Ganggu ceramah di Johor, bertentangan jaminan MB


Dari Keadilandaily
Oleh: Masdar Wahid

JOHOR BAHRU : Tindakan pihak tertentu mengganggu ceramah KEADILAN yang rancak berlangsung di Johor bertentangan dengan kenyataan asal Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Ghani Othman.

Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya berkata, Ghani sebelum ini memberi jaminan pemilihan Johor sebagai tuan rumah Kongres KEADILAN menunjukan negeri itu ‘selamat’.

“Kalau betul selamat, sepatutnya program kita tidak diganggu, tetapi sebelum kongres pun, banner di halang untuk dipasang walaupun Datuk Najib sebelum ini kononnya mahu menjadikan Malaysia, negara terbaik dari segi demokrasi di dunia.

“Demokrasi apa kalau banner pun tidak dibenarkan untuk dipasang,” soalnya.

Beliau turut menasihatkan polis bertindak profesional khasnya terhadap pembangkang yang sehingga kini dinafi hak walaupun berdaftar sebagai parti politik yang sah di sisi undang-undang.

Sementara itu, Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution berkata, jelajah KEADILAN yang sudah dirancang akan diteruskan termasuk di Batu 8, Sungai Tiram, Ulu Tiram,  Johor Bahru malam ini.

“Alhamdulillah, ceramah malam ini saya dimaklumkan sudah dapat permit dan mudah-mudahan segalanya berjalan lancar,” katanya.

Berhubung permohonan permit pula, katanya, pihak berkuasa itu memberikan tiga jenis  reaksi yang berbeza.

“Pertama, Polis diam tanpa memaklumkan status permohonan kita samada dibatal dan diterus. Kedua, Polis berkata ya dengan permit dilulus bersama surat berbentuk hitam putih.

“Manakala jenis yang ketiga, Polis memberi jawapan secara lisan membenarkan ceramah,” katanya pada sidang media hari ini.

Beliau bagaimanapun menegaskan, semua ceramah yang dirancang akan diteruskan mengikut jadual asal di 14 lokasi DUN di selatan negeri Johor yang melibatkan lebih 20 ceramah penerangan isu semasa.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: