Kos RM3,000, shooting 2 jam, Oley ditonton lebih 180,000


Dari Harakahdaily

KUALA LUMPUR, : Klip video atau Filem pendek berjudul ‘Oley’ hanya memakan belanja RM3,000 sahaja dan mengambil masa penggambaran 2 jam, tetapi memberikan kesan cukup besar bagi aktiviti dakwah.

Ini kerana, klip video terbitan sebuah NGO, Solidariti Muslim Prihatin ini sehingga kini ditonton lebih 180,000 orang dalam jangka masa 5 hari setelah disiarkan.

Dengan ‘view’ yang sedemikian tinggi, sambutan orang ramai terhadap filem tersebut ternyata menyamai filem triler  hebat keluaran Hollywood.

Berdasarkan mutunya yang sedemikian hebat dan sambutan orang ramai yang sebegitu baik terhadap filem tersebut, banyak pihak beranggapan belanja yang dikeluarkan oleh pihak penerbit dalam usaha penerbitan filem itu pasti tinggi.

“Namun, jangan terkejut jika saya jelaskan, belanja untuk membuat filem itu sebenarnya hanya sebanyak RM3,000 sahaja, manakala masa keseluruhan yang kami gunakan untuk penerbitannya pula hanya 3 jam setengah sahaja.

“Dari masa 3 jam setengah itu, 2 jam untuk shooting dan 1 jam setengah lagi untuk proses editing bagi membolehkan ia disiarkan ke dalam Youtube untuk tontonan orang ramai,” jelas Pengerusi Solidariti Muslim Prihatin, Nurul Islam Mohamed Yusoff.

Ketika dihubungi Harakahdaily di sini hari ini, beliau menjelaskan, pada dasarnya untuk menghasilkan filem tersebut pasti memerlukan belanja yang besar, tetapi ia menjadi murah di sebaliknya disebabkan banyak faktor.

Antara faktor utamanya kerana kesemua pelakon penting di dalam filem tersebut enggan menerima sebarang bayaran, tetapi hanya berlakon secara percuma demi kepentingan dakwah.

“Begitu juga dengan pengarah dan penulis skrip bagi filem itu. Mereka juga hanya membuat kerja-kerja mereka secara percuma sahaja,” jelasnya.

(Nurul Islam…teruja)

Belanja yang dikeluarkan oleh pihaknya bagi penerbitan filem itu hanyalah bagi urusan-urusan teknikal, manakala sebahagian lagi bayaran kepada sebahagian pelakon tambahan.

Nurul Islam, 29, menjelaskan, Oley merupakan sebuah filem pendek yang terhasil khusus buat menjawab segala tohmahan mengenai hukum Islam yang dipersendakan oleh filem pendek “Bicara Rakyat“ yang dihasilkan dengan penuh kebencian dan kenistaan terhadap hukum hudud oleh pihak tertentu.

Dengan penghasilan ‘Oley’ bererti Solidariti Muslim Prihatin melangkah setapak lagi ke hadapan dalam menyampaikan mesej bermaklumat kepada masyarakat dengan cara baru.

Lebih menarik apabila ‘Oley’ turut dilakonkan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan; Nik Mohd Abduh dari ILMAM; Riduan Mohd Nor yang juga Ahli Jawatankuasa MuslimCare; penceramah selebriti yang sedang meningkat naik, Ustaz Syed Kadir Hussin Al Joffre serta pendakwah bebas, Ustaz Imran Al-Malizi.

Filem tersebut turut menampilkan pengacara, penulis lirik dan pelawak terkenal, Bob Lokman; vlogger Youtube terkenal, Mat Lutfi  dan Man John dengan lakonan watak menarik mewakili segmen anak-anak muda pelbagai latar belakang yang mendambakan pengetahuan sebenar mengenai Islam.

(Penampilan Matlutfi memberi nilai tersendiri kepada video klip ini)

Oley adalah sebuah klip video yang dihidangkan dalam bentuk ‘santai’ dan simple tetapi menepati citarasa dan selera anak muda, dengan para pelakonnya berdialog dengan gaya selamba, bersahaja tetapi penuh dengan mesej bermakna.

Melalui kaedah soal jawab yang pasti boleh membuka mata dan telinga masyarakat yang jahil terhadap hukum Islam, khususnya mengenai hukum hudud, sehingga boleh menimbulkan keinsafan kepada para penontonnya.

Setelah diterbitkan 15 Disember lalu, video tersebut telah ditonton oleh sejumlah 154,687 kali dan mendapat likes sebanyak 8729 dan dislikes hanya sebanyak 72 kali, berbanding dengan video pendek bertajuk sembang rakyat yang telah mengundang kritikan dan pertikaian pelbagai pihak kerana didakwa sengaja menimbulkan prejudis terhadap Islam.

Angka tersebut dapat dilihat melalui jumlah likes sebanyak 57 kali dan dislikes sebanyak 3048 kali semalam, manakala hari ini pula jumlahnya terus meningkat kepada lebih 180,000 orang penonton.

Filem tersebut turut disiarkan menerusi slot video Harakahdaily dengan jumlah penonton sebanyak lebih 21,000 sehingga jam 4.30 petang ini sejak dimuatnaik 15 Disember lalu.

Penerimaan baik daripada orang ramai mengenai filem pendek itu sebagai indikator bahawa anak-anak muda tidaklah bencikan hukum Islam, sebaliknya menerima hukum Allah dengan baik.
Malah anak muda memberi kepercayaan kepada golongan yang ingin memperjuangkan hukum Islam berbanding mereka yang menentangnya.

KLIK UNTUK TONTON ‘OLEY’

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: