Saham firma anak Najib terus merudum, jatuh 30% lagi


Dari Malaysiakini

Berikutan kejatuhan mendadak semalam, harga saham Harvest Court Industries Bhd yang diniagakan hari ini terus merudum 30 peratus lagi apabila Bursa Malaysia meneruskan dagangan pagi ini.

Saham dan warannya, masing-masing jatuh kepada RM1.05 dan RM0.89 apabila pasaran dibuka pada jam 9 pagi tadi, iaitu kerugian hampir satu pertiga daripada nilainya semalam pada RM1.49 dan RM1.27.

NONEKenyataan pemegang saham syarikat itu, iaitu anak kedua Perdana Menteri, Mohd Nazifuddin Najib – bahawa pelaburan syarikat itu selaras dan mematuhi peraturan-peraturan Bursa Malaysia serta bebas daripada mendapat layanan istimewa dari kerajaan, gagal menghentikan harga saham itu daripada terus jatuh.

Dalam wawancara yang disiarkan di dua akhbar harian berbahasa Cina – Sin Chew Daily dan China Press, semalam – Nazifuddin menegaskan bahawa kerajaan tidak terbabit dengan projek-projek syarikat itu yang bernilai RM1.2 bilion.

Projek itu diserahkan oleh Harvest Court oleh Sagajuta (Sabah) Sdn Bhd, yang mana, Nazifuddin adalah pengerusinya. Syarikat itu juga  membina pusat membeli-belah 1Borneo di Kota Kinabalu.kejatuhan percuma yang bermula semalam.

azlanMengulas spekulasi harga saham Harvest dan khabar angin yang tersebar mengenai dirinya, Nazifuddin berkata beliau “agak terganggu” tetapi tidak banyak yang boleh dilakukananya itu.

Harga saham syarikat itu melonjak lebih 2,500 peratus daripada 8 sen yang dicatatakan sejak 13 Oktober lalu.

Akibatnya, Selasa lalu, Bursa Malaysia meletakkan saham dyarikat itu sebagai ‘sekuriti bertanda’ dan menggantungnya daripada diurus-niagakan.

“Sekuriti bertanda” adalah istilah ekonomi di mana pelabur perlu membayar tunai sebelum skrip diserahkan yang bertujuan membendung kegiatan spekulatif yang berlebihan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: