Siapa bakal julang Anugerah Supermokh MVP?


NAMA bekas penyerang tersohor negara, Allahyarham Mokhtar Dahari akan diabadikan dalam anugerah paling berprestij bagi pemain bola sepak profesional negara.

Anugerah Pemain Paling Bernilai yang bakal diberi- kan pada anugerah tahunan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100-Plus-Astro Arena-FAM akan dikenali sebagai Anugerah Supermokh MVP (Anugerah Pemain Paling Bernilai Supermokh).

Untuk anugerah tahun ini, penerima tahun lalu Norshahrul Idlan Talaha dan rakan sepasukannya dari Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat serta pemain Selangor, Safiq Rahim akan bersaing bagi menjulang anugerah berprestij itu yang bakal berlangsung pada 30 November ini.

Senarai calon telah diumumkan semalam selepas semua undian bagi pelbagai kategori dikira dan dimuktamadkan, manakala pemenang-pemenang akan diumumkan pada majlis penyampaian anugerah pada 30 November.

Untuk tahun ini, kesemua ketua juru- latih Liga Perdana dan Liga Super mencalonkan pemain mereka yang menunjuk- kan aksi cemerlang dalam pelbagai kate- gori.

Seperti yang dijangkakan, kebanyakan pemain yang tersenarai datang dari pasu- kan yang cemerlang pada musim ini termasuk juara liga, Kelantan, juara Piala FA, Terengganu dan juara Piala Malaysia, Negeri sembilan.

Penjaring pada aksi akhir Piala Malaysia 22011, Mohd. Hairuddin Omar turut disenarai bagi merebut Anugerah Penyerang Terbaik.

“Jurulatih dari pelbagai pasukan memerhati pemain mereka sepanjang musim ini dan mereka berada di posisi terbaik untuk memilih pemain yang layak menerima anugerah tersebut,” ujar Pengurus perhubungan Koperat F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd., Cariessa Goh.

Menurutnya, beliau percaya semua peminat bola sepak tidak sabar untuk mengetahui siapa yang akan menerima anugerah berprestij tersebut pada tahun ini. -Kosmo

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: