Selepas 21 bulan, Zahid baru laksanakan cabarannya


Dari Harakahdaily

PULAU PINANG, : Selepas 21 bulan menerima cabaran Menteri Pertahanan untuk menyelam bersama kapal selam Scorpean bagi membuktikan ianya boleh menyelam, Lim Guan Eng akhirnya dijemput untuk melaksanakan cabaran itu.

(KD Tun Razak yang berlabuh di Awana Porto Malai, Langkawi untuk LIMA 2011)

“Saya akan pergi ke LIMA di Langkawi untuk memenuhi cabaran Zahid Hamidi 21 bulan yang lalu,” kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam kenyataannnya hari ini.

Pada 17 Mac 2010, Datuk Seri Zahid Hamidi sebagai Menteri Pertahanan telah mencabar Lim Guan Eng di Parlimen untuk menyelam bersama kapal selam Scorpean KD Tun Razak bagi membuktinya kapal selam yang dibeli dengan harga RM3.68 bilion itu boleh menyelam.

Lim Guan Eng telah menerima cabaran itu. Namun hanya selepas 21 bulan, cabaran itu baru akan dilaksanakan.

Ini bermakna, ia mengambil masa begitu lama untuk membaiki masalah itu.

Bagi Lim Guan Eng, apa yang patut dibuat oleh kerajaan selepas mendapati kapal selam itu mengalami masalah teknikal dan tidak boleh menyelam, ia perlu dihantar balik kepada pembekalnya untuk mendapatkan ganti yang baru.

Ini kerana, harga belinya terlalu mahal dan ia mengorbankan terlalu banyak wang rakyat untuk sebuah kapal selam yang bermasalah untuk menyelam.

Bagaimanapun, katanya, Zahid menolak cadangan itu dan mencabarnya untuk menyelam bersama kapal selam itu bagi membuktikan ia boleh menyelam.

“Saya telah menerima secara langsung cabaran itu namun tidak sedar bahawa selepas 21 bulan baru ia akan dilaksanakan,” kata Lim Guan Eng.

Satu Respons to “Selepas 21 bulan, Zahid baru laksanakan cabarannya”

  1. menghantar kepada pembekal dan mengganti yang baru? hello ini kapal selam bukan telefon bimbit bro guan eng. kapal selam ni kena pegi ambil sendiri bawak sini. dah rosak syarikat tu lah baiki, ada warranty apa salahnya. yg nak suh antar balik ingat senang ke? ingat dia ada byk unit yg sama nk ganti one on one?tak faham kenapa ada orang baca harakah lagi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: