Archive for the Pengumuman Category

Attention Please!

Posted in Pengumuman on 2 Mei 2011 by Admin

Saya mohon maaf, beberapa waktu ni laman ini tidak aktif disebabkan , kawasan operasi laman ini mengalami masalah kecurian Kabel telefon TM.Sehingga kini saya belum dapat mengakses Internet,Harap maklum. Terima Kasih semua yang telah komen dan melayari,Insyaallah saya akan aktif kembali setelah mendapat liputan IT.

Update!!!

20/05/2011: 10:45pm

Rangkaian Internet masih belum boleh diakses,saya mohon maaf kepada semua pelayar,1 masa yang agak panjang untuk mendapatkan liputan internet pada kalini dan saya terpaksa berhenti “seketika” sehingga internet  kembali pulih.

ADMIN

Sila Lawati Laman Sementara Malaysiakini

Posted in Pengumuman on 13 April 2011 by Admin

Laman Malaysiakini tidak dapat diakses akibat diserang

Malaysiakini telah dipindah ke laman sementara mereka

Anda boleh melayari menerusi laman WordPress & Facebook mereka seperti berikut:

Malaysiakini BM

http://www.malaysiakinicom.wordpress.com

http://www.facebook.com/MalaysiaKini

http://www.facebook.com/mkinicn

http://www.facebook.com/mkinibm

Malaysiakini ‘diserang’ Pihak Luar, Akses Hanya Melalui Facebook

Posted in Pengumuman on 12 April 2011 by Admin

Dari Keadilandaily

KUALA LUMPUR: Portal berita dalam talian Malaysiakini sekarang tidak boleh diakses kerana ‘diserang’ pihak tertentu bermula jam 11 pagi tadi.

Namun demikian, mereka akan tetap menerbitkan berita seperti biasa menerusi platform laman sosial Facebook.

Perkara itu disahkan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Premesh Chandran melalui laman Facebook beliau.

“Kami sekarang mengesahkan Malaysiakini.com diserang pihak luar bermula 11 pagi tadi. Kami akan menerbitkan berita menerusi platform lain seperti Facebook sementara kami menyelesaikan masalah ini,” kata Premesh.

Menurut Premesh lagi, kesemua versi bahasa Melayu, Inggeris, dan Cina Malaysiakini masih lagi tidak dapat diakses sehingga ke petang ini.

“Sehingga jam 5.30 petang tadi, Malaysiakini masih tidak dapat diakses semenjak jam 11 pagi tadi. Pembaca-pembaca tidak dapat mengakses laman web tersebut, yang dihoskan pada pelayan (server) kami di Telekom Malaysia Brickfields dan Jaring.

“Kami mohon maaf dengan perkara ini dan akan memaklumkan pembaca dari masa ke semasa menerusi Facebook dan Twitter,” kata Premesh.

Berita Malaysiakini buat masa ini boleh diperolehi menerusi laman Facebook mereka seperti berikut:

http://www.facebook.com/MalaysiaKini
http://www.facebook.com/mkinicn
http://www.facebook.com/mkinibm

Laman Web TV Selangor Digodam

Posted in Pengumuman on 31 Mac 2011 by Admin

 

Laman sesawang kerajaan negeri Selangor, TV Selangor digodam hari ini.

Menurut penolong pengurus, penerbitan kreatif, TV Selangor, Nik Ahmad Nik Mohamad Daud, laman mereka diserang kira-kira jam 4 petang tadi dan sehingga ini masih belum pulih.

tvselangor02“Laman TV Selangor dipercayai digodam dari Brickfield dan Seksyen 9, Shah Alam. Laman kami telah ditampal dengan kata-kata lucah,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Nik Ahmad kerja-kerja membaik pulih sedang dijalankan tetapi tidak dapat memberi kepastian bila keadaan akan kembali sedia kala.

TVSelangor adalah saluran televisyen milik kerajaan negeri Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

Ia mula beroperasi pada tahun 2008 selepas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik sebagai menteri besar.

tvselangor01TVSelangor diwujudkan kerana mendakwa kerajaan persekutuan yang ditadbir oleh BN tidak memberi peluang kepada kerajaan Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat untuk menggunakan media miliknya seperti RTM bagi menyebarkan maklumat kepada rakyat Selangor.

Ia adalah stesen milik penuh kerajaan Selangor. Namun, siarannaya hanya boleh ditonton menerusi internet kerana kerajaan persekutuan tidak memberi lesen penyiaran kepada TVSelangor untuk memancarkan siaran menerusi gelombang UHF/VHF ataupun menerusi satelit di Selangor.

-Malaysiakini

Wacana Perdana: “Terancamkah Kuasa Melayu?”

Posted in Pengumuman on 18 Mac 2011 by Admin

Kuliah Jumaat TGNA bersama YB Drs. Ustaz Khalil Idham Lim

Posted in Pengumuman on 10 Mac 2011 by Admin

NTVirus Kembali Update Blog!

Posted in Pengumuman on 10 Mac 2011 by Admin

Kabel TM Dicuri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Masuk hari ni dah 3 minggu tak dapat nak update blog.  Sebelum apa-apa, Saya mohon maaf di atas segala kesulitan yang dihadapi. Bukan sebab malas, tetapi terdapat beberapa perkara yang tidak dapat di elakkan.

Hari ini rangkaian it dimana lokasi NTVirus Operasi telahpun pulih. Terima kasih semua

Harga petrol RON97 naik 15 sen lagi

Posted in Pengumuman on 30 November 2010 by Admin

Harga petrol RON97 akan dinaikkan 15 sen lagi kepada RM2.30 seliter berkuatkuasa 1 Disember ini, mengikut sumber.

Pengumuman rasmi dijangka akan dibuat lewat hari ini. Bagaimanapun harga petrol RON 95 kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter.

Malaysiakini

Cheng Ho Expo 2010

Posted in Kelantan, Pengumuman on 19 November 2010 by Admin

Cheng Ho Expo 21-26 November 2010 (14-19 Zulhijjah 1431H)
Tempat: Stadium Sultan Muhammad ke IV ,Kota Bharu, Kelantan
Klik Imej Untuk Gambaran Jelas

chenghologo_chengho

Cheng Ho Expo is the first of its kind international trade exhibition to be organized by the Kelantan State Government in Kota Bharu, Kelantan, featuring more than 300 companies from countries around the world.

In celebration of 600th anniversary of Admiral Cheng Ho Naval expedition to Malaysia, the Expo will be highlighting his life and voyages that had made tremendous strides in bringing social, cultural and economic values towards greater unity and prosperity to the world at his time, thus named “Cheng Ho Expo 2010”.

Set against this historical background, the Kelantan State Government is proud to organize the Expo with the objective to create a valuable platform of trade and investment opportunities to our exhibitors and visitors, both local and international, while playing the role model of Admiral Cheng Ho in promoting unity among Muslims by the value and in establishing trade collaboration and diplomatic alliance among different countries.

To be held over a 6-day period from November 21-26, 2010, the exhibition will provide a dynamic business avenue that brings together business fraternities from a wide spectrum of industry sectors to explore trade opportunities, which include tourism industry, halal food, Islamic Banking and Finance industry, biotechnological and agricultural products and many more, under one roof. It will also be incorporated with talks and forums to be presented by prominent Chine businessmen, diplomats and young entrepreneurs.

In all, Cheng Ho Expo 2010 is the best focal meeting point that attracts both domestic and international participants to come to interact, transact and source for various products and services.

Cheng Ho Expo

Salam Lebaran 2010

Posted in Pengumuman, Rindu Raya 2010 on 7 September 2010 by Admin

Kepada semua pelayar yang dikasihi,

Syawal mula menampakkan sinarnya, gemilang sebulan berpuasa hampir tiba ke kemuncak. Beberapa hari lagi kita akan menyambut keriangan Aidil Fitri, disambut teman,sahabat, saudara mara, keluarga dan yang tersayang.

Di kesempatan ini, Saya ingin menyusun jemari, menebar hati memohon ampun dan maaf sesama kita seandai ada terkasar bahasa, terguris di dada, terlanjur perbuatan, terlepas tingkah hingga mencuit rasa hati teman teman perjuangan. Sesungguhnya ia bukan datang atau hadir berserta niat untuk mencari perbalahan, cuma mungkin pendapat kritis yang terlalu jauh berbeda.

Dahulukan agama, tinggalkan seketika fahaman minda, hentikan permusuhan dan dendam. Atas nama Islah, ucapan maaf ini dipohon agar bersama kita mendapat keberkatanNYA dan, InsyaALLAH Syawal kali ini menjernihkan yang kelam, menyeri yang pudar.

Salam Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin buat kalian teman perjuangan, bersama kita pimpin ukhwah ini agar tidak terlerai.

Dari,

Admin