Guan Eng bidas Soi Lek ubah tajuk debat


Dari Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 11 Feb: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membidas tindakan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang didakwa cuba menukar tajuk asal debat antara mereka yang dijadual berlangsung 18 Februari ini.

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, beliau hanya bersetuju untuk berdebat dengan tajuk asal iaitu “Adakah Sistem Dwiparti Akan Menjadi Sistem Dua Kaum?” seperti yang dikemukakan pihak penganjur.

Pihak penganjur iaitu kumpulan pemikir MCA Institute of Strategic Analysis & Policy Research (INSAP) dan Asian Strategy & Leadership Institute (ASLI) kata Guan Eng, telah mengemukakan tajuk itu melalui surat daripada CEO ASLI Datuk Dr Michael Yeoh pada 3 Februari 2012.

“Justeru, tindakan Chua untuk menukar topik yang memperihalkan pro dan kontra sistem dwiparti dan juga sama ada ia akan menjadi sistem dua kaum kepada topik yang mempersoalkan masa depan kaum Cina dalam topik “Kaum Cina di Malaysia – Quo Vadis?” adalah salah,” katanya.

Debat antara mereka dijadual berlangsung di Hotel Berjaya Times Square di Kuala Lumpur pada pukul 5-6 petang 18 Februari 2012 yang akan disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen Astro AEC.

Ianya akan diadakan pada satu sesi sempena persidangan bertajuk “Kaum Cina Di Persimpangan” yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Guan Eng lagi, beliau menerima tajuk asal itu kerana ia selaras dengan komitmen DAP dan juga Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk memperjuangkan hak semua rakyat Malaysia, sedangkan MCA hanya memperjuangkan satu komuniti.

Guan Eng juga menegaskan, beliau sanggup berdebat dalam Bahasa Melayu atau Inggeris dalam pentas yang serupa dengan debat antara beliau dengan Datuk Seri Ong Tee Keat pada tahun 1991 di mana dua sesi telah diadakan, satu dalam Bahasa Mandarin dan satu dalam Bahasa Inggeris.

Beliau juga memaklumkan telah Setiausaha Politiknya dan ADUN Komtar YB Ng Wei Aik untuk membuat penyelarasan dengan MCA serta Ketua DAPSY dan Ahli Parlimen Rasah YB Anthony Loke untuk mengendalikan logistik.

Sehubungan itu, beliau mahu debat itu berteraskan persaingan antara idea, ideal dan dasar-dasar yang memanfaatkan demokrasi dan semua rakyat Malaysia, dan bukan hanya kaum Cina.

“DAP menawarkan idea, ideal dan dasar-dasar yang dilaksanakan di Pulau Pinang sebagai contoh yang boleh diteladani untuk memupuk rasa kekitaan, kesetiakawanan dan rasa pemilikan di kalangan rakyat Malaysia.

“Hanya dengan menghormati hak politik, keadilan sosio-ekonomi dan martabat insan boleh kita benar-benar menjadi rakyat Malaysia yang tulen tanpa mengira latar belakang sama ada Melayu, Cina, India, Orang Asli, Iban atau Kadazan,” tegasnya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: