TV3 dicabar beri ruang Anwar jawab isu Israel


Dari Malaysiakini

Penyokong Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyerahkan memorandum mencabar syarikat televisyen swasta TV3 memberi ruang eksklusif kepada tokoh itu muncul secara eksklusif bagi menjawab “laporan tidak adil dan berat sebelah” mengenai isu Israel.

Kelab Anwar Ibrahim (AIC) mendakwa Media Prima Berhad – yang memiliki TV3 dan syarikat media lain –  cuba melakukan “membunuh karektor” Anwar melalui anak syarikat itu tanpa memberi ruang kepada ketua pembangkang itu untuk mempertahankan dirinya.

“AIC juga mencabar Media Prima Berhad melalui rangkaian Buletin Utama khususnya untuk memberi ruang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim muncul secara eksklusif dalam masa terdekat, agar beliau mempunyai medium untuk menjawab serangan berat sebelah yang dilancarkan terhadap beliau saban hari,” kata Presiden AIC, Saifuddin Shafi Muhammad dalam memorandum tersebut.

Saifuddin menyerahkan memorandum itu kepada Pengurus Besar Kumpulan Komunikasi Korporat Mastura Adnan di Sri Pentas pagi ini. Mastura mewakili Pengerusi Media Prima Berhad Datuk Johan Jaafar.

Advertisements

2 Respons to “TV3 dicabar beri ruang Anwar jawab isu Israel”

  1. balasungkawa Says:

    saya rasa bagus juga tv3 bagi peluang kpd saudara anwar jawab isu israel. seandainya apa yg dikatakan tv3 tidak benar tentang anwar bermakna tv3 sudah menabur fitnah dan beribu-ribu org meragui anwar disebabkan fitnah ini sudah tentulah semua kakitangan yg bekerja dgn tv3 akan menanggung dosa termasuklah tok-tok ust yg bekerja di situ. kesian juga solat,puasa banyak tapi masuk neraka. ini sebenarnya keja politik, 10 org main politik seorg je kut nak masuk syurga yg lain entah2 merempat dlm neraka.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: