Imej negara: Apa peranan kementerian luar


Dari Harakahdaily
Oleh: Muhammad Faizal

KUALA LUMPUR, 2 Nov:Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Md Ramli mempertikaikan peranan Kementerian Luar Negeri mahupun kedutaan di luar negara dalam usaha menaikkan imej negara di peringkat antarabangsa.

“Bukankah kita telah mempunyai kementerian yang memainkan peranan di luar negara termasuk kedutaan kita yang berada di luar negara?

“Apakah peranan yang mereka mainkan dalam menaikkan imej negara, dalam pada itu kita juga mempunyai jaringan melalui Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) yang juga bertanggungjawab mempromosikan negara dalam sektor pelaburan,” soalnya sewaktu sesi jawab lisan di parlimen pagi tadi.

Dr Hatta mempersoalkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berhubung dengan tindakan kerajaan menggunakan syarikat media asing bagi menonjolkan imej Malaysia yang begitu lunak di peringkat negara serta mempersoalkan kos yang telah dibelanjakan.

“Adakah terdapat kekurangan kepada mereka yang telah dilantik untuk mewakili negara di luar sebagai kedutaan, Matrade dan juga Kementerian Luar sehinggakan kita terpaksa melantik media asing sebagai konsultan bagi menaikkan imej negara ini?

“Kita melihat lantikan media asing itu bukan mendatangkan kebaikan tetapi sebaliknya telah menjatuhkan imej negara di persada antarabangsa apatah lagi FactBased Communication (FBC) Media yang berada di United Kingdom itu telah dikenakan tindakan kerana salah laku yang dilakukan oleh mereka,” katanya yang juga Ketua Pengarah Pilihan raya PAS.

Sebelum itu, Nazri menjelaskan kerajaan telah melantik FBC Media sebagai konsultan untuk menaikkan imej Malaysia dan juga Perdana Menteri di peringkat antarabangsa.

Nazri juga memberitahu kontrak selama setahun itu telah disambung sebanyak dua kali dan telah tamat pada tahun 2010 dengan kos perbelanjaan selama tiga tahun sebanyak Euro 19.6 juta.

Dr Hatta yang merujuk kepada jawapan Nazri itu berkata, kalau dilihat secara menyeluruh ia mengambarkan satu usaha yang baik tetapi hakikat yang sebenarnya ia telah mendatangkan kesan yang buruk kepada negara.

“Walaupun isu ini telah selalu dibahas tetapi bagi saya ia adalah satu isu yang penting kerana usaha kerajaan itu telah mendatangkan kesan yang buruk kepada negara ini.

“Kita melihat apa yang dilakukan oleh FBC Media itu melanggar etika kewartawanan dan juga pengeluaran di United Kingdom sehinggakan British Broadcasting Corporation (BBC) telah mengambil tindakan kepada FBC Media,” tambahnya lagi.

Beliau juga memberitahu FBC Media sekarang sudah hampir bankrap.

Katanya, pihak-pihak lain juga tidak lagi mahu menggunakan khidmat mereka sebagai konsultan yang mana lebih mendatangkan keburukan daripada kebaikan kepada sesebuah negara.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: