Pelajar susah curi “nugget” di kantin sekolah didakwa


KLANG – Tidak cukup wang saku membeli makanan bukan tiket menghalalkan seorang pelajar pecah masuk kantin sekolah.

Hanya untuk mendapat bungkal daging (nugget) dan air tin bagi mengisi perut, seorang pelajar tingkatan dua dihadapkan ke Mahkamah Rendah Juvana, semalam.

Pelajar itu mengaku memecah masuk kantin sekolah agama jenis Kafa Intergrasi, di Bandar Sultan Sulaiman Pelabuhan Klang kira-kira jam 6 pagi, 22 Oktober lalu.

Pendakwaan terhadap pelajar itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nizi Shazril Ithnin mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan, pelajar itu memecah masuk melalui tingkap dengan niat mencuri air tin dan bungkusan bungkal daging dianggarkan bernilai RM100, di premis itu.

Nizi Shazril memohon mahkamah mengenakan ikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin terhadap pelajar itu, namun bapanya, seorang pekerja kilang merayu mahkamah mengurangkan jumlahnya.

“Saya minta kurang ikat jamin puan. Saya cuma kerja kilang, gaji RM1,200. Ada tujuh anak,” kata bapa pelajar itu.

Majistret Nadia Othman menetapkan 29 Disember depan untuk laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebelum menjatuhkan hukuman. -Sinar Harian

3 Respons to “Pelajar susah curi “nugget” di kantin sekolah didakwa”

  1. Abih tak dapat bantuan dari Program Susu Basi dan Beracun lagi Haram Sekolah oleh kera-jaan laknat nih… kesian buddak tu jadi mangsa keboddohan mentri pelajaran yg seperti tak berpelajaran…

  2. nampakkan bagaimana tidak adilnya hukuman dunia. Kalau ikut hukum Islam, pelajar tersebut akan dilepaskan kerana dia mencuri kerana lapar. tapi kerana undang-undang dunia, miskin, pelajar tersebut kononnya terpaksa diadili mengikut undang-undang. Kalau kes lain yg melibatkan ribuan, ratusan, puluhan juta belum tentu kena bicara lagi. Oh negara ku, apa nak jadi?

  3. dinosaur Says:

    kesian kanak-kanak ini. kita sebagai masyarakat yang sedikit lebih kemampuannya daripada mereka ini harus memberi bantuan. hukuman perlu dibuat tetapi berlandaskan kepada kewajaran. subahanallah… sama-samalah kita bantu mereka yang lemah dan memerlukan….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: