Pak Samad dilantik pengerusi bersama Bersih 2


Dari Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 17 Jan: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2) secara rasmi hari ini mengumumkan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dilantik Pengerusi Bersama gabungan itu.

Pengumuman itu dibuat Pengerusinya, Datuk Ambiga Sreenevasan pada satu sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor di sini hari ini.

A.Samad Said atau Pak Samad ketika diminta mengulas perlantikan itu berkata, beliau menerimanya dengan kewajipan yang sangat besar untuk memastikan pilihan raya berjalan atas landasan demokrasi sebenar.

“Sepanjang ini saya cuma mengikuti dan menyokong (Bersih). Akhir-akhir ini saya rasa dapat beri sumbangan lebih kepada Bersih.

“Ini kewajipan sangat penting, membersihkan (pilihan raya) mengikut landas demokrasi. Jadi saya fikir sudah waktunya saya ikut beri sumbangan,” katanya.

Pada himpunan bersejarah Bersih 2, yang berlangsung 9 Julai tahun lalu, Pak Samad dilihat memberi sumbangan besar menggerakkan rakyat untuk turun bersama pada himpunan tersebut.

Tidak cukup dengan itu, sajak khas ciptaanya yang bertajuk “Unggun Bersih” turut menjadi pembakar semangat khususnya anak muda untuk turun menuntut pilihan raya bebas dan adil.

Wakil anak muda

Dalam pada itu, pada sidang media sama, Ambiga juga turut mengumumkan perlantikan Pengerusi Solidariti Mahasiswa (SMM) Ahmad Shukri Abdul Razab sebagai wakil anak muda dalam ahli jawatankuasa gabungan itu.

“Bersih 2 menamakan Ahmad Shukri untuk menyediakan ruang kepada anak muda terlibat dengan kempen reformasi pilihan raya dan hak demokrasi,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: