Tabung Serambi Mekah terima sumbangan RM5 juta


Dari Harakahdaily
Oleh: Rizal Tahir

KOTA BHARU, 17 Nov: Tabung Amanah Serambi Mekah buat kali pertama sejak penubuhannya hampir 21 tahun lalu menerima sumbangan derma peribadi sebanyak RM5 juta.

Dengan sumbangan tersebut, tabung berkenaan berjaya mengutip sebanyak RM6 juta bermula Januari tahun ini.

Sumbangan itu diterima daripada seorang individu dari laur Kelantan yang tidak mahu dikenali.

Majlis penerimaan sumbangan itu dibuat sempenan majlis kutipan derma akaun Amanah Kebajikan (Tabung Serambi Mekah) ke-21 di sini tengahari tadi.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz ketika ditemui tidak menafikan ianya sejarah tersendiri bagi Tabung Serambi Mekah dengan sumbangan derma peribadi yang tertinggi sejak ianya ditubuhkan.

“Perkembangan ini berlaku kerana kesedaran ajaran Islam yang murni menerapkan rasa tanggungjawab dan keinsafan terhadap penderma.

“Hasil didikan golongan alim ulama dan sebagainya berhubung tanggungjawab sebagai umat Islam, mereka akan menunaikan tanggungjawab itu,”ujarnya.

Sehubungan itu beliau mengucapkan terima kasih kepada dermawan tersebut serta penderma lain termasuk agensi-agensi kerajaan, swasta dan sebagainya kerana sudi menderma.

Katanya, dengan sumbangan tersebut ianya dapat membantu mangsa-mangsa ribut, kebakaran, banjir dan bencana alam lain.

Beliau berharap ianya menjadi suntikan motivasi kepada masyarakat untuk turut menunaikan tanggungjawab itu.

Antara agensi kerajaan negeri yang menderma, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), sejumlah RM405,000, dan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), RM100,000
dan lain-lain.

Turut menyumbang syarikat-syarikat swasta, Pejabat Tanah Jajahan dan Majlis Daerah seluruh Kelantan disamping sumbangan individu.

Turut berucap pada majlis itu anggota exco kerajaan negeri yang mewakili Timbalan Menteri Besar, Dr Muhammad Fadzli Hassan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: