Najib sukar umum PRU 13 kerana isu dalaman Umno


Dari Harakahdaily

TUMPAT,:Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak belum berjaya menutup isu dan pendedahan yang berlaku dalam negara membabitkan kepimpinannya.

Beliau berkata, terlalu banyak isu dan pendedahan yang Najib sedang cuba untuk menutup dan menyelesaikan segala permasalahan berkaitan.

Justeru, katanya, disebabkan menghadapi isu-isu tertentu, maka sehingga kini Najib sukar untuk mengisytiharkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-13.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita pada majlis penyampaian sumbangan beg sekolah bagi pelajar Sekolah Rendah 2012 dalam Parlimen Tumpat di Surau Tuk Ayah Kg Laut dan di Surau Hidayah Pulau Seratus, dekat sini semalam.

Sumbangan kewangan dan beg sekolah turut diberikan kepada 50 pelajar termasuk yang berjaya mendapat 5A dalam UPSR tahun 2011, anak yatim dan pelajar miskin.

Ahli Parlimen Tumpat itu berkata, pendedahan demi pendedahan dapat diikuti hari ini walaupun ian datang daripada sumber-sumber belum dipastikan.

“Tetapi daripada maklumat-maklumat itu sudah tentu daripada pihak atau pun orang-orang dalaman termasuk kes bagaimana Timbalan Menteri Kewangan menerima kemasukan wang yang banyak ke dalam akaun bank peribadinya tiap-tiap bulan.

Beliau turut mengulas pembabitan keluarga Perdana Menteri dan mantan Perdana Menteri yang lalu dalam perniagaan, yang bukan saja berlaku semasa kepimpinan Abdullah Badawi, tetapi juga Dr Mahathir.

“Begitu juga nampaknya dengan Datuk Najib di mana baru-baru ini anaknya terbabit dalam pembelian syarikat awam dan apabila dibangkitkan, isu itu ‘diredakan’.

“Jadi ini bukan saja ciri Datuk Najib tetapi ciri pemimpin-pemimpin Umno yang ada,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: