Anak muda pelopori kebangkitan Syria


Dari Harakahdaily

BANGI, 27 Feb: Diskusi isu Syria diberitahu, anak muda negara itulah sekarang yang mempelopori kebangkisan rakyat di negara yang sedang bergolak itu.

Hazuanuddin Sofuan, Presiden Persatuan Mahasiswa Syria (PPMS) berkata, faktor anak muda adalah pencetus utama revolusi rakyat itu

Hampir 200 orang ke diskusi isu semasa, ‘Syria: Antara Penindasan dan Kebangkitan’, membuktikan bahawa masyarakat pada hari ini masih cakna terhadap isu semasa.

Diskusi isu semasa anjuran Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) itu diserikan dengan penampilan dua orang panel iaitu Professor Datuk Dr. Redzuan Othman, Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, UM dan Hazuanuddin.

“Sejarah politik Syria perlu diteliti dengan baik kerana ia amat berkait rapat dengan apa yang berlaku terhadap rakyat Syria sekarang.

“Bermula dari pemerintahan ala tentera oleh Hafiz Asad kemudian diwarisi oleh anaknya iaitu Basyar Asad sehingga kini, adalah kesinambungan kezaliman berterusan terhadap rakyat Syria,” ujar Dr. Redzuan.

Sementara itu, Hazuanuddin yang juga merupakan antara kumpulan pelajar Malaysia terakhir yang dihantar pulang, mengulas;

“Faktor pelbagai aliran madrasah yang wujud di Syria dan tekanan kerajaan terhadap ulama menyebabkan pertembungan pandangan dalam menghadapi revolusi di Syria.”

Di penghujung forum, kedua-dua panel memberi keyakinan dan harapan besar bahawa revolusi rakyat di Syria akan berjaya walaupun menghadapi tekanan yang hebat dari negara kuasa besar dunia seperti China dan Rusia dengan pertolongan Allah S.W.T sepertimana jatuhnya Muammar Ghadafi di Libya.

“Diskusi ini bertujuan memberi penerangan kepada masyarakat tentang isu semasa selari dengan saranan Gamis untuk membudayakan wacana intelektual secara serius,” jelas Wan Mohamad Rasyadan, Ketua Penerangan Gamis.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: