Peguam akan berarak bantah Bil Perhimpunan Aman


Dari Malaysiakini
Oleh: Kuek Ser Kuang Keng

Empat tahun selepas “Walk for Justice” 2007, Majlis Peguam Malaysia sekali lagi memanggil ribuan peguam untuk berarak di Kuala Lumpur bagi membantah Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang telah dibentangkan di Parlimen.

Perarakan itu akan bermula pada jam 11.30 pagi Selasa depan dan mereka akan berjalan dari Kelab Taman Perdana Diraja ke Parlimen, yang dijadual membahaskan rang undang-undang tersebut, yang dibentangkan pada 22 November lalu.

Satu memorandum akan diserahkan kepada kerajaan di akhir perarakan tersebut.

Pada tahun 2007, lebih 2,000 peguam menyertai perarakan Majlis Peguam sejauh 3.5km yang dikenali sebagai “Walk for Justice”, di Putrajaya untuk mendesak penubuhan suruhanjaya diraja bagik menyiasat kes ‘Pita Lingam’.

Langkah tersebut, serta protes awam yang lain, telah memaksa Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi, untuk menubuhkan sebuah suruhanjaya siasatan diraja yang diketuai oleh bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Haidar Mohamed Noor.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: