Archive for the Artikel Category

S/U Agung PKR Saifuddin Nasution bergelar ‘Datuk’

Posted in Artikel on 15 Januari 2012 by Admin

Dari Malaysiakini

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, hari ini dianugerahkan Darjah Setia Diraja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran Datuk oleh Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah Sultan Badlishah.

Anugerah itu adalah sempena ulang tahun keputeraan baginda yang ke-84.

Saifuddin menerima anugerah itu Istana Anak Bukit, Alor Setar.

Sementara itu, mendahului senarai penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena adalah Sultan Kelantan Sultan Muhammad Ke-V yang  merupakan penerima tunggal Darjah Kerabat Kedah (DK).

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral, Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin pula dianugerahkan Darjah Seri Setia Diraja Kedah (SSDK) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Tiga orang penerima Darjah Paduka Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (DHMS) (gelaran Datuk Paduka) ialah pengasas Universiti Lim Kok Wing, Tan Sri Dr Lim Kok Wing; Panglima Tentera Darat, Jen Datuk Zulkifli Zainal Abidin; dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar.

Pengarah Urusan United U-Li Corporation Berhad, Datuk James Lee Yoon Wah; Pengarah Jabatan Keselamtan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Pesuruhjaya Datuk Salleh Mat Rashid; Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt-Jen Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi; dan Pegawai Khas Perdana Menteri, Prof Datuk Dr Khairul Annas Jusoh akan menerima Darjah Gemilang Seri Mahkota Kedah (DGMK) (gelaran Datuk Wira).

Penasihat kepada Perdana Menteri, Datuk Othman Abd Razak pula merupakan penerima tunggal Darjah Kebesaran Mahkota Kedah (DPMK) yang membawa gelaran Datuk.

Darjah Setia Diraja Kedah (DSDK) yang juga membawa gelaran Datuk akan dianugerahkan kepada 44 orang manakala 18 lagi menerima Jaksa Pendamai (J.P).

Selain ahli Parlimen Machang, Kelantan, Saifuddin Nasution Ismail yang dianugerah DSDK; dua anggota Exco kerajaan Kedah, Ustazah Aishah Ghazali dan S Manikumar; ahli Dewan Negara, Senator Boon Som a/l Inong; ahli perniagaan, Datuk Muhammad Ikmal Opat Abdullah; dan Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim juga mendapat pingat yang sama.

Setiausaha Kerajaan Kedah, Datuk Paduka Rasli Basir, Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Datuk Dr Isa Ismail serta tiga Exco kerajaan negeri, Datuk Taulan Mat Rasul, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Tan Chow Kang antara penerima JP.

Aziz Bari saman Zulkifli Noordin dan Utusan

Posted in Artikel on 12 Januari 2012 by Admin

Dari Malaysiakini

Bekas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari memfailkan saman terhadap ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad berhubung dakwaan menerbitkan kata-kata fitnah.

NONEDalam saman itu Abdul Aziz menamakan Zulkifili, yang juga seorang peguambela dan peguamcara, ketua pengarang kumpulan akhbar Utusan Malaysia dan juga akhbar Mingguan Malaysia Datuk Abdul Aziz Ishak dan Utusan Melayu sebagai defendan.

Beliau memfailkan saman itu melalui Tetuan Mohamed Hanipa & Associates pada 22 Disember tahun lepas. Media memperoleh salinan pernyataan tuntutan itu hari ini.

Peguam Azhana Mohd Khairudin, yang mewakili Abdul Aziz, memberitahu pemberita bahawa timbalan pendaftar Mahkamah Tinggi Norhatini Abdul Hamid menetapkan 10 Februari ini untuk pengurusan kes itu semasa menemui pihak-pihak yang terlibat dalam kamarnya ketika kes itu disebut di hadapannya.

NONEDalam pernyataan tuntutannya, Abdul Aziz mendakwa Zulkifli (kanan) pada 17 Oktober tahun lalu telah mengeluarkan kata-kata fitnah mengenainya yang kemudiannya diterbitkan di akhbar Utusan Malaysia sehari selepas itu dalam satu artikel bertajuk “Zulkifli Noordin sahut cabaran Aziz Bari”.

Abdul Aziz mendakwa kata-kata fitnah itu adalah secara langsung merujuk kepadanya kerana nama dan jawatannya telah disebut secara spesifik dalam artikel itu.

Beliau berkata kata-kata fitnah itu di dalam makna asal dan biasa bermaksud beliau antara lain adalah seorang individu dan professor undang-undang yang kurang ajar dan biadab serta tidak layak menjadi pensyarah undang-undang.

Zua XPDC tarik anak muda rock dekati PAS

Posted in Artikel on 4 Januari 2012 by Admin

Dari Harakahdaily

KEPALA BATAS, : Kemunculan bekas pemain gitar bass Kumpulan XPDC, Azuar Md Tasi atau lebih popular dengan panggilan Zua pada Konsert hiburan ‘Jelajah Orang Muda (JOM) Geng Kita’ di Pulau Pinang baru-baru ini berjaya menarik ratusan anak muda ke program PAS itu.

Program anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti Rantau Panjang dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Kepala Batas dan Negeri itu berjaya menarik golongan pemuda khususnya peminat rock untuk duduk bersama dalam program tersebut.

Selain Zua, program tersebut turut menampilkan pemuzik undangan SUS9 yang pernah menjadi johan sempena Pesta Pulau Pinang tahun 2002 vokalisnya Jefri.

Pengarah Program, Nor Azman Ishak ketika ditemui gembira dengan sambutan yang diberikan terutamanya golongan muda terhadap pendekatan Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang itu.

“Pada masa depan program sebegitu akan diteruskan supaya anak muda yang jiwa mereka terlalu cintakan muzik tetap bersama PAS.

“Dulu mungkin timbul perasaan tidak selesa kerana bimbang PAS tidak dapat menerima
golongan seperti mereka, ” jelasnya.

JOM diadakan seharian di Dun Penaga di mana pada sebelah paginya program mengayuh basikal diadakan mengelilingi beberapa buah kampung di Pasir Gebu, Penaga.

Acara sukan juga diadakan di padang awam Pasir Gebu yang mana acara yang paling dinantikan ialah persembahan seni silat serta tomoi.

Selain itu klinik gitar juga turut diadakan di dewan berkenaan pada sebelah petang yang dikendalikan sendiri oleh Zua.

80,000 sertai Countdown 2012 kerajaan Selangor

Posted in Artikel on 1 Januari 2012 by Admin

Dari Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 1 Jan: Gandingan dua selebriti hebat dari latar belakang berbeza, penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus bersama pelakon, pelawak dan pengacara, Zizan Raja Lawak berjaya menarik kehadiran kira-kira 80, 000 orang ke Program Countdown 2012 di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam, malam tadi.

Difahamkan, jumlah ini jauh lebih memberangsangkan berbanding jumlah kehadiran ke program “Karnival Sayangi Selangor” dan sambutan malam tahun baru anjuran kerajaan BN di I-City yang dianggarkan sekitar 5,000 sahaja, meskipun dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tinjauan rawak ke laman-laman blog bukan politik hari ini juga mendapati rata-rata penulis mengulas mengenai kemeriahan program malam tadi serta memuat naik gambar-gambar dan video sekitar program.

Antara yang diulas adalah mengenai keserasian Ustaz Azhar dan Zizan sewaktu forum soal jawab agama berlangsung dan petikan gitar oleh Ustaz Azhar sendiri.

Kemeriahan program turut diserikan dengan kehadiran bekas gitaris kumpulan Kamikaze, Shamril Salleh atau Sham Kamikaze yang sudah melakukan penghijrahan, pendakwah bebas, Ustaz Syed Nor Hisham Tuan Padang, juara program realiti tv pencarian imam muda, Imam Muda Ashraff serta selebriti Astro Oasis, Akhil Haiyy.

Rata-rata mereka juga mengharapkan program seperti ini yang menampilkan hiburan mendidik jiwa diteruskan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan juga negeri-negeri lain.

Ini membuktikan rakyat malaysia khususnya anak muda mula meminati program-program mendidik apatah lagi jika ianya ditampilkan “kena dengan caranya”.

Antara pimpinan Pakatan Rakyat Selangor yang hadir malam tadi ialah Exco Kerajaan Negeri, Dr. Halimah Ali, Haniza Talha dan Yaakob Safari serta Pesuruhjaya PAS Shah Alam, Khalid Samad.

Risalah lucah hina Saifuddin di UiTM Shah Alam

Posted in Artikel on 27 Disember 2011 by Admin

Dari Harakahdaily

SHAH ALAM, : Kumpulan Aktivis Mahasiswa (Kami) mendakwa wujud pihak tertentu menyebarkan risalah lucah di sekitar Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Shah Alam sejak Khamis lalu.

Risalah tersebut memaparkan karikatur dua individu yang masing-masing dilabel sebagai Anwar dan Saifuddin dalam keadaan tidak senonoh.

Selain karikatur yang menjijikkan itu, terdapat juga tulisan berbunyi “Sibuk sangat nak baik dengan Pro M yang hina PM tu!”.

Menurut Setiausaha Agungnya Khairul Naim, risalah itu dipercayai diedar pada Khamis dan Jumaat lalu oleh beberapa pihak tertentu yang kurang senang pihak yang memberi sokongan kepada Pro–Mahasiswa terhadap isu kebebasan akademik yang hangat diperkatakan sekarang.

“Kami tidak menuduh mana-mana pihak, tetapi tindakan menyebarkan risalah dan gambar ini adalah sesuatu yang melampau,” katanya kepada Harakahdaily.

Menurutnya lagi, tindakan tersebut dipercayai ada kaitan dengan perhimpunan aman Pro-Aspirasi di perkarangan pejabat Kementerian Pengajian Tinggi baru-baru ini bagi mendesak Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah (gambar atas) meletakkan jawatan kerana memihak kepada Pro–Mahasiswa dalam penganjuran Perhimpunan Kebebasan Akademik di Kuala Lumpur.

“Kami berharap supaya Bahagian Hal Ehwal Pelajar dapat menyiasat kes ini sedalam-dalamnya kerana dilaporkan tiada sebarang tindakan terhadap kes yang berlaku ini.

“Dulu apabila Mahasiswa mengadakan speaker’s corner, kecoh satu kampus kerana Mahasiswa dikatakan menghuru-harakan kampus sehingga beberapa Mahasiswa ditahan oleh Polis Bantuan UiTM, tetapi mengapa apabila timbul kes ini pihak pentadbir mengambil pendirian berdiam diri?” katanya.

Sementara itu beliau berkata, pihaknya akan terus pertahankan Saifuddin walau apapun terjadi kerana yakin dengan perjuangannya.

Beliau juga menyifatkan tindakan Pro–Aspirasi yang berdemo sebagai “meludah ke langit” kerana suatu ketika dulu mereka mengatakan bahawa Mahasiswa berdemonstrasi adalah tidak intelektual.

Penjual Kueh Pau Dicekup Berkemban Di Rumah Mat Indon

Posted in Artikel on 26 Disember 2011 by Admin

Guna alasan ambil telefon

LEDANG – “Saya mahu ambil telefon bimbit,” itu helah seorang wanita untuk melepaskan diri daripada ditahan ketika dicekup berkhalwat oleh Penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL) di sebuah rumah di Parit Bunga di sini, awal pagi kelmarin.

Ketika serbuan dibuat kira-kira jam 3.30 pagi itu, wanita berusia 23 tahun terbabit dan pasangannya warga Indonesia ditahan kerana didapati berdua-duaan dalam bilik di rumah berkenaan.

Lelaki terbabit yang bekerja sebagai buruh binaan sudah setahun setengah berhijrah ke negara ini dan baru sebulan mengenali wanita itu ketika membeli pau di gerainya yang terletak kira-kira 15 meter dari rumahnya.

Sejak itu, mereka saling bertukar-tukar nombor telefon bimbit dan wanita itu sering dilihat penduduk berhampiran datang ke rumah lelaki terbabit pada awal pagi untuk bersembang.

Kadi Daerah Ledang, Su­laiman Maidin berkata, berda­sarkan aduan orang awam, sepasukan anggota diketuai Pe­­gawai Penguat kuasa, Mohd Zainal Kadiran dan dibantu penduduk kampung memeriksa rumah tersebut.

Menurutnya, PPADL terpaksa memecahkan pintu rumah itu apabila pasangan terbabit enggan membuka pintu setelah memberi salam dan menunggu kira-kira 15 minit.

“Pemeriksaan lanjut menemui seorang wanita tidak berbaju dan berkemban sedang sembunyi dalam bilik.

“Manakala pasangannya tidak berbaju dan berseluar berada di dapur dan dipercayai cubaan untuk melarikan diri setelah menyedari kehadiran penguat kuasa,” katanya.

Sulaiman berkata, pasangan itu kemudian ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hu­bun­gan mahram atau suami isteri.

“Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat agama untuk siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga masing-masing,” katanya.

Katanya lagi, mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dike­nakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya. –greenboc

Hantu Kak Limah Muncul Di Marang?

Posted in Artikel on 26 Disember 2011 by Admin

Tidak tahan diganggu hantu Kak Limah

MARANG – Berambut panjang dan kadangkala menutup kepala dengan kain batik, rupanya persis watak hantu Kak Limah dalam filem komedi Hantu Kak Limah Balik Rumah yang mencetus fenomena dalam dunia perfileman negara.

Kak Limah muncul di Marang. Itulah yang diperkatakan sebuah keluarga di Kampung Temiang, Pengkalan Berangan, apabila lima sekeluarga tertekan dan ketakutan akibat diganggu lembaga wanita tua berambut panjang itu sejak lebih seminggu lalu.

Wanita misteri itu dikatakan sering menjelma dan dilihat merayau-rayau sekitar kawasan rumah di situ. Malah, kelibat menyeramkan itu dapat dirakam secara kebetulan oleh salah seorang ahli keluarga terbabit.

Ketua keluarga, Mazlan Ali, 55, mendakwa, lembaga itu berpakaian batik lusuh dengan rambut mencecah paras pinggang, sering merayau sekitar rumah anaknya dari waktu malam hingga ke subuh, sebelum menghilangkan diri.

Hantu Kak Limah minta tolong

Menurutnya, kesemua lima keluarga yang tinggal di kawasan itu adalah anaknya dan tinggal secara berasingan di rumah masing-masing kerana sudah berumah tangga.

“Ada antara mereka juga pernah melihat kelibat seorang wanita berambut panjang berdiri berdekatan paip air dan sekitar rumah sebelum menghilangkan diri.

“Boleh dikatakan setiap hari pasti ada anak saya yang melihat kelibat wanita itu. Bukan itu saja, malah semalam, (kelmarin) saya sendiri terdengar lembaga itu menjerit meminta tolong,” katanya.

Dua bulan sebelum ini, katanya, kejadian menyeramkan itu tidak pernah dialami ahli keluarganya. Kemunculan lembaga wanita berambut panjang itu dikatakan bermula selepas dia membawa balik beberapa keping papan serta tiang rumah ke rumahnya.

Menurutnya, kepingan papan dan tiang rumah itu diperoleh dari rumah pusaka ayahnya di Jerangau, Dungun, untuk dijadikan dinding rumah anaknya, Mohd Syawal, 22.

Diganggu selepas bawa balik papan

“Saya membawa pulang beberapa papan dan tiang itu ke rumah ini pada November lalu dan sejak itu gangguan lembaga misteri itu, bermula dan kami kerap diganggu dan kini kami sudah tidak tahan lagi dengan gangguan ini dan perlukan bantuan,” katanya.

Menguatkan lagi dakwaan itu, Mohd Syawal turut me-nunjukkan imej lembaga misteri wanita tua seperti bertongkat yang dirakam secara tidak sengaja oleh ahli keluarganya beberapa hari lalu.

Bagaimanapun, kata Mohd Syawal, dia sendiri belum pernah melihat kelibat wanita misteri itu tetapi sering diganggu bunyi yang pelik dan menakutkan sehingga menyebabkan dua anaknya tidak dapat tidur serta asyik menangis.

“Bunyi seperti orang mencakar dinding kerap kedengaran di luar rumahnya pada sebelah malam, apabila saya turun tiada sesiapa di bawah. Kami buntu memikirkan cara untuk mengatasi gangguan ini,” katanya.

Imam nasihat buat solat Hajat

Sementara itu, Sinar Harian turut menemui beberapa penduduk berdekatan kawasan itu namun rata-rata memberitahu kelibat wanita misteri itu tidak pernah menggangu mereka.

Manakala, imam Mohamad Razak, 57, menasihatkan agar keluarga itu mengamalkan bacaan ayat suci al-Quran dan bersolat lebih tekun bagi mengelak diganggu selain mengadakan solat Hajat bersama penduduk setempat.

Berikutan itu, kesemua keluarga terbabit berharap ada pihak yang dapat membantu mereka menangkap atau mengusir lembaga menyerupai wanita itu kerana mereka tidak tahu cara menangani gangguan tersebut.- greenboc

lelaki Afrika tinggalkan gadis Melayu setelah hamil

Posted in Artikel on 24 Disember 2011 by Admin

KUALA LUMPUR: “Setiap tahun pasti ada saja kes wanita mengandung anak luar nikah hasil hubungan gadis Melayu dengan lelaki Afrika dirujuk kepada kami,” kata Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahya Mohamed Yusof.

Yahya berkata, kes terbaru diterimanya pada awal bulan ini membabitkan seorang pelajar kolej swasta berusia 20 tahun.

“Apabila dia hamil, kekasihnya enggan bertanggungjawab. Jadi, dia datang ke Kewaja untuk melahirkan bayi di sini dan bersetuju untuk menyerahkan bayi itu kepada keluarga angkat,” katanya.

Menurutnya, maklumat diperolehnya menunjukkan sebahagian besar gadis Melayu yang mempunyai hubungan dengan lelaki Afrika berkenalan menerusi laman sosial, menuntut di institusi sama atau hasil pergaulan bebas bersama rakan.

Yahya berkata, secara purata dia menerima dua kes setahun membabitkan gadis Melayu dengan lelaki Afrika dan semuanya ditinggalkan kekasih selepas mereka hamil. “Apabila mengandung, teman lelaki mereka tidak mahu bertanggungjawab dan menghilangkan diri. Wanita yang menanggung semua beban berseorangan, menjadi mangsa, mengandung anak luar nikah dan dibuang keluarga.

“Di Kewaja mereka diberi perlindungan sehingga melahirkan bayi dan memberi semangat kepada mangsa untuk kembali kepada keluarga serta menjalani kehidupan seperti biasa. Bayi mereka pula kami serahkan kepada keluarga angkat dengan persetujuan ibunya,” katanya.

Menurutnya, kebanyakan bayi yang dilahirkan lebih mengikut genetik bapa, mewarisi rambut kerinting, berbibir tebal dan berkulit gelap menyebabkan tidak ramai pasangan yang mahu mengambil bayi ini sebagai anak angkat. -Hmetro

Selamat tinggal Aziz Bari, hilangnya permata UIA

Posted in Artikel on 22 Disember 2011 by Admin

Dari Harakahdaily

KUALA LUMPUR, : Tanggal 31 Disember ini menjadi pilihan buat tokoh akademik kontroversi, Prof Dr Aziz Bari (gambar) yang akan meletakkan jawatan sebagai pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

“Seorang ahli akademik yang lantang bersuara berteraskan nilai keilmuan dan berpegang disiplin ilmu bahawa setiap ilmu mesti disampaikan,” kata Pengerusi Pro-M (Wufi) UIA, Muhammad Hafizuddin Muhamed Noor.

Menurutnya, mahasiswa UIA berasa amat sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku khususnya pentadbiran universiti itu.

Baginya, memang benar keputusan terletak dalam tangan Prof Aziz sama ada mahu meletakkan jawatan atau tidak, namun pihak universiti perlulah menjadi tempat beliau mendapat sokongan, bukan tekanan.

Katanya, isu Prof Aziz Bari ibarat ‘sudah jatuh ditimpa tangga’ apabila seolah-olah ada pihak luar yang mencucuk pihak pentadbiran UIA.

Tambahnya, Aziz Bari bukan sahaja berhadapan dengan musuh di luar, bahkan dalam keluarga sendiri sedangkan beliau diiktiraf oleh seluruh masyarakat dengan kepakaran bidangnya dalam perlembagaan dan undang-undang.

“Keputusan sudah dibuat oleh Prof Aziz, kita hanya mampu bersedih dan terasa kehilangan beliau,” katanya.

Namun, ujarnya masyarakat tetap dan sentiasa bersedia untuk mendengar respons dan pandangan Dr Aziz  terhadap apa yang berlaku dalam negara khususnya berkaitan dengan perlembagaan Malaysia.

Memo Abim kepada MCA: Tidak perlu cabar DAP debat hudud

Posted in Artikel on 9 Disember 2011 by Admin

Dari Harakahdaily

(Pimpinan Abim menyerahkan memo bantahan kepada MCA)

KUALA LUMPUR, 9 Dis: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) berpendapat, Presiden MCA tidak wajar mencabar pemimpin DAP, Lim Guan Eng untuk berdebat isu hudud kerana tindakan itu hanya merendahkan hukum Allah itu.

Pendapat itu dikemukakan Abim dalam satu memorandum yang diserahkan kepada Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soil Lek pada Jumaat 9 Disember 2011 di Wisma MCA.

Memorandum tersebut mengulangi gesaan awal Abim yang meminta Datuk Seri Chua Soi Lek mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepada semua umat Islam di negara ini, di atas kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau ketika penganjuran Forum Hudud and its Implications on non-Muslims baru-baru ini.

Abim merasa kesal di atas kenyataan prejudis beliau yang merendahkan martabat perundangan hudud sekiranya dilaksanakan di negara ini.

Kenyataan tersebut berbunyi seperti berikut:

“MCA President Datuk Seri Dr Chua Soi Lek explained in a press conference that should hudud be implemented, the country’s foreign direct investment will surely be affected. This is because when the world perceives Malaysia to have failed in its protection of human rights, and that punishments are perceived as cruel and a violation of human rights, Malaysia’s standing in the world will drop as investors look elsewhere for businesses and even existing investors will pull out of the country,”  Sumber: http://www.mca.org.my

Adalah jelas bahawa kenyataan beliau bersifat tohmahan, prejudis dan tidak langsung disandarkan kepada sebarang fakta atau perangkaan emprikal yang boleh menjustifikasi dakwaaan beliau, kata Setiausaha Agung Abim, Muhamad Raimi Ab Rahim.

Namun sehingga hari ini, kata Raimi, Soi Lek masih belum membuat sebarang permohonan maaf secara terbuka kepada umat Islam berhubung dengan kenyataan tersebut.

Justeru Abim terpanggil untuk sekali lagi menggesa beliau berbuat demikian dalam tempoh masa 48 jam menerusi saluran-saluran media di negara ini.

Antara kandungan penting dalam memorandum tersebut, Abim juga telah melampirkan kajian-kajian oleh ahli akademik berprofil antarabangsa yang menjelaskan konsep hukum hudud dan refutasi ilmiah terhadap persepsi negatif sekitar pelaksanaan hukum hudud yang diulas dari sudut prinsip keadilan undang-undang jenayah antarabangsa, hak asasi manusia dan nilai-nilai sejagat.

Sebagai contoh, Profesor M. Cherif Bassiouni yang dikenali sebagai “Father of International Criminal Law” telah mengatakan:

“The basic principles of criminal justice and the accused’s rights are well articulated and developed in the various jurisprudential schools, and some are more liberal than others. They correspond to many international human rights standards”.

Berkenaan dengan kezaliman yang cuba dimomokkan dengan Hudud, artikel bertajuk The Penalty Of Hand Amputation For Theft In Islamic Justice,  oleh Prof. Sam S. Souryal, Dennis W. Potts, dan Abdullah I. Alobied, ia telah membuat kesimpulan berikut:-

“The application of this penalty does not appear to be inconsistent with the principles of natural law or Judeo-Christian doctrine in their original versions”.

Adalah diharapkan agar bahan ilmiah tersebut dimanfaatkan sebaik-sebaiknya oleh Datuk Seri Chua Soi Lek untuk meningkatkan kefahaman beliau terhadap hukum hudud dan perundangan Islam sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan pada masa hadapan, katanya.

Memorandum tersebut juga menyatakan kekesalan Abim terhadap tindakan Datuk Seri Chua Soi Lek yang mencabar seorang lagi pemimpin (Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP) masyarakat bukan Islam di negara ini, untuk berdebat secara terbuka mengenai isu ini yang dinilai akan hanya mencetuskan kesinambungan polemik politik dan agama yang berpanjangan.

“Justeru, kami mendesak beliau menarik balik gesaan tersebut (mengadakan debat terbuka berkaitan isu hudud).

“Pada hemat kami, kenyataan serta tindakan beliau tersebut tidak lain tidak bukan hanya bertujuan untuk meraih populariti politik terutama sekali daripada masyarakat bukan Islam,” tegasnya.

Tindakan-tindakan beliau ini secara langsung telah merendahkan martabat perundangan Hudud kepada isu politik dan sokongan pilihanraya semata-mata, sekaligus menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

Dalam konteks ini, Abim merujuk kajian bertajuk “Values Dreams Ideals Muslim Youth In Southeast Asia: Surveys in Indonesia and Malaysia (terbitan 2011),” yang dikemukakan Merdeka Centre, Goethe  Institute dan Yayasan Fredrich Naumann baru-baru ke atas 1060 orang responden belia Islam.

Antara lain kajian tersebut merumuskan majoriti  belia Islam positif dan bersetuju perundangan jenayah Islam diamalkan secara meluas di negara ini, meliputi pelaksanaan hukuman sebat untuk kesalahan minum arak (92.4%), hukuman mati untuk kesalahan membunuh atau Qisas (92.5%) dan 71.5% bersetuju untuk hukuman potong tangan bagi kesalahan mencuri.

Kajiselidik tersebut secara langsung memberi indikasi penerimaan positif di kalangan umat Islam di peringkat akar umbi terhadap pelaksanaan perundangan jenayah Islam.

Justeru, sebarang kenyataan serupa (sepertimana yang dikemukakan oleh Datuk Seri Chua Soi Lek) dinilai bertentangan dengan aspirasi umat Islam yang membentuk segmen political will terbesar di negara ini!

Abim sekali lagi mengulangi rumusan yang dicapai dalam ’Wacana Hudud: Sesuaikah dilaksanakan di Malaysia?’ anjuran mereka pada 2 Oktober 2011 bahawa undang-undang jenayah syariah tersebut sesuai dan wajar dilaksanakan di Malaysia.

Usaha ke arah merealisasikan undang-undang hudud boleh dilaksanakan melalui kehendak politik yang kuat dengan mengambil kita penafsiran dan pindaan semula terhadap sistem perundangan yang sedia ada.

Berdasarkan kepada kenyataan ini, Abim ingin mengatakan kesediaannya untuk bertemu dan mengadakan dialog akademik untuk menjelaskan sebarang kekeliruan serta persoalan berhubung dengan Hudud, terutama sekali dalam perkara-perkara yang menyentuh secara langsung kepentingan masyarakat bukan Islam.

Dalam hal ini, Abim menyorot rumusan yang dibuat oleh Asian-African Legal Consultative Organization (AALCO) berkenaan dengan hak asasi dalam Islam yang berbunyi seperti berikut:

“From the present report it is clear that Islamic criminal law has an inherent body of law for preventing crime and thereby protecting human rights and fundamental freedoms of the people. Human rights and fundamental freedoms ought to be protected are: right to life (punishing murder); rights of the child (preventing infanticide and abortion); protection of property (punishing theft); right to family (punishing adultery and sodomy), health and honor (prohibiting intoxication); right of orphans; right to personal reputation and dignity (punishing slander or scandalous allegation); right against corruption (prohibiting corruption); right to privacy (punishment for violation of privacy); right against defamation and spying; right to peace; equality and equal protection of laws; and justice and equity. These are the select human rights, which the Islamic criminal law ought to preserve and protect” (AALCO, page 46).”

“Berasaskan kepada kenyataan-kenyataan ini, adalah amat wajar untuk Datuk Seri Chua Soi Lek mengemukakan permohonan secara terbuka kepada semua umat Islam di negara ini.

Kami juga ingin mengulangi gesaan agar Datuk Seri Chua Soi Lek membatalkan hasrat untuk mengadakan debat terbuka (dengan Lim Guan Eng) untuk membincangkan isu ini,” katanya.

Abim juga ingin mengulangi kesediaan mengadakan dialog tertutup secara ilmiah berkenaan dengan isu ini (dan isu-isu agama lain) dengan mana-mana pihak yang mewakili kepentingan masyarakat bukan Islam di negara ini.