PM: Pinda Perlembagaan bukan pendirian PKR, Pakatan


Dari Harakahdaily

JOHOR BAHRU, : Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Pakatan Rakyat tidak akan menyokong sebarang usaha Umno jika mahu meminda Perlembagaan Persekutuan bagi semata-mata menjamin hanya orang Melayu boleh menjadi perdana menteri.

Ketua Pembangkang itu menjelaskan cabaran Angkatan Muda Keadilan (AMK) semalam agar Umno meminda Perlembagaan hanya satu strategi sayap pemuda itu, bukannya pendirian PKR ataupun Pakatan Rakyat, lapor The Malaysian Insider.

“Ia satu cabaran sebab Umno terus berkata Melayu, Melayu, Melayu. Jika Umno benar-benar komited, maka kami hendak tahu jika mereka berani lakukan apa yang mereka (terus) perkatakan di kampung-kampung orang Melayu,” kata Ketua Umum PKR ini pada sidang media di sini, dengan diapit oleh Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin.

“Kami tidak akan sokong. Jika mereka berani buat syor, kami akan jawab bahawa anda hanya bermain sentimen perkauman meskipun anda tidak membantu orang Melayu. Jadi itulah strategi Pemuda PKR,” kata beliau lagi.

Menurut Anwar, PKR tidak akan sekali-kali melaksanakan perkara itu kerana ia merupakan isu perkauman.

“Sekiranya Umno melaksanakan perkara itu, PKR akan menentang kerana mereka menyokong sentimen politik perkauman,” tegasnya lagi.

Dalam ucapan dasarnya semalam, Shamsul Iskandar mencabar Umno agar meminda Perlembagaan Persekutuan dan menetapkan jaminan jawatan Perdana Menteri hanya boleh disandang oleh seorang Melayu jika benar parti teras BN itu mendakwa hanya Umno yang mampu melindungi kaum Melayu.

Kata Shamsul Iskandar, alasan jawatan tersebut dipegang oleh seorang Melayu hanya semata-mata kerana Umno berkuasa tidak boleh diterima.

Jelas beliau, perkara itu tidak asing di Malaysia kerana hampir semua negeri di Malaysia mensyaratkan ketua kerajaan negeri mesti seorang Melayu.

Pada sidang media yang sama, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail menegaskan parti itu akan tetap menawan Johor daripada Umno-Barisan Nasional (BN).

“Penganjuran kongres kali ini di Johor adalah kerana, Johor merupakan antara lima negeri yang belum menjadi tuan rumah untuk penganjuran kongres nasional.

“Perkara terpenting sekali adalah kerana selepas 12 tahun kelahiran PKR, sokongan dan sambutan masyarakat di sini dilihat semakin baik dan bertambah berbanding lima hingga tujuh tahun sebelum ini,” katanya.

Menurut Saifuddin, perkara itu dibuktikan dalam ceramah-ceramah anjuran PKR sepanjang kongres berlangsung di Johor, mereka mendapat reaksi positif daripada rakyat.

“PKR yakin, pilihan raya akan datang, kami akan merampas Johor dari Umno,” katanya lagi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: