Anwar : Lagi Menang Lagi Banyak Halangan


Dari tvsnews.net

 

JOHOR BAHRU : Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap kemenangan yang bakal diperoleh dalam pilihanraya akan datang bukan merupakan kejayaan mutlak kepada PKR tetapi merupakan cabaran yang harus disambut dengan pengorbanan dan perjuangan kental.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampai ucapan di sesi penggulungan dan ucapan penangguhan Kongres Nasional Tahunan Keadilan ke-8 di sini hari ini.

Katanya reformasi merupakan usaha berterusan yang memerlukan pengorbanan semua pihak.

“Kalau kita menang lagi banyak halangan dan cabaran. Justeru kita memerlukan pemimpin dan ahli yang yang kuat dan sanggup berjuang demi membela rakyat.” kata beliau.

Menyentuh mengenai calon-calon yang akan bertanding beliau berkata calon perlu menerima hakikat untuk membela nasib rakyat bukannya untuk kepentingan diri.

“Pada wakil-wakil rakyat yang tidak terpilih perlu ingat dan insaf bahawa ‘siapa kamu sebelum 2008’ dan siapakah yang bertungkus lumus untuk memenangkan kamu.

“Jadi mereka (wakil-wakil Rakyat) perlu terima hakikat bahawa sekarang telah tiba masa kamu untuk bekerja keras untuk memenangkan orang yang telah membantu kamu untuk menang dahulu.” tegas Anwar

Menurut Anwar kemenangan tidak aakan dicapai tanpa melibatkan jentera dan muafakat yang baik.

“Kalau kita muafakat, ini adalah peluang terbaik untuk mengangkat reformasi rakyat dan merubah sikap,” jelas beliau dihadapan lebih 2,500 perwakilan dan pemerhati.

Dalam pada itu katanya, permuafakan Pakatan Rakyat tidak perlu disangsikan walaupun pelbagai usaha dilakukan oleh Barisan Nasional serta media milik-nya telah menjadikan komponen Pakatan lebih akrab.

“Ini yang menjadikan Umno semakin terhimpit dan terdesak untuk menarik sokongan rakyat setelah menyaksikan kekuatan kita (Pakatan).

Berhubung beberapa wakil rakyat PKR yang bertindak melompat parti beliau berkata parti tersebut telah melalui proses pembersihan yang sihat.

“Kita juga bersyukur kerana semua pengkhianat yang melompat parti telah dibersihkan dari parti dan pembersihan ini sesuatu yang baik bagi parti,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: