Penduduk bantah harga petrol naik


 

LAGOS – Satu tunjuk perasaan tercetus di seluruh Nigeria bagi membantah kenaikan harga petrol di negara Afrika berkenaan.

Ketika matahari terbit di Nigeria semalam, ibu kota negara ini yang biasanya sesak dengan kenderaan bertukar sepi. Kesatuan-kesatuan sekerja pula mula mengadakan sekatan jalan raya.

Anggota kumpulan samseng tempatan menumbuk tingkap kenderaan yang berada di jalan raya manakala ratusan penunjuk perasaan berkumpul di sini menjelang satu perhimpunan besar-besaran yang dijadual diadakan di ibu kota Nigeria itu.

Mereka membantah kenaikan harga minyak daripada AS$0.45 (RM1.40) seliter kepada AS$0.94 (RM2.95) seliter yang mula berkuat kuasa sejak subsidi petrol di negara berkenaan berakhir pada 1 Januari lalu atas arahan pentadbiran Presiden Goodluck Jonathan.

“Saya belum pernah mendapat manfaat daripada pentadbiran Jonathan. Kami akan menentang kenaikan harga minyak ini sehingga ke titisan darah terakhir,” kata seorang kakitangan awam berusia 35 tahun, Fatai Adepoju.

Namun, pemerintah menyatakan penarikan subsidi tersebut terpaksa dilakukan dalam usaha mengurangkan perbelanjaan negara dan menggalakkan pelaburan luar dalam sektor penapisan minyak. – Agensi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: