‘KEADILAN perlu contohi pejuang kemerdekaan dahulu’


Dari Keadilandaily
Oleh: Sidiqin Omar

KUALA LUMPUR: Mereka yang dipilih menjadi wakil rakyat perlu bersungguh-sungguh berkorban memperjuangkan nasib rakyat sekiranya ingin melihat perubahan berlaku, kata Dr Syed Husin pada pelancaran ‘Memoir Perjuangan Politik Syed Husin Ali’ di Pusat Konvensyen Shah Alam, malam tadi.

“Bukan menaikkan diri kita, tetapi kita gunakan kuasa yang ada dengan cara yang sebaiknya untuk memperjuangkan golongan bawahan yang meletakkan kita disitu.

“Kalau itu tidak dilakukan, perubahan lain pula yang akan berlaku,” katanya di hadapan 500 hadirin semalam.

Bercakap lanjut, Syed Husin berkata KEADILAN harus belajar daripada pengalaman tokoh-tokoh pejuang yang sedia berkorban termasuk wang ringgit dan masa berharganya.

Beliau menyingkap sejarah bagaimana Dr Burhanuddin (Al-Helmy), Pak Sako (Ishak Haji Muhammad) ketika berjuang mendapatkan kemerdekaan menjelajah ke seluruh negara dalam keadaan sukar.

“Mereka bukan pergi dengan kereta kapal terbang, tapi berjalan kaki, naik sampan dan menumpang.

“Saya tak katakan kita perlu buat begitu, tapi harus belajar daripadanya,” kata Syed Husin.

Beliau turut menghargai inisiatif anggota KEADILAN untuk meneruskan dan menggalakkan tradisi intelektual dalam KEADILAN terutamanya dalam usaha penerbitan bahan ilmiah.

“Kita harus bergerak bukan sahaja dalam politik. Kita harus buat perubahan dalam kebudayaan dan keilmuan selain dasar ekonomi dan pelajaran. Bagi saya, yang lebih penting ialah keinginan untuk menegakkan tradisi itu,” katanya.

Advertisements

Satu Respons to “‘KEADILAN perlu contohi pejuang kemerdekaan dahulu’”

  1. salam sahabat..blog anta dh dilinkkan.t.kasih.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: