Program serahan RM100 jadi medan politik Umno


Dari Harakahdaily

KUALA LUMPUR, : Majlis penyerahan bantuan sekolah RM100 kepada pelajar yang sedang rancak berlangsung didakwa telah menjadi medan Umno berpolitik.

Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim berkata, perkara itu jelas dapat dilihat apabila pemimpin Umno setempat turut dilibatkan dalam program itu.

“Di sini persoalan timbul apakah kewajarannya pemimpin Umno dilibatkan sama dalam pengagihan wang tersebut sedangkan pihak sekolah mempunyai cukup guru dan kaki tangan untuk mengelolakan agihan wang tersebut.

“Ibu bapa terpaksa mendengar ucapan dari pemimpin BN yang menggunakan kesempatan itu untuk berkempen sebelum wang RM100 diagihkan,” katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Adun Titi Serong berkata, perkara tersebut turut berlaku di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (China) di mana ibu bapa dihidangkan dengan ceramah politik.

Menurutnya lagi, urusan agihan wang tersebut sepatutnya diserahkan sepenuhnya kepada pihak sekolah sekiranya bantuan RM100 tersebut adalah dengan niat untuk membantu pelajar.

“Bagi saya ia jelas menyusahkan ibu bapa, bukan itu sahaja, masa mereka terbuang begitu sahaja untuk menunggu kehadiran pemimpin BN cuma kerana wang RM100,” jelasnya lagi.

Secara jelasnya kata Khalil Idaham, penglibatan orang politik dalam agihan itu membuktikan bahawa sumbangan tersebut punya niat tersembunyi sebagaimana yang dikatakan oleh banyak pihak.

“Saya berharap agar kerja jahat dan kesempatan yang diambil untuk berkempen sebelum agihan wang kepada ibu bapa tidak dapat mengubah minda warga Malaysia untuk terus menilai BN dalam PRU13 tidak lama lagi.

“Rakyat Malaysia jangan lupa terhadap kerakusan pemimpin BN yang telah menyapu bersih wang rakyat, antaranya skandal-skandal seperti isu PKFZ yang bernilai RM12.5 bilion, pembelian koc keretapi RM500 juta, pemberian kontrak kepada kroni RM500 juta, projek lembu Feedlot kepada Sharizat Jalil bernilai RM250 juta, penyelewengan projek Facebook (Pelancongan) RM1.8 juta,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: