Tergugat di Perak, 135 wakil rakyat BN berkampung


Dari Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 10 Jan: Tindakan BN yang akan mengadakan pemukiman Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mereka selama tiga hari bermula 12 Januari ini di Perak menandakan mereka rasa tidak selamat lagi di negeri itu.

AJK PAS Pusat Idris Ahmad berkata, pemimpin Umno sekarang sedar bahawa rakyat Perak masih dengan sentimen membenci BN ekoran cara mereka mengambil alih negeri yang disifatkan tidak demokratik.

“Sekarang mereka cuba mengambil hati rakyat dengan program turun ke padang, konon cuba menyelami masalah rakyat bawahan.

“Apabila rakyat perhatikan selepas rampasan kuasa tidak ada apa-apa kelebihan yang Umno tawarkan untuk rakyat malahan apa yang berlaku ialah hanya dendam kesumat dan fitnah kononnya kerajaan PR menindas Melayu,” katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Difahamkan seramai 135 wakil rakyat BN akan mengikuti program pemukiman itu di beberapa kawasan di Perak.

Sebelum ini Pengerusi Kelab Adun BN (BNBBC), Datuk Nadzri Ismail berkata, setiap wakil rakyat akan menetap bersama keluarga angkat masing-masing di 135 kampung terpilih melibatkan lapan bahagian utama iaitu Larut, Parit Buntar, Bagan Serai, Bukit Gantang, Taiping, Padang Rengas, Beruas dan Lumut.

Pemukiman sama sebelum ini telah dibuat di Selangor.

“Kawasan-kawasan ini adalah kawasan yang gelap pada perkiraan BN, maka tumpuan khas harus diberikan untuk menarik sokongan.

“Sekarang pemimpin Umno BN terpaksa melutut kepada rakyat unuk mengemis undi daripada rakyat,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: