Ketenangan yang Hilang


Suatu hari yang sangat kelam kabut. semua kerja tak menjadi. kerja yang sepatutnya disiapkan hari ini tidak dapat diselesaikan dengan baik, lewat hantar dan sebagainya. janjitemu untuk perbincangan program terlewat, projek tergendala, meja ulangkaji serabut, buku rujukan hilang, komputer sendiri rosak, komputer orang lain rosak…..dan banyak lagi perkara yang merunsingkan berlaku hari itu. pening kepala memikirkan punca sebenar semua perkara yang terjadi. akhirnya seseorang dicari untuk memberi sedikit nasihat.

teringat kata-kata yang sangat ringkas dari seorang yang sangat bermakna dalam hidup..sayup-sayup dari jauh tapi amat jelas didengar…”kamu ni..mungkin jauh dengan al-quran..tu sebab jadi macam tu” itulah pesanan dari seorang AYAH yang berjaya membuat aku tersedar.

itulah ketenangan yang hilang!!!

Firman ALLAH :

(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram. (QS. 13:2 8)

setiap manusia sebagai hamba mesti sentiasa mengingatiNya walau dalam apa jua keadaan. lagi sibuk seseorang itu dengan dunia maka perlu juga sibuk untuk mengingati Allah. maka akan terpancar ketenangan dihati dan diwajahnya meskipun berlaku segala yang sangat menyusahkan diri dan hati.

Hati tidak akan cepat mengeluh dengan kegagalan. hati tidak akan bangga dan menunjuk-nunjuk dengan kejayaan malah akan terus bersyukur kerana yang memberi itu semua ialah Allah yang Maha Pemurah tidak ada yang lain.

teringat senikata nasyid Aeman ..bila bersembahyang hati jadi tenang..jiwa jadi lapang Allah sayang..

terlalu banyak peluang untuk mengingati Allah setiap masa. tidak semesti sewaktu bersembahyang sahaja. kemudian kita lupa. tidak sama sekali. dalam waktu bekerja dengan berzikir, bersyukur memulakan kerja dengan bismillah, bersangka baik dengan rakan, berbuat baik dengan orang lain, bersedekah dan banyak lagi terlalu banyak. tetapi cuma tinggal kita sahaja yang perlu mengambil peluang itu. kutiplah sebanyak mana peluang untuk mengingati Allah dalam hidup sebelum sampainya ajal.

 Carilah ketenangan yang hilang itu dengan………………Mengingati Allah..!!!

2 Respons to “Ketenangan yang Hilang”

  1. salam. ada satu drama yg best. tajuknya “Malang hari kerana hati” klu tak silap tv3 kot. dah tengok ke?

  2. pengisian yg sangat baik…itu lah sikap kita sebagai manusia,jarang sekali kita mengingati ALLAh atas dasar cinta kpdNYA,kita selalu mengingatnya ats dasar keperluan n kepentingan peribadi semata2…sb,e2la ketenangan amat jauh utk kita kecapi….alhamdilillah,mga kita semua tergolong dlm golongan yg masih hidup hatinya….agar terus mengingatinya..

Tinggalkan komen