatan pertengahan iaitu Model Ekonomi Baru yang dicanang-canangkannya.

ii)         Menteri Kewangan juga kerapkali berdolak-dalik di dalam membuat keputusannya yang mengakibatkan kerugian berpuluh-puluh juta ringgit seperti kegagalan polisi penggunaan teknologi nano untuk melabel  minyak. Yang terakhir sekali, cukai 6% untuk telefon prabayar.

Ketidakseimbangan ekonomi juga semakin  meruncing disebabkan tahap gaji pekerja yang tidak meningkat dan kadar inflasi yang semakin tinggi.

Pakatan Rakyat juga turut sedia maklum bahawa DS Najib ketika ini sedang bergelut keseorangan mempertahan kedudukannya di dalam kabinet dan juga UMNO.

Sekiranya kita menggunakan analogi korporat, tidak akan berlaku seseorang Ketua Pegawai Eksekutif tersebut menjadi Ketua Pegawai Kewangannya juga. Oleh yang demikian, untuk seseorang PM turut juga menjadi Menteri Kewangan adalah sesuatu yang amat janggal dimana-mana negara pun di dunia dan menyimpang jauh dari prinsip tadbir urus yang baik .

Oleh yang demikian, di dalam semangat menghormati Hari Malaysia ini, Pakatan Rakyat dengan ini menyarankan agar Dato Seri Najib mengambil sendiri nasihat yang diberikannay kepada DS Abdullah Badawi dahulu dan melantik seorang penyokong yang masih dipercayainya  untuk mengambil-alih jawatan Menteri Kewangan tersebut sebelum keadaan ekonomi kita merudum lebih jauh.

DIKELUARKAN BAGI PIHAK SEKRETARIAT PAKATAN RAKYAT
Oleh wakil-wakil parti:

 YB DR. DZULKEFLY AHMAD, Ahli Jawatankuasa Pusat
Parti Islam SeMalaysia
Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bajet Alternatif PR

YB LIEW CHIN TONG, Setiausaha, Hal-ehwal Antarabangsa
Democratic Action Party

YB R. SIVARASA, Ahli Jawatankuasa Majlis Pimpinan Pusat
Parti Keadilan Rakyat

Mohon sumbangan pembedahan jantung adik Safiah

Posted in Pengumuman on 24 Ogos 2011 by Admin

Adik Safiah Mardhiah Binti Mohd Zulfadzli, 5 tahun akan menjalani pembedahan ‘open heart surgery’ bagi menutup lubang pada jantungnya. Safiah merupakan cahayamata sulung kepada salah

Seorang aktivis Anwar Ibrahim Club (AIC) dan anggota Angkatan Muda KEADILAN, Mohd Zulfadzli Abdul Halim atau lebih dikenali sebagai Zul Bumilangit.

Ini adalah pembedahan kedua setelah prosedur pertama pada disember 2010 menggunakan tiub TEE gagal kerana diameter lubang yang terlalu besar. Pembedahan kedua ini lebih berisiko kerana

melibatkan tulang dadanya dibelah untuk mengeluarkan jantung.

Menurut keluarga adik safiah,  semua kos perubatan dan pembedahan ini tidak ditanggung oleh pihak insuran kerana ia dikira kecacatan sejak lahir.

Dalam pembedahan kali kedua ini akan dijalankan di Institut Jantung Negara pada hari raya ke 10 (10 September 2011) dan dijangka menelan kos sebanyak RM25,000 yang mana sebahagian

daripadanya ditanggung pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Selain itu, isteri Zurabika Zainudin yang pernah berkhidmat sebagai kakitangan di Ibu Pejabat KEADILAN terpaksa berhenti kerja untuk penjagaan pos surgeri yang mengambil masa sekitar 2 – 3 bulan sebelum Safiah boleh ke sekolah semula.

Sumbangan boleh disalurkan terus kepada Mohd Zulfadzli Bin Abdul Halim (Maybank) 162209905368 atau hubungi beliau di talian 019-2717548 atau melalui emel di mohdzulfadzli.abdulhalim@malaysiaairlines.com atau jonbuobage@yahoo.com.

Kes adik Safiah Mardhiah boleh dirujuk di IJN melalui no MRN: 215319.

Keadilandaily