Mahasiswa sudah keluar dari pemikiran Umno


Dari Harakahdaily

TASEK GELUGOR, : “Syabas kepada semua mahasiswa kerana anda sudah matang daripada pemikiran pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) mengenai Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku),” kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (gambar).

Beliau menyatakan demikian ketika memulakan ucapan di perhimpunan Rapat Rakyat di Padang Awam, Taman Senangan, Butterworth semalam.

Beliau menggangap tindakan mahasiswa berkenaan menggambarkan mereka sudah berani ke hadapan memperjuangkan akta yang selama ini mencengkam perkembangan minda pelajar.

Katanya, selama ini pelajar tidak bebas bersuara sebaliknya dibekukan daripada memberikan pandangan dan kritikan yang membina kepada kerajaan yang memerintah.

Tindakan itu sambungnya, tidak melahirkan mahasiswa yang cerdik, progresif, matang, berdaya saing tetapi  lebih menjurus kepada membentuk pelajar sebagai ‘pak angguk’ atau ‘yes men’ semata-mata.

Tambahnya, Pakatan Rakyat bangga dengan perkembangan terkini kebangkitan mahasiswa itu.

“Pakatan Rakyat rasa bangga tentang senario itu tetapi bagi Umno dan BN merupakan,” jelasnya yang juga Setiausaha Agung DAP.

Kerajaan, ujarnya patut akur dengan memorandum yang dihantar oleh mahasiswa kepada Suruhanjaya Hak Asasi  Manusia (Suhakama) yang meminta dimansuhkan Auku yang mencengkam pemikiran pelajar.

Lim yakin sekiranya mahasiswa diberikan kebebasan bersuara dan memberikan pandangan pasti Umno dan BN akan ketandusan sokongan khususnya daripada anak muda dalam pilihan raya umum nanti.

“Mungkin pilihan raya umum ke 13 ini petanda baik untuk Pakatan Rakyat menang besar. Kebangkitan  mahasiswa adalah antara penyumbang yang tidak boleh dipandang enteng,” tegasnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: