Hudud: MCA patut tanya pendirian Umno


Dari Harakahdaily

SHAH ALAM, : Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyifatkan kenyataan Persiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang mengajak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk berdebat tentang hukum hudud sebagai ‘kelakar’.

Bercakap pada sidang media di pejabatnya, Khalid memberitahu sepatutnya MCA mengajak Umno kerana Umno dilihat tidak menolak hudud.

“Kita lihat Umno juga tidak menolak untuk melaksanakan hudud, sepatutnya MCA berdebat menyatakan pendirian masing-masing seperti yang dilakukan dalam Pakatan Rakyat,” katanya.

“Saya desak agar MCA cabar Umno untuk berdebat soal hudud biar MCA tahu pendirian Umno dan Umno tahu siapa MCA sebenarnya.

Tambahnya lagi, beliau yakin niat sebenar MCA adalah ingin memburukkan DAP serta cuba mewujudkan satu suasana tegang antara parti di dalam Pakatan Rakyat.

Selain itu, MCA juga jelasnya dilihat terlalu lantang serta sanggup mencabar hukum hudud malah kadang kala menimbulkan ketidak senangan umat Islam bila mereka menyuarakan soal hudud.

“DAP lebih lembut bila berbicara tentang Melayu serta menyentuh tentang Agama Islam jika dibandingkan MCA yang terlalu kasar dengan kenyataan mereka malah tidak memperdulikan perasaan orang Melayu,” jelas beliau lagi.

Mengulas kenyataan Penasihat Agama Menteri Besar Terengganu Mohd Kamal Sadin yang mengatakan hudud PAS tidak mengikut syariat, Khalid berkata pandangan itu hanya menunjukkan kedangkalan ilmu agama Mohd Kamal sahaja.

“Kenyataan yang dikeluarkan oleh penasihat agama menteri besar itu mengambarkan betapa rendahnya ilmu yang dimilikinya.

“Saya melihat beliau tidak layak menjadi penasihat agama jika sedemikian komen beliau terhadap hudud tanpa membuat kajian serta mengambil pendapat yang lain,” sambungnya lagi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: