PKR sasar 100,000 turun himpunan 9 Jan


Dari Harakahdaily

PETALING JAYA, 3 Jan: PKR hari ini menyatakan pendirian mereka untuk tetap mengadakan himpunan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari ini, bagi mendengar keputusan tuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah dalam satu sidang media hari ini, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata seluruh pemimpin Pakatan akan hadir pada hari tersebut.

“Insya-Allah, saya, seluruh pimpinan (Pakatan) dan seluruh rakyat Malaysia akan hadir menyatakan sokongan dan bersama-sama Datuk Seri Anwar pada hari tersebut,” katanya selepas memberi taklimat kepada Majlis Pimpinan Pusat.

Turut serta pada sidang media itu semua ahli parlimen dan Adun PKR termasuk Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abd Rani Osman.

Menurut Azmin lagi, Pakatan akan menggerakkan sekurang-kurangnya 100,000 penyokong untuk hadir pada hari itu.

“Kerjasama juga akan diberikan oleh PAS yang akan diketuai oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abd Rani Osman yang mana beliau akan melaksanakan susun atur bagi ahli-ahli PAS Selangor dan seluruh Malaysia.

“Manakala untuk DAP, Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin akan mengadakan perbincangan dengan DAP,” jelasnya lagi.

Ahli Parlimen Gombak itu juga memberitahu walau apa pun keputusan yang diumumkan, Pakatan dan PKR telah bersedia menggalas amanah memimpin negara serta berusaha mengembalikannya ke landasan yang tepat.

Katanya, Pakatan Rakyat akan terus istiqamah meneruskan perjuangan murni ini selaras dengan apa yang terkandung dalam Agenda Ekonomi Malaysia, Dasar Bersama Pakatan Rakyat, Buku Jingga dan Belanjawan Pakatan Rakyat.

Sementara itu Dr Abd Rani berkata beliau berharap pihak keselamatan dapat mengawal keselamatan rakyat yang akan berhimpun secara aman pada hari tersebut.

Beliau juga menasihatkan orang ramai yang akan hadir agar tidak membawa sebarang benda tajam atau sebarang senjata lain pada hari tersebut.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: