Pengundi terkejut, ada pihak pindah namanya


Dari Harakahdaily

BUKIT KATIL : Seorang pengundi, Zawawi Abdul terkejut apabila semakan di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati alamat tempat mengundinya telah ditukar tanpa pengetahuannya.

Beliau yang merupakan pengundi di Peti Undi Bukit Lintang dalam Dun Ayer Molek sejak tahun 1970-an lagi kini ditukar menjadi pengundi di Dun Duyong.

“Sejak dari tahun 70-an saya mengundi di Sekolah Kebamgsaan Bukit Lintang tidak pernah pindah tempat mengundi, saya terkejut bila menyemak di laman web nama saya ada di Dun Duyong,” katanya kesal.

(Gambar: Zawawi menunjukkan salinan Borang Daftar Pemilih dari SPR yang didakwa ditandatangan oleh pihak lain)

Beliau yang telah membuat bantahan di Ibu Pejabat SPR negeri semalam juga terkejut apabila ditunjukkan salinan borang pertukaran alamat yang tertera cop Kemas dan tandatangan palsu yang dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

“Saya tidak pernah mengisi tukar tempat mengundi dan tandatangan dalam borang tersebut bukan tandatangan saya, malah saya juga tidak pernah menyerahkan fotostat kad pengenalan kepada sesiapapun,” katanya lagi.

Ekoran perkara itu, beliau juga telah membuat laporan polis.

Sementara itu, Penyelia Dun Ayer Molek, Haji Mustaffa Ali menyifatkan tindakan pihak tertentu itu sebagai perbutan khianat dan tidak bertanggungjawab.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan ianya didalangi parti politik tertentu dalam usaha mendapatkan kemenangan dengan cara tidak bermaruah pada PRU-13 nanti.

“Ini merupakan tindakan yang jelas bertentangan dengan undang-undang dan demokrasi” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: