Bekas Ketua Penerangan Pemuda Gerakan sertai KEADILAN


Dari Keadilandaily
Oleh: Masdar Wahid

JOHOR BAHRU : Bekas Ketua Penerangan Pemuda Gerakan Selangor, Delren Terrente Doughlas mengambil keputusan untuk menyertai KEADILAN selepas kecewa dengan Gerakan dan Barisan Nasional.

Delren berkata, penyertaan beliau dalam parti itu kerana yakin dengan reformasi KEADILAN yang memperjuang kesaksamaan untuk setiap kelompok rakyat di negara ini.

“Saya juga memutuskan meninggalkan Gerakan kerana hala tuju parti ini kerap ditentukan Umno selain tidak yakin dengan kepimpinan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon,” katanya yang turut menyatakan kira-kira 30 bekas anggota Gerakan dari Selangor dan Kedah bakal mengikut langkahnya.

Penyertaan beliau itu diumumkan pada awal Muharram dan sebaik selesainya Kongres KEADILAN kali ke lapan yang berlangsung di Johor.

Beliau yang merupakan ahli Gerakan sejak 2004 juga menyandang Ketua Cawangan Gerakan DUN Ijok selain Ketua Bahagian Gerakan Kuala Selangor sebelum ini.

“Semasa menyatakan hasrat mahu keluar parti, tiada respon dari pimpinan Gerakan kecuali hari ini beberapa pemimpin menghubungi saya termasuk Tsu Koon selepas saya menghantar sms menyatakan hasrat keluar parti,” katanya.

Sementara itu, Tian Chua mengalu-alukan penyertaan mana-mana individu termasuk Dalren menyertai KEADILAN, kerana parti itu merupakan parti yang menawarkan ruang dan peluang pada semua golongan yang komited pada perjuangan untuk rakyat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: