Nik Aziz bertanding tamparan buat Umno Kelantan


Dari Harakahdaily

KUALA LUMPUR,  :Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menyokong penuh kenyataan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan untuk terus bertanding di dalam pilihan raya umum yang akan datang.

“Kenyataan YAB Tuan Guru ini telah menjadi satu ‘tamparan’ kepada Umno Kelantan yang mengharapkan supaya Tuan Guru mengundur diri daripada arena politik,” ujar ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan kepada Harakahdaily.

Katanya, Pemuda PAS negeri turut mengucapkan terima kasih kepada Tuan Guru di atas kesediaan beliau untuk terus meminpin PAS Kelantan di dalam menghadapi Umno Kelantan.

Sesungguhnya, tegas beliau semangat dan iltizam Tuan Guru akan menjadi azimat dan kekuatan kepada seluruh jentera parti di semua peringkat untuk mempastikan Umno dan Barisan Nasional terus tumbang di dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Katanya, pihaknya juga membidas perwakilan Umno di dalam perhimpunan agung Umno baru-baru ini yang menyamakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz seperti Tun Dr. Mahathir dan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang lama memerintah.

“Untuk makluman kepada seluruh ahli Umno dan Barisan Nasional, Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah diminta oleh seluruh rakyat untuk berhenti bukan sekadar terlalu lama memerintah tetapi memerintah dengan penuh kezaliman, penipuan dan mengutamakan ahli keluarga semata-mata berbanding Tuan Guru memerintah penuh dengan rasa tawadduk dan rendah diri kepada Allah sehingga rakyat cukup sayang dan cintakan pemerintahan Tuan Guru,” jelasnya.

Sememangnya, kata beliau Umno Kelantan kini semakin berasa tertekan dengan keputusan Tuan Guru Mursyidul Am PAS itu untuk terus bertanding di dalam pilihan raya kerana ‘aura’ Tuan Guru belum dapat ditandingi oleh mana-mana pimpinan Umno Kelantan.

Dengan itu juga, ujarnya hasrat Umno Kelantan untuk menumbangkan Kerajaan PAS akan menjadi ‘angan-angan yang tidak berkesudahan’.

“Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor dengan ini juga mendoakan semoga YAB Tuan Guru akan terus diberikan kekuatan dan kesihatan untuk terus memimpin PAS Kelantan menumbangkan Umno Kelantan secara total di dalam pilihanraya umum yang akan datang dan terus memimpin rakyat Kelantan dengan pemerintahan yang berasaskan Islam,” ujarnya lagi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: