Dakwaan 120 sertai Umno di Bachok karut


Dari Harakahdaily
Oleh: Rizal Tahir

BACHOK. : Dakwaan 120 orang ahli PAS keluar parti di Kampung Beoh dalam Cawangan Redang, dekat sini adalah karut, malah anak Mohd Nor Jusoh yang dikatakan menyertai Umno tidak menyertai bapanya.

Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Bachok, Abdul Aziz Kadir (gambar kiri), ketika ditemui memberitahu apa yang berlaku hanya empat orang satu keluarga sahaja menyertai Umno.

Sambungnya, Datuk Awang Adek kini memang kerap keluar masuk kampung serta memberikan pelbagai janji pada rakyat agar mereka menyertai Umno.

“Adik beradiknya (Awang Adek) belum tentu menyokong perjuangannya, apa lagi rakyat,”ujarnya ketika ditemui pada majlis bubur as-syura, di Kampung Beoh, dekat sini semalam.

Baru-baru ini beberapa buah akhbar termasuk televisyen melaporkan seorang penduduk Mohd Nor Jusoh, mewakili 120 orang penyokong kuat PAS menyertai Umno kerana tidak yakin dengan perjuangan parti itu.

Malah salah seorang anaknya, Mohd Adnan Mohd Nor, 28, (gambar kanan) mendakwa bukan semua anggota keluarga mengikut ayahnya.

Jelasnya, apa yang dilakukan hanya untuk memburukkan perjuangan PAS.

“Saya langsung tidak berminat dengan Umno kerana tidak ada sebab saya menyertai parti itu apa lagi perjuangan PAS terbukti benar-benar membela rakyat,”ujarnya.

Hadir sama pada pertemuan itu Penghulu Mukim Lubuk Tembesu, Beoh, Mohd Sabri Mat Nawi dan Ketua PAS Cawangan Beoh, Mohd Idris Mat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: