Arkib untuk Kategori Kemalangan

Pelajar UiTM maut Perodua Myvi bergesel

Posted in Artikel, Kelantan, Kemalangan on 6 Disember 2010 by Admin


BEGINILAH keadaan kereta jenis Perodua Myvi dinaiki Ahmad Muzaffar yang maut dalam kemalangan di Kilometer 46.8, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai di Machang semalam.

 

MACHANG – Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor terbunuh manakala enam yang lain cedera selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 46.8, Jalan Kota Bharu- Kuala Krai di Kampung Kemuning di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, mangsa, Ahmad Muzaffar Abdul Rahman, 23, (gambar kecil) dari Kampung Beris Kubur Besar, Bachok dekat sini meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan teruk di kepala selepas tercampak keluar dari kereta jenis Perodua Myvi yang dinaikinya bersama kakak dan abang iparnya.

Pada masa kejadian, keadaan jalan masih gelap dan licin kerana hujan renyai-renyai.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Supritendan Abdul Malek Bedol berkata, pada masa kejadian kereta Myvi yang dipandu abang ipar mangsa, Mohamad Firdaus Hajan, 23, berlanggar dan bergesel dengan sebuah kenderaan jenis sama dari arah bertentangan yang hilang kawalan selepas cuba memotong sebuah lori.

“Tiga buah kenderaan lain iaitu sebuah kereta jenis Subaru, Proton Wira dan lori yang datang dari arah sama dengan kenderaan yang dinaiki mangsa telah berlanggar sesama sendiri untuk mengelak dari dirempuh Perodua Myvi yang hilang kawalan tersebut.

“Kejadian itu menyebabkan mangsa tercampak keluar dari kereta dan mati di tempat kejadian,” katanya.

Kulit kepala terkoyak

Posted in Kemalangan on 22 Julai 2010 by Admin

JOHOR BAHRU: Biarpun kulit kepala terkoyak, manakala kaki dan tangannya patah, seorang wanita yang terlanggar penghadang konkrit di persimpangan lampu isyarat di Jalan Pantai Lido di sini, semalam, masih mampu bertenang ketika tersepit dalam Proton Iswara yang dipandunya.

Mangsa menunggu kira-kira 30 minit sebelum dikeluarkan dari keretanya yang remuk oleh sepasukan anggota bomba dan penyelamat dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Persiaran Tun Seri Lanang kira-kira jam 9.10 pagi.

Wanita itu, Siti Hasmalizam Md Ali, 22, cuba dikeluarkan orang ramai sejurus kejadian, namun gagal berikutan tersepit dalam kenderaan terbabit serta bimbang tindakan itu mungkin menambahkan kecederaannya.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Larkin, K Sevam berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu pada jam 9.15 pagi dan tiba di tempat kejadian 10 minit kemudian bersama dua jentera dan 15 anggota.

“Ketika sampai kami dapati wanita tersepit di bahagian pemandu, usaha mengeluarkan mangsa dilakukan berhati-hati bagi mengelakkan kecederaan pada kaki yang patah bertambah teruk.

“Walaupun mengalami kecederaan agak parah, mangsa tenang dan mengadu sakit selepas dia dikeluarkan serta dipindahkan ke atas pengusung,” katanya.

Menurutnya, mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk rawatan.

Hmetro

Warga emas maut dirempuh lori tangki

Posted in Artikel, Kemalangan on 9 Jun 2010 by Admin

KOTA BHARU: Hasrat seorang warga emas meraikan majlis perkahwinan cucunya berakhir tragedi apabila dia maut selepas motosikal dinaiki dirempuh sebuah lori tangki di Kilometer 3 Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, mangsa, Mahmood Sulong, 81, yang membonceng motosikal meninggal dunia akibat kecederaan dalaman ketika menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), kira-kira jam 2.20 pagi, semalam.

Penunggang motosikal itu, Zaizul Adli Man, 38, berasal dari Kampung Perupok, Bachok, pula meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim mengesahkan menerima laporan kemalangan itu.

Hmetro

Gambar: Jenazah Achik Spin Selamat Dikebumikan

Posted in Artikel, Kemalangan on 18 April 2010 by Admin
achik spin, pengkebumian achik spin, jenazah achik spin, achik spin  dikebumikanOrang ramai yang hadir di Majlis Pengkebumian Achik Spin

Gambar majlis pengkebumian arwah Achik Spin yang baru sahaja selesai sebentar tadi. Achik Spin selamat dikebumikan tengahari tadi selepas Zohor di Tanah Perkuburan Islam Makam Haji Said, Seremban. Suasana pilu menyelubungi setiap yang hadir dalam (gambar) majlis pengkebumian Achik Spin.

Majlis pengkebumian Achik Spin dihadiri lebih 500 artis, wartawan dan peminat arwah Achik Spin. Antara yang hadir di majlis pengkebumian Achik Spin ialah Tomok, Ramlah Ram, Siti Nordiana (Nana), Rudy Kristal dan ramai lagi termasuk isteri serta keluarga Achik Spin. Peminat Achik Spin sanggup datang dari jauh untuk menyaksikan majlis pengkebumian Achik Spin.

Kami diberitahu oleh isteri Achik Spin, Tasha, jenazah Achik Spin dimandikan dan dikafankan di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Gambar-gambar pengkebumian Achik Spin dibawah.

achik spin, achik spin meninggal dunia, jenazah achik spinJenazah Achik Spin tiba untuk disembahyangkan

achik spin, achik spin meninggal dunia, achik spin dikebumikanTomok sedih dengan pemergian Arwah Achik Spin

achik spin, pengkebumian achik spin, achik spin dikebumikanNana menangis. Hanya air mata mengiringi pemergian Achik Spin

18 April 2010 – Jenazah vokalis kumpulan Spin, Achik yang meninggal dunia setelah terbabit dalam kemalangan semalam selamat dikebumikan di Makam Tuan Haji Said di sini, kira-kira 1 petang. Sebelum itu, jenazah Allahyarham Achik, 27, dituntut oleh ahli keluarga di bilik mayat Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini setelah selesai bedah siasat.

Jenazah kemudian dimandi dan dikafankan di hospital itu dan dibawa dengan van jenazah ke rumah mertuanya di Taman Desa Ros, Ampangan di sini kira-kira pukul 11.30 pagi bagi membolehkan kaum keluarga dan kenalan terdekat memberi penghormatan terakhir. Jenazah disembahyangkan di surau Taman Bukti, berhampiran Taman Desa Ros dan dibawa ke tanah perkuburan kira-kira 12.00 tengah hari.


Suasana pilu apabila isteri Allahyarham Abdillah Murad Md. Shari (Achik Spin), H.M. Rose Zaitul Suriani Wati Maarof sambil memangku anak bongsunya, Putri Nursumaiyyah, 10 bulan menatap wajah suaminya buat kali terakhir sebelum dikebumikan di Makam Tuan Haji Said, Seremban

Rakan artis, Shah Indrawan Ismail atau Tomok (kiri) turut sama membantu mengusung jenazah Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin untuk dikebumikan di Makam Tuan Hj Said, Seremban.

Ibu Achik Spin, Badriah Awalludin menyiram air mawar di pusara anaknya di Makam Tuan Haji Said, Seremban, hari ini.

Ibu Allahyarham Abdillah Murad Md Shaari, Badriah Awalludin (tiga kanan) dan isterinya H.M Rose Zaitul Surianai (kanan) tidak dapat mengawal kesedihan semasa pengkebumian jenazah allahyarham di Makam Tuan Haji Said, Seremban, hari ini.

Reaksi teman-teman seperjuangan arwah:

“Semasa di Angkasapuri dia tumpang naik kereta Nana pada pukul 5.30 petang semalam sebab keretanya jauh sedikit…..tahu-tahu pukul 6 petang dia sudah meninggal dunia. Nana sangat sedih dan terkejut. Tambah sedih lagi semalam Nana lihat anaknya panggil ayah,”
-Nana

“Saya rasa sedih dan ia juga kehilangan besar buat Negeri Sembilan kerana tidak ramai penyanyi kelahiran Negeri Sembilan. Saya ucapkan takziah dan harap keluarga Allahyarham bersabar menerima dugaan ini,”
-Hattan

“Saya amat terkejut dan sedih apabila mendapat berita itu semalam dan tidak sangka Allahyarham pergi dulu. Saya sudah lama tidak berjumpa Allahyarham iaitu sejak lebih setahun,”
-Tomok

“Saya dapat tahu berita kemalangan dan kematian Achik dari Siti Nordiana melalui khidmat pesanan ringkas,”
-Lan Kristal

Sumber: my-sensasi

Rakaman Kemalangan Achik Spin

Posted in Artikel, Kemalangan on 17 April 2010 by Admin

Update Gambar Kemalangan Achik Spin

Posted in Artikel, Kemalangan on 17 April 2010 by Admin

Km 14-7

Lebuhraya Lekas
Kajang -Seremban
berhampiran susur Pajam-Nilai
17 April, 2010
Beginilah keadaan kenderaan Toyota Estima Achik Spin yang hangus sama-sekali setelah terbabas.
Kenderaan ini terbabas melanggar ke arah kiri jalan lalu merempuh tiang papan tanda arah susur ke Persimpangan Pajam-Nilai.
.
Achik atau nama sebenarnya, Abdillah Murad Md Shari, 28 tahun, maut di tempat kejadian
.

Kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima yang dinaiki Achik  terbakar dan meletup.

” Tiada ku sangka, bola-bola api…yang sedulunya kecil, telah menjadi besar….”
Ondscene

Achik Spin maut nahas ngeri

Posted in Artikel, Kemalangan on 17 April 2010 by Admin

image

Terkini! Diberitahu sebentar tadi, Achik Spin telah meninggal dunia dalam sebuah kemalangan berhampiran Perhentian Nilai, PLUS pada jam 7 malam tadi (17 April 2010). Achik yang menumpang kereta sahabatnya menaiki Toyota Estima dikatakan terbabas dan melanggar sign board lebuhraya. Arwah tersepit di dalam kereta yang terbakar. Nasib menyebelahi kawannya yang sempat merangkak keluar dari kereta.

Toyota Estima terbabas dan melanggar sign board lebuhraya

Toyota Estima terbabas dan melanggar sign board lebuhraya

Al-Fatihah buat beliau..Semoga ditempatkan dikalangan orang-orang beriman..

SEREMBAN 17 April – Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini.

Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.

Keluarga Allahyarham Achik Spin,berada di Hospital Tuanku Jaafar di Seremban

Keluarga Allahyarham Achik Spin,berada di Hospital Tuanku Jaafar di Seremban

Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut. – Utusan

Mangsa kemalangan rupanya mati dibunuh

Posted in Artikel, Kemalangan on 16 April 2010 by Admin

Sekali pandang, kematian seorang lelaki dalam sebuah kereta yang terbabas di Jalan Paboi di Bukit Mertajam pagi tadi adalah akibat kemalangan jalan raya tetapi dia sebenarnya dipercayai mati dibunuh.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Supt Shafien Mamat berkata mayat Lim Gim Beng, 52, berasal dari Taman Alma, Bukit Mertajam, ditemui oleh orang awam yang memaklumkan kepada polis pada 4.10 pagi tadi.

“Cawangan Trafik terima panggilan dari orang awam memaklumkan terdapat sebuah kereta terbabas dan pemandunya mati.

“Tetapi sebaik pemeriksaan dilakukan, polis mendapati terdapat tiga kesan pukulan di belakang kepala dan percaya ia bukan kesan kemalangan jalan raya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Shafien berkata polis menemui seketul batu dengan kesan darah berhampiran kereta Lim, yang bekerja sendiri.

Katanya polis mengesyaki kereta yang dipandu oleh Lim telah dihimpit oleh kenderaan yang dipandu oleh penjenayah sehingga dia terbabas sebelum diserang.

“Polis turut menemui satu nombor pendaftaran dipercayai daripada kereta suspek,” kata Shafien.

Katanya siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup yang terdapat di plaza tol dekat tempat kejadian.

Mayat Lim dihantar ke Hospital Sungai Bakap di sini untuk dibedah siasat.

- Bernama

Pelajar kolej maut

Posted in Kemalangan on 20 Mac 2010 by Admin

BACHOK: Seorang pelajar Kolej Islam Sains dan Teknologi (Kist) maut, manakala lima individu cedera parah selepas dua kenderaan bertembung dalam kemalangan di Kampung Telong, Kandis, di sini, semalam.

Kejadian jam 3.55 petang itu berlaku sebaik kereta Kancil yang dipandu Faiz Asyraaf Mat Jid, 21, gagal memotong kenderaan di hadapannya menyebabkan dia memasuki laluan bertentangan.
Situasi mencemaskan itu menyebabkan kereta Kancil yang dipandu Faiz Asyraaf dari arah Tok Bali menghala ke Melawi dekat sini, bertembung dengan sebuah kereta Mercedes.
Kemalangan menyebabkan rakannya yang duduk di bahagian kanan penumpang, Ricky Anak Jami, 20, mengalami cedera parah dan maut di tempat kejadian, manakala Faiz Asyraaf cedera di badannya.
Turut mengalami cedera parah, pemandu serta empat penumpang kereta Mercedes berkenaan dikenali sebagai Embong Ngah, 48; isterinya, Habibah Mohamad, 47; dan dua anak mereka, Nurul Haswani Embong, 18, dan Mohamad Hasbullah, 5.
Mendiang Ricky yang juga berketurunan Iban kemudian dihantar ke bilik mayat Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, untuk bedah siasat, manakala semua yang cedera dirawat di hospital sama.

Tinjauan Harian Metro di pekarangan bilik mayat HUSM petang semalam mendapati, kawasan terbabit dipenuhi rakan terdekat mangsa yang melihat mayatnya buat kali terakhir.
Rata-rata mereka yang juga rakan sekuliah dan senegeri diberi peluang untuk melihat mayat mendiang secara bergilir-gilir, selain turut dihadiri beberapa pegawai dari kolej terbabit.
Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Yahya Salleh, berkata mangsa yang juga pelajar tahun dua kursus Pembantu Perubatan, dalam perjalanan dari arah Tok Bali ke Melawi.
Katanya, ketika tiba di hadapan Rumah Institut Mardi, Telong, dekat sini, kereta yang dipandu rakan mangsa gagal dalam cubaannya memotong sebuah kenderaan dari arah depan.
“Siasatan mendapati kejadian itu dipercayai berlaku akibat kegagalan rakan mangsa memotong kenderaan di hadapan sebelum memasuki laluan bertentangan menyebabkan kedua-dua kenderaan bertembung.
“Mangsa yang mengalami cedera parah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu Kancil dan semua penumpang Mercedes dari arah Kg Lubok Batu Kuala Telemong, Kuala Terengganu, cedera parah,” katanya.
Menurutnya, berikutan kemalangan maut membabitkan mangsa yang berasal dari Sungai Kerubong Sarikei, Sarawak, pihaknya menjalankan siasatan kes mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Rakan serumah mangsa, Abang Mohd Salimin Abang Suhaili, 20, yang juga pelajar tahun dua Diploma Kejururawatan, berkata kali terakhir mereka bertemu petang semalam selepas dia menunaikan solat Jumaat.
“Kebetulan mendiang pulang ke rumah malam kelmarin dan mahu berehat sehari di rumah sewa kami di Taman Perumahan Serdang Baru, Kandis, namun tingkah lakunya nampak sedikit berubah.
“Biasanya dia yang menjalani latihan amali di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) akan duduk bersembang, tetapi malam kelmarin, dia banyak mendiamkan diri sebelum masuk semula ke biliknya,” katanya.

Menurutnya, kira-kira jam 11.30 pagi semalam, rakan serumahnya itu ada menghubunginya untuk pulang semula ke Kota Bharu untuk menghabiskan latihan amali di situ.
“Entah macam mana, kira-kira jam 4 petang, saya terdengar bunyi ambulans berhampiran perumahan kami dan terkejut apabila dimaklumkan kemalangan itu menimpa rakan serumah,” katanya.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 77 other followers