DUN Kelantan dibubar serentak dengan pusat


Dari Malaysiakini

Dewan Undangan Negeri Kelantan akan dibubarkan serentak dengan pengumuman kerajaan pusat membubarkan Dewan Rakyat, kata Menteri Besar,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am, PAS dipetik oleh Harakahdaily berkata, adalah tidak berbaloi sekiranya pilihan raya diadakan berasingan antara parlimen dan DUN.

“Kalau kita buat berasingan segala ‘iblis syaitan’ sana akan tertumpu pada satu kawasan.

“Apabila dah banyak sangat, susah kita nak kawal nanti,” katanya kepada akhbar rasmi PAS itu.

Tambahnya, dengan pengalaman lebih 20 tahun memerintah Kelantan, sebaiknya pilihan raya parlimen dan DUN diadakan sekali.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 17 November lalu, berkata kerajaan negeri tidak akan membubarkan DUN sehingga Jun tahun depan kerana mahu melaksanakan belanjawan negeri 2012 yang baru diluluskan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pula berkata keputusan sama ada DUN akan dibubarkan serentak apabila Najib membubarkan Dewan Rakyat akan hanya dibuat selepas perbincangan dengan parti komponen Pakatan Rakyat.

azlanTindakan itu menggelisahkan pelbagai pihak sehingga Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, beliau akan menemui para pemimpin politik parti Pakatan Rakyat  yang memerintah di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan bagi membincangkan pilihan raya umum ke-13.

Pertemuan itu, katanya, bertujuan menerangkan kebaikan pilihan raya peringkat DUN dan Parlimen diadakan serentak antaranya bagi menjimatkan perbelanjaan, masa dan tenaga kerana prosesnya sama.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: