Saifudin vs Saifudin di Kota Bharu malam ini


KOTA BHARU, : Keghairahan menghadapi pilihan raya umum ke-13 kini semakin memuncak. Serangan media harian milik Umno terhadap Pakatan Rakyat tambah rancak.

Begitu juga semua parti kini dilihat berada dalam keadaan siap sianga menunggu wisel keramat ditiup Datuk Seri Najib Razak.

Biar pun Umno begitu bersemangat menerjah Pakatan, namun kebimbangan di lubuk kecil mereka tidak dapat disembunyikan. Buktinya suara risau itu kedengaran nyaring pada Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini.

Persoalannya mampukah Umno dan Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerajaan yang ada sekarang. Inilah berita besar ditunggu lebih 25 juta rakyat Malaysia kebelakangan ini.

Oleh itu bagi mendapat gambaran lebih jelas mengenai situasi tersebut orang ramai berpeluang mendengar kupasan pemimpin Umno, PKR dan ahli akademik mengenai siapa pemenang pilihan raya ke-13 nanti.

Kupasan bertajuk “Pilihan Raya Umum Ke 13: BN atau Pakatan Rakyat” akan dibahas ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail pada wacana perdana malam ini.

Dua lagi ahli akademik iaitu Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah dari UM dan Prof Madya Dr Samsu Adabi Mamat (UKM) turut diundang mengupas tajuk tersebut.

Moderatornya yang tidak asing lagi iaitu Datuk Prof Madya Dr Muhammad Agus Yusoff (UKM).

Pengarah program Ahmad Baihaki Atiqullah berkata, sepatutnya malam ini wacana diada membabitkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan anggota Exco, Datuk Husam Musa.

Bagaimanapun katanya disebabkan Mohamed Nazri tidak dapat hadir wacana membabitkannya dengan Husam ditunda kepada 22 Disember ini.

Wacana tersebut sepatutnya mengupas isu bertajuk ”Pilihan Raya Bersih dan Adil : Realiti Atau Ilusi?”

Ia dianjurkan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, dengan kerjasama Harakah, Malaysiakini dan KTV sebagai media rasmi. Selain itu Rekabentuk Grafik dan Muslim Life.

Ahmad Baihaki berkata, wacana itu akan disiarkan secara langsung melalui mykelantan.tv.

”Sebanyak tujuh siri wacana yang diadakan sebelum ini mendapat sambutan menggalakkan sehingga melimpah ke luar dewan.

”Ini menggambarkan orang ramai amat mengharap program seumpama itu bagi mendengar kupasan isu semasa yang berlaku secara matang dan sihat,” ujarnya.

Antara panelis dari Umno yang pernah diundang termasuk Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin, Pegawai JASA, Lokman Nor Adam. Ketua Pemuda Umno Rantau Panjang, Affandi Yusof dan bekas Pengerusi Yadim, Datuk Nakhaie Ahmad.

Program itu akan diadakan bermula jam 9 malam ini di Dewan Besar, Balai Islam Lundang, merupakan siri kelapan. -Harakahdaily

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: