Simpanan tunai S’gor cecah RM1.9 bilion


Dari Malaysiakini

Simpanan tunai kerajaan negeri Selangor terus mencatatkan peningkatan sepanjang tahun 2011 dengan jumlah simpanan sebanyak RM1.9 billion – meningkat lebih 26 peratus, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Katanya, jumlah simpanan tunai di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat jauh lebih tinggi berbanding di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) yang hanya merekodkan  kurang RM500 juta sebelum 2008.

“Saya telah dimaklumkan perbendaharaan negeri bahawa jumlah rezab kita meningkat lebih 26 peratus kepada RM1.9 bilion berbanding sebelum 2008 iaitu kurang RM500 juta,” katanya dalam satu sidang akhbar selepas mempengerusikan Masjlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini.

Menteri Besar berkata, laporan kewangan kerajaan negeri 2011 itu akan dihantar kepada Jabatan Audit Negara untuk diaudit.

Dalam perkembangan lain, Tan Sri Abdul Khalid berkata, kira-kira 600 penduduk setinggan di Sungai Sering, Hulu Klang, akan menerima Sijil Layak Menduduki (CF) bagi unit rumah kos rendah Jumaat ini.

Menurutnya, CF tersebut telah dikeluarkan pada 31 Januari lalu, sekaligus menamatkan penantian hampir sembilan tahun peneroka bandar itu yang telah dipindahkan dari 11 penempatan setinggan di Mukim Klang di bawah program penempatan semula setinggan.

Projek rumah kos rendah Taman Ukay Indah, Sungai Sering dimulakan pada Jun 2003 dan sepatutnya siap April 2006 tetapi terbengkalai kerana syarikat pemaju berdepan masalah kewangan dan teknikal.

Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah membelanjakan lebih RM16 juta sejak 2006 sehingga 2012 untuk membayar sewa rumah penduduk yang gagal dipindahkan ke penempatan sementara.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: