901: PKR sambut baik kenyataan Hisham, KPN


Dari Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 5 Jan: PKR menyambut baik kenyataan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara yang memperlihatkan kesediaan pihak polis untuk berbincang dengan parti itu dan Pakatan Rakyat bagi menjamin kelancaran perhimpunan aman 901 untuk membantah rekayasa politik ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali (gambar) berkata, pihaknya bersedia untuk berbincang dengan pihak polis demi memastikan perhimpunan aman itu berjaya diteruskan dengan aman dan teratur.

Justeru, katanya PKR tegas menyeru semua anggota parti dan penyokong Pakatan Rakyat serta rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan kebenaran untuk berhimpun secara aman dan menyatakan sokongan terhadap reformasi demi rakyat dan negara Malaysia yang tercinta.

“Hak untuk berhimpun secara aman merupakan hak rakyat yang sejajar dengan semangat keperlembagaan.

“Ianya merupakan antara teras kepada amalan sesebuah negara demokratik,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Justeru, katanya sebarang usaha atau tindakan yang menggasir hak untuk berhimpun secara aman dan hak menyatakan pendirian politik (political expression) rakyat Malaysia adalah bertentangan dengan asas pembentukan negara Malaysia yang demokratik, bebas dan merdeka.

“Pencabulan ke atas hak ini dianggap sebagai mengkhianati asas penubuhan negara Malaysia yang merdeka,” katanya yang juga Ahli Parlimen Gombak.

Tambahnya, PKR turut menggesa pihak polis untuk memelihara keselamatan awam termasuk para demonstran dan rakyat keseluruhannya yang berhimpun di Kuala Lumpur.

“Kita berharap insiden keganasan seumpama tragedi UPSI dan Bersih tidak akan berulang.

“Ini adalah peluang terbaik Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara untuk memulihkan imej polis yang sekian lama tercalar dan mengembalikan keyakinan awam terhadap institusi polis selaras dengan janji Perdana Menteri untuk melaksanakan transformasi politik di dalam pentadbirannya,” ujarnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: