Zambry bentang bajet pilihanraya


Dari Cina Islam


IPOH, 23 Nov : Dato’ Seri Ir Nizar Jamaluddin menyifatkan bajet yang dibentangkan oleh Menteri Besar Perak sebagai bajet pilihanraya.Beliau berkata, Bajet yang mengalami defisit sebanyak RM 50.142 juta. Bajet yang dibentangkan ini tidak menampakkan visi untuk membangunkan negeri. Ianya jelas hanya bersifat pemberian.

“Pada prinsipnya, bajet ini ialah pengunaan wang hutang untuk diberikan kepada rakyat. Tiada langsung usaha-usaha untuk membangun dan memajukan negeri,” katanya ketika membuat sidang media sejurus sidang DUN Perak ditangguhkan.

Tambahnya lagi, bajet tahun 2012 ini mengalami defisit yang sangat besar. Ianya jelas berpunca daripada kepincangan pengurusan kewangan.

” Ini menggambarkan Kerajaan Negeri Perak kepada sebuah negeri yang bankrap apabila pembelanjaan lebih daripada pendapatan,” tegasnya lagi.

Sidang ditangguhkan hingga esok dan akan berlanjutan hingga Jumaat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: