Lembu Aidiladha ada penyakit


PADANG BESAR – Sebanyak 64 ekor lembu dari Thailand tidak dibenarkan dibawa masuk ke negara ini setelah pihak berkuasa mengesan tanda-tanda haiwan itu menghidap penyakit kuku dan mulut.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Perlis, Sabry Ahmad berkata, semua lembu yang dianggarkan bernilai RM200,000 itu dibawa masuk melalui pintu sempadan di sini dua minggu lalu untuk kegunaan sempena Aidiladha.

Bercakap kepada pemberita selepas meninjau pusat kurantin kerajaan dan swasta di sini semalam, beliau berkata, kesemua ternakan itu diarah dibawa pulang ke Thailand setelah pemeriksaan oleh pegawai Jabatan Perkhidmatan Kurantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) di pintu sempadan mendapati ia mempunyai tanda-tanda berpenyakit.

“Setiap ternakan yang diimport ke negara ini melalui pintu sempadan itu diperiksa rapi bagi memastikan hanya ternakan yang sihat dibenarkan masuk,” katanya.

Beliau berkata, kesemua lembu tersebut dibawa masuk dengan empat buah lori kira-kira dua minggu lalu.

“Tindakan menghalang ini menyebabkan pengimportnya kerugian kira-kira RM200,000 tetapi ia terpaksa diambil sebagai langkah pencegahan menghindari penyakit kuku dan mulut merebak di sini,” ujarnya.

Sepanjang tahun ini, jelasnya, sebanyak 13,309 ekor lembu dari negara jiran dibawa masuk melalui pintu sempadan di sini yang dianggarkan bernilai RM26.6 juta.

Seekor lembu berharga kira-kira RM2,000.

Tambahnya, lembu import wajib melalui kuarantin selama 10 hari sama ada di pusat kuarantin swasta atau di Maqis. – Bernama

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: