PKR nafi kerah ahli cetus huru-hara 9 Januari


Dari Harakahdaily

KUALA LUMPUR, : PKR hari ini menafikan pihaknya terlibat dalam penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) yang meminta semua anggota parti itu berkumpul pada 9 Januari 2012 ini di Mahkamah Tinggi Jalan Duta Kuala Lumpur dan mengajak untuk mencetuskan huru-hara di Kuala Lumpur.

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini, Setiausaha Agungnya Saifuddin Nasution berkata, SMS itu menggunakan namanya dengan mendakwa beliau telah mengeluarkan suatu surat pekeliling mengarahkan semua ahli parti hadir.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa terdapat arahan seperti ini, yang saya yakin merupakan satu lagi fitnah jahat Umno yang sememangnya sedang semakin gentar dengan kebangkitan rakyat menentang kezaliman dan kekejaman mereka yang terus rakus merompak dan menyeleweng harta rakyat dan negara.

“Wajar dinyatakan juga bahawa sifat jahat memfitnah, membohong dan menyebarkan berita palsu serta usaha memporak-perandakan keamanan rakyat Malaysia kini telah menjadi semakin sebati dan lumrah dalam setiap nafas dan gerak nyawa Umno.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai, anggota PKR dan penyokong-penyokong gerakan reformasi yang akan keluar beramai-ramai pada 9 Januari nanti bagi menunjukkan sokongan kepada Ketua Umum PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim supaya berhimpun secara aman dan mematuhi arahan petugas-petugas serta tidak terpengaruh dan terjebak dengan tindakan provokatif golongan yang tidak bertanggungjawab pada hari berkenaan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: