Kemana peruntukan RM426.5 juta untuk parlimen pembangkang?


Dari keadilandaily
Oleh: Masdar Wahid

KUALA LUMPUR 8 Nov: Pakatan Rakyat menuntut penjelasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke mana perginya peruntukan untuk ahli parlimen pembangkang di negara ini, kata Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub.

Menurutnya, jawapan bertulis perdana menteri terhadap soal beliau di parlimen hari ini menyatakan setakat 26 September 2011, dana tambahan sebanyak RM426.5 juta diperuntukan kepada semua kawasan parlimen untuk melaksanakan projek melibatkan kepentingan rakyat.

“Malangnya, peruntukan untuk kawasan parlimen pembangkang tiada kerana sehingga kini kami tidak menerima satu sen pun dari dana tambahan itu,” katanya dalam sidang media hari ini.

Menurut Salahuddin, ini bukan kali pertama kerajaan Umno BN menafikan hak kawasan pembangkang mendapat peruntukan dan sudah diamal sejak puluhan tahun lalu.

“Secara matematiknya, setiap satu kawasan Parimen BN, mereka mendapat peruntukan sebanyak RM3.025 juta.

“Malangnya, Ahli Parlimen pembangkang dinafikan hak walaupun kami merupakan ahli parlimen yang sah dipilih oleh rakyat,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan, Pakatan Rakyat memberi jaminan setiap Parlimen akan menerima hak mereka jika gabungan itu diberi mandat sebagai kerajaan selepas Pilihan Raya Umum akan datang.

Ini kerana setiap wang itu merupakan wang pembayar cukai dan mereka berhak mendapatnya melalui peruntukan kepada setiap ahli Parlimen yang mereka pilih dalam mana-mana pilihan raya.

Satu Respons to “Kemana peruntukan RM426.5 juta untuk parlimen pembangkang?”

  1. bn tak bagi pada pembangkang sebab dia ingat duit itu makbapak dia punya,maka tak hiran lah putrajaya mesti di pertahankan olih ahli2 united malays no otak wp bercerai nyawa dari badan….ada berani ahli2 gerombolan?????

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: