Portfolio agama: Zaid beri amaran kepada anak buahnya


Dari Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 19 Jan: Presiden parti Kita, Datuk Zaid Ibrahim (gambar) berkata, beliau telah memberikan amaran kepada pemimpin partinya di Kedah yang selalu memperlekehkan Pakatan Rakyat.

Zaid melalui satu kenyataan yang dibuat melalui twitternya berkata, “Amaran telah diberi, tunggu dan lihat.”

Zaid dipercayai mengulas kenyataan Ketua Penerangan Kita Kedah, Wan Rosli Omar yang mendakwa PAS telah tunduk kepada PKR.

Dakwaan itu dibuat Wan Rosli ekoran tindakan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil alih portfolio Hal Ehwal Agama yang sebelum ini disandang oleh Exco dari PAS, Datuk Dr Hasan Mohd Ali.

Dalam rombakan portfolio semalam, Khalid mengumumkan exco yang baru dilantik, Dr Ahmad Yunus Hairi menjaga portfolio Adat Melayu, Belia dan Sukan.

Ekoran itu, satu laman web melaporkan, Wan Omar mempertikaikan sikap PAS itu.

“PKR dilihat merampas tugas EXCO Agama yang selama ini dipegang oleh PAS. Tidakkah ahli PAS nampak perkara ini,” kata Ketua Penerangan Wan Rosli Omar.

Khalid dalam twitter berkata, “KITA Kedah selalu memperlekeh Pakatan, FMT (Free Malaysia Today) beri ruang. Langsung tak sentoh BN. Amaran diberi , tunggu dan lihat.”

Sebelum ini, para pimpinan PAS Selangor menjelaskan, susunan portfolio ini sudah dibincangkan dengan MB sebelum pengumuman itu dibuat.

Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Othman dilaporkan berkata, perkata itu sudah dibincangkan dan jaminan telah diberikan untuk berbincang dengan PAS jika ada isu-isu besar yang membabitkan Islam.

“Itu jaminan diberikan kepada kami, jadi tidak menjadi satu masalah,” katanya.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad pula berkata, langkah itu perlu untuk membolehkan kerajaan negeri mengendalikan portfolio itu dengan baik.

“Kalau diletakkan orang baru, kita khuatir dia mungkin akan dipermainkan oleh Umno yang akan menggunakan Jais dan Mais untuk kepentingan mereka dan itu akan menimbulkan masalah tetapi kalau Menteri Besar yang pegang, baru bertemu buku dengan ruas,” kata Khalid Samad dalam satu kenyataannya kepada media.

Seorang lagi Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga Exco kerajaan negeri, Iskandar Samad berkata, langkah MB memegang portfolio itu hanya sementara sahaja.

PEMUDA PAS MAHU JUMPA KHALID

Sementara itu, Dewan Pemuda PAS Pusat (Malaysia) akan mengunjungi Menteri Besar Selangor bagi mendapatkan penjelasan berhubung hal ini.

“Kami berhasrat untuk bertemu dengan Tan Sri Khalid berikutan perubahan portfolio daripada Ahli MMKN yang diwakili oleh PAS dan untuk mendapat penjelasan bagi portfolio baru yang diamanahkan kepada PAS Selangor.

“Dalam masa yang sama juga kami ingin mendapat gambaran penyusunan semula portfolio dan skop kerja bagi pimpinan Kerajaan Negeri Selangor selepas ini setelah berlakunya rombakan kecil portfolio yang telah diumumkan oleh Tan Sri Khalid,” kata Naib Ketua Pemuda PAS, Dr Raja Ahmad Al-Hiss.

Pemuda PAS mengucapkan tahniah atas pelantikan Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN).

“Kami turut merakamkan ucapan tahniah kepada ADUN Meru, Dr Abd Rani Osman yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor dilantik sebagai Pengerusi Skim Mikro Kredit Miskin Luar Bandar (Skimsel).

“Manakala ADUN Bandar Baru Bangi, Dr Shafie Abu Bakar yang turut dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (Padat) yang baharu yang telah diumumkan oleh Tan Sri Khalid,” kata beliau dalam kenyataan itu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: