Pusat pemindahan Kota Bharu dibuka


Dari Malaysiakini

Jumlah mangsa banjir di tiga daerah di Terengganu meningkat pagi ini.

Menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, sehingga jam 9 pagi ini jumlah mangsa yang dipindahkan adalah 1,439 orang berbanding 373 orang semalam.

Katanya, daerah Setiu agak teruk apabila seramai 671 orang dipindahkan ke pusat pemindahan, diikuti Besut 560 orang dan Hulu Terengganu 208 orang.

Jurucakap itu berkata, dalam tempoh yang sama juga 21 pusat pemindahan dibuka iaitu tujuh di Setiu, sembilan di Besut dan lima di Hulu Terengganu yang membabitkan balai raya, dewan serbaguna, masjid dan sekolah.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri pula melaporkan paras air di beberapa sungai utama di Terengganu melebihi paras bahaya pagi ini.

Di Besut, paras air di Kampung La mencecah 19.54 meter berbanding paras bahaya 19.20 meter dan di Jambatan Jertih pula bacaannya ialah 8.73 meter, melebihi paras amaran 8.10 meter.

Sungai Nerus di Kampung Bukit di sini mencatat bacaan 13.56 meter (bahaya 12 meter) dan di Kampung Langkap, Setiu 21.95 meter (bahaya 21.50 meter).

Keadaan cuaca di Kuala Terengganu pagi ini mendung dan sesekali berlaku hujan serta angin kencang.

Pusat pemindahan Kota Bharu dibuka

Sementara itu, di Kelantan, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan  meningkat kepada 235, berbanding 26 yang direkodkan semalam. Ini berikutan hujan lebat yang melanda Kelantan sejak tiga hari lalu, .

Dua daerah di negeri itu yang kini dilanda banjir adalah Kota Bharu dan Pasir Puteh.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri berkata, di Pasir Puteh, pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Bukit Awang dibuka sejak semalam.

“Di Kota Bharu, dua pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Mulong dan Sekolah Kebangsaan Tiong, dibuka malam tadi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Paras air di empat sungai utama di Kelantan berada pada tahap berjaga-jaga manakala Sungai Golok di Jenob dan Sungai Golok di Rantau Panjang berada pada paras amaran.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: