Anwar: KEADILAN lebih bersedia hadapi PRU berbanding 2008


Dari Keadilandaily
Oleh: Ahmad Fadli

JOHOR BAHRU :  Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)  kini jauh lebih bersedia berbanding tahun 2008 dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Demikian dinyatakan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar ibrahim dalam ucapan penangguhan Kongres Nasional KEADILAN ke 8 yang diadakan di Pulai, Johor .

“Dalam semua persiapan, kita jauh lebih kuat dari tahun 2008,” kata Anwar kepada lebih 2,000 perwakilan yang setia menunggu untuk mendengar ucapan beliau di kongres selama tiga hari itu.

Menurut Anwar, keyakinan itu bersandarkan kekuatan jentera parti dan senarai calon yang jauh lebih ‘bersih’ berbanding pilihan raya pada Mac 2008.

Lantaran itu beliau mengingatkan pimpinan supaya berpegang teguh kepada prinsip perjuangan KEADILAN dan tidak mudah ‘dibeli’ oleh Umno-Barisan Nasional.

“(Pemimpin) yang lompat, bagus kerana membersihkan parti daripada anasir-anasir kotor.

“Umno tiada kekuatan. Kekuatan dia cuma boleh beli orang.

“Saudara-saudara kena jaga pengkhianatan dari dalam. Jangan ingat wang ringgit boleh lemahkan kita,” tegas Anwar.

Menurut Anwar, untuk memastikan Pakatan Rakyat ke Putrajaya, beliau menggariskan dua perkara yang perlu dilakukan  dalam PRU akan datang.

Pertama, katanya, adalah kerja keras untuk menumbangkan Umno yang jelas mengkhianati kontrak sosial di antara pemerintah dan rakyat.

Strategi kedua, kata Anwar adalah berpegang teguh kepada nilai-nilai murni perjuangan KEADILAN yang mementingkan tata kelola yang jujur dan beramanah.

Beliau mengambil contoh pentadbiran Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang bekerja keras untuk memberikan manfaat kepada rakyat terbanyak.

“Kita mesti tingkatkan kefahaman dan cita-cita murni kita.

“Kita pertahan Tan Sri Khalid Ibrahim kerana ‘keras’ dan ‘degil’ jaga pentadbiran Selangor,” kata Anwar.

Mengakhiri ucapannya, beliau menegaskan pilihan raya kali ini adalah peluang terbaik untuk rakyat menukar pentadbiran BN.

“Ini kesempatan terbaik untuk rakyat ubah sistem pentadbiran. Balik dengan selamat, Insya-Allah kita tawan Putrajaya,” kata Anwar.

Kongres Nasional Tahunan KEADILAN kelapan yang berlangsung selama tiga hari bermula 25 hingga 27 November 2011, turut mendapat perhatian dari perwakilan antarabangsa.

Ia merupakan kongres terakhir KEADILAN sebelum pilihan raya umum ke-13 berlangsung pada bila-bila masa sahaja.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: