Saya tidak akan lari, meskipun dipelawa Turki, negara Arab


Dari Harakahdaily

MACHANG, 6 Jan: Bersaksikan puluhan ribu rakyat Kelantan malam tadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau dan keluarga tidak akan lari meninggalkan negara biar pun berdepan dengan kezaliman yang menjijikkan.

“Saya, anak dan isteri tidak sekali-kali meninggalkan negara ini biar pun berdepan dengan  penghinaan yang begitu rupa.

“Saya telah mengadakan perjumpaan keluarga melibatkan isteri, anak dan menantu telah mencapai keputusan ini. Cuma mereka bimbang sekiranya saya sekali lagi dipenjara akan dicederakan seperti pernah berlaku sebelum ini.

“Kalau saya lari orang lain pula akan kena. Saya telah menjelaskan kepada rakan-rakan di luar negara rakyat bukan marahkan saya tetapi segelintir pemimpin yang rasuah dan zalim,” katanya pada program Amanat Terakhir di padang Majlis Daerah Machang.

Hadir sama Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud, anggota Exco, Dr Muhammad Fadzli Hassan dan pemimpin-pemimpin PAS dan PKR.

Pada 9 Januari ini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mengumumkan keputusan perbicaraan kes liwat versi II selepas perbicaraan yang penuh kontroversi berlangsung tahun lepas.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata, beliau dipelawa rakan-rakan di Turki dan negara Arab yang bersedia memberi tempat kepadanya memandangkan penganiayaan dan penghinaan terhadapnya masih berterusan.

Katanya, Perdana Menteri Turki, Tayyid Erdogan ada mempelawanya mendapat perlindungan di negara itu dan begitu juga rakan-rakan di negara Arab.

Bagaimanapun kata beliau Erdogan lebih memahami suasana sebenar kerana beliau juga pernah dipenjarakan oleh pemerintah Turki sebelum ini kerana pendakwaan yang bermesej politik.

“Begitu juga dengan apa yang saya hadapi sekarang, lebih kurang sama dengan Erdogan alami sebelum  beliau berada di kedudukan sekarang sebagai pemimpin utama Turki,” ujarnya.

Oleh itu beliau berharap rakyat dan penyokong Pakatan bermunajat kepada Allah kerana segala keputusan dan tindakan di bawah penguasaanNya.

Seng Giaw sebelum itu memberitahu dua hakim yang pernah mengadili perbicaraan kes liwat I iaitu Datuk Augustine Paul dan Datuk Ariffin Jaka sudah meninggalkan dunia.

(Ikuti laporan penuh dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang).

Satu Respons to “Saya tidak akan lari, meskipun dipelawa Turki, negara Arab”

  1. kalau tak bersalah, nak lari buat apa. ni nampak macam bersalah pula

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: