Warga Pekerja Bukan Hamba


Dari Harakahdaily

KUALA LUMPUR, : Warga pekerja adalah aset negara dan mereka juga merupakan dinamo kepada pertumbuhan ekonomi negara, kata Keta Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan at-Tantawi.

Justeru itu, katanya mereka bukan hamba abdi yang diperah kudrat mereka lalu ditindas dengan pelbagai akta yang tidak memihak apatah lagi memelihara kepentingan mereka.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata kerajaan tidak boleh melayan warga pekerja seperti melayan warga divisyen dua berbanding warga korporat yang juga tidak dinafi memberi sumbangan besar kepada lonjakan ekonomi negara.

Menurutnya, setelah mengerah keringat yang menitis sampai ke tumit, wajarnya warga pekerja dijaga dan ditunaikan hak mereka selayaknya.

“Saya pasti, mereka bukan menuntut suatu yang melebihi kewajaran dan hak yang sepatutnya mereka miliki,” katanya.

Menurutnya, mereka juga bukan menuntut agar dimanjakan oleh kerajaan sebaliknya mahu hak mereka dihormati dan dihargai oleh kerajaan setelah mereka mengerahkan tulang empat kerat mereka untuk masa depan negara.

Justeru, ujarnya kerajaan mesti bersikap terbuka dan sedia mendengar setiap masaalah berbangkit daripada rakyat termasuk warga pekerja.

Katanya, kedegilan kerajaan untuk tidak mendengar suara hati warga pekerja akan mengundang masalah besar kepada negara dan tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa ia juga berpotensi merencatkan kitaran sihat ekonomi negara menuju kestabilan yang didambakan.

Beliau menambah, kerajaan bertanggungjawab memberi jaminan perlindungan pekerjaan, hak kebajikan, hak berpersatuan, gaji minimum dan lain-lain tanpa sebarang diskriminasi yang membezakan antara pekerja yang berstatus tetap atau pun pekerja yang diambil secara kontrak.

“Menafikan hak dan meletakkan mereka setaraf  buruh asing adalah satu bentuk penindasan yang tidak sewajarnya berlaku dalam negara kita,” ujarnya lagi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: