Utusan terus jadi batu api pecahkan PAS


Dari Harakahdaily

KUALA LUMPUR, : Akhbar Umno, Utusan Malaysia didakwa terus cuba menjadi batu api untuk memecah belahkan PAS dengan melaga-lagakan antara kepimpinan parti Islam itu.

(Tulisan Zaini dalam akhbar Umno, Utusan Malaysia)

Terbaru, akhbar bahasa Melayu itu sekali lagi memainkan isu kerjasama PAS dan Umno yang telah dikuburkan PAS sebelum ini.

Malah tulisan editor kanan akhbar milik Umno itu, Datuk Zaini Hassan cuba menjadikan pemimpin PAS Selangor pula sebagai kambing hitam.

Sambil menyelar tindakan Utusan itu, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Ridhuan Mohd Nor berkata, Zaini seolah-olah kekeringan idea sehingga cuba memainkan api permusuhan antara pemimpin PAS agar mereka bertelagah dan berprasangka buruk antara satu sama lain.

“Dewan Pemuda PAS Malaysia menjelaskan, bahawa PAS tidak sudi ‘berkahwin’ dengan UMNO yang hanya tahu memperalatkan Islam demi survival politik mereka.

“Umat Islam masih menyimpan kemarahan ekoran keceluparan Presiden MCA yang mempertikai hukum Islam dalam Forum Hudud yang baru dilangsungkan beberapa hari lalu di Wisma MCA, malah wakil Umno turut sama mempertikai hukum Islam dengan pelbagai persepsi yang negatif terhadap hukum Islam itu,” katanya.

Selain itu, rakyat pula masih tidak boleh melupakan bagaimana tindakan rakus pemimpin Umno BN meluluskan Rang undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang menyekat kebebasan rakyat bersuara dan berhimpun, Akta Pekerja yang menindas golongan pekerja dan Akta Perbadanan Kampung Baru yang meminggirkan nasib orang Melayu di Kuala Lumpur.

“Bagaimana dalam keadan begini, Umno masih mahu berbaik dengan PAS. Tangan kanan mahu berjabat, tangan kiri pula menikam perut,” soalnya.

Mengulas lanjut, beliau juga membangkitkan sikap pemimpin Umno ketika Perhimpunan Agung parti itu yang dijadikan medan menghentam PAS dan Pakatan Rakyat sesuka hati.

“Seolah-olah PAS dan Pakatan Rakyat adalah parti yang penuh noda dan dosa yang perlu dibuang oleh seluruh rakyat Malaysia.

“Dalam keadaan demikian, mahu disuruh PAS berbaik dengan Umno pula,” soalnya lagi.

Sementara itu beliau sekali lagi menegaskan bahawa PAS akan tetap kekal bersama Pakatan Rakyat melakar perubahan bersama dengan rakyat Malaysia dalam PRU ke 13.

“Usah lagi bermimpi untuk ‘berkahwin’ dengan PAS, kerana PAS tidak ingin bersahabat dengan Umno yang semakin tenat dimamah usia,” tegasnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: